Rumah Tangga

6 Tips Untuk Memaafkan Suami Yang Curang

1.4K
reads
Suami yang curang

[box type=”note” align=”” class=”” width=””]Segmen ini kelolaan Nur Qaseh Amin[/box]

Pandangan Dari Pakar

Persoalan ini telah dijawab oleh Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, PhD, BCH, CHt. . Maklumat lanjut mengenai beliau ada di bahagian akhir artikel ini.

Ekoran penggunaan media sosial yang semakin meningkat, ramai isteri yang sangsi dengan suami sendiri. Bukan tidak percaya langsung, ada ada sedikit ragu-ragu. Mari kita lihat bagaimana cara mengatasinya.

1. Ambil Masa

Makan antibiotik ikut masa yang ditetapkan

Makan antibiotik ikut masa yang ditetapkan

Untuk mengembalikan kepercayaan isteri terhadap suami, ia akan memakan masa yang agak panjang. Memaafkan kecurangan suami bukanlah satu perkara yang senang untuk diterima oleh seorang isteri. Melupakan peristiwa kecurangan itu juga adalah sukar. Isteri atau suami boleh memaafkan pasangan mereka tetapi untuk melupakan apa yang telah berlaku adalah amat sukar.

2. Buang persepsi negatif pada suami

Seperti pepatah “I can forgive but I cannot forget”. Sesekali perkara kecurangan ini akan menjelma diminda isteri jika ada unsur-unsur syak wasangka yang berlaku di antara kedua pasangan. Jika si suami mula memasukkan kata kekunci di handphone, bermain game sehingga lewat malam, asyik melayari internet untuk media sosial serta menggunakan Whatsapp dan ketawa bersendirian, ini akan membina banyak persepsi negatif terhadap suami.

3. Jadi kawan rapat suami

menambat hati suami

Foto Kredit: madeleinelamarre.com

Jika suami masih lagi bermain game di Facebook serta mempunyai ramai kenalan dan friends atau masih lagi kemaskini status di Facebook, peluang di media sosial untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan masih lagi terbuka dengan luas. Jika suami buang masa di sana, ubah agar suami buang masa pula dengan kita sebagai isteri yang sah!

4. Bantu suami hilangkan ketagihan

Seperti di dalam banyak kajian antarabangsa, perpecahan institusi keluarga adalah disebabkan penggunaan dan kenalan-kenalan di media sosial. Penggunaan Facebook ini adalah satu ketagihan. Sanggupkah suami delete akaun Facebooknya dan memfokuskan perhatian yang penuh kepada isteri dan keluarga sahaja? Mungkin tidak.

5. Maafkan suami akan ego yang tinggi

Isteri perlu dengan relanya memaafkan suami secara ikhlas. Isteri perlu menerima dan menganggapkan apa yang berlaku terhadap suami adalah disebabkan kelemahan suami yang telah tertipu dengan daya tarikan, pujukan dan godaan seorang wanita. Suami juga perlu mengenepikan ego dirinya dan menerima kesilapan dan kelemahan dirinya sendiri. Suami juga perlu memohon maaf dengan jujur tentang apa yang telah dilakukan dan berjanji perkara begini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

6. Tiada rahsia antara kita, jangan sembunyi-sembunyi

Kenapa Suami Berahsia Dengan Isteri? Ada Facebook & WeChat Rahsia.

Foto Kredit: Google

Untuk mengatasi dan membina kepercayaan isteri semula, suami perlulah bersikap transparent, jangan sembunyi apa-apa perbuatan yang melibati penggunaan Internet, media sosial, penggunaan komunikasi pesanan ringkas dan yang boleh menimbulkan syak wasangka. Suami hendaklah meluangkan banyak masa bersama, mengenalkan rakan-rakan suami, tidak bermain game di depan isteri, membenarkan isteri menjawab telefon suami (sangat sukar untuk melakukannya) dan memberi kepercayaan kepada isteri sepenuhnya untuk mengendalikan hal-hal peribadi suami.

 

[box type=”note” align=”” class=”” width=””]

 

 

dr-ben-fadzil-mohd-salleh

 

Business Forensic Psychologist
Clinical Counseling and Advance Counseling Therapy
Master Trainer Practitioner Certified Hypnotherapist
Board Certified Hypnotherapist (BCH)

Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, PhD, BCH, CHt.

Beliau berkelulusan Business Forensic Psychologist dari Liverpool, UK, Board Certified & Master Trainer Hypnotherapist dari IACT, USA, dan pakar Neuro Linguistic Programming dari NFNLP, USA.

Pendedahan beliau adalah sentiasa di dalam bidang Perundingan, Pengurusan Forensik Perniagaan, kerja-kerja Hypnosis, Hipnoterapi dan Psikoterapi. Dengan lebih daripada 35 tahun pengalaman, Beliau mula berminat dalam hypnosis sejak berusia 12 tahun lagi dan NLP bermula dari pada tahun 1984. Latihan yang beliau telah lalui termasuk latihan tahap tertinggi di dalam bidang hypnosis, hipnoterapi, Advance Counseling, Neuro Linguistic Programming for Therapy dan kawalan minda.

Facebook: facebook.com/drbenfadzil

Web: benfadzil.com

[/box]

 

Yang Popular

To Top