Pilihan Editor

Media Prima Atasi Google Dan Facebook Sebagai Pilihan Popular Kandungan Mudah Alih

17
SHARES

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, kini mengatasi Google dan Facebook sebagai pilihan paling popular untuk kandungan mudah alih (mobile content) dalam kalangan pengguna di Malaysia.

MEDIA PRIMA BERADA PADA KEDUDUKAN TERATAS!

Berdasarkan laporan terkini dari Comscore  (sebuah syarikat pengukuran dan analitik media yang berpangkalan di Amerika Syarikat), Media Prima berada di kedudukan teratas dalam jumlah audiens bagi bulan Disember 2018 di Malaysia, dengan sejumlah 13.60 juta pengunjung unik, suatu peningkatan sebanyak 62% dari bulan Disember 2017. Ini diikuti oleh Google Sites dengan jumlah 12.95 juta pengunjung unik, serta Facebook dengan 12.92 juta pengunjung unik. Ini jelas menunjukkan kejayaan usaha transformasi Kumpulan untuk menjadi sebuah syarikat kandungan digital dan perdagangan yang utama.

Bukan itu sahaja, salah satu jenama terkenal sebelum Harian Metro dan Berita Harian di dalam Media Prima iaitu NST juga menjadi peneraju dalam sumber carian berita di Malaysia.

JENAMA POPULAR MEMBUKA RUANG

Selain itu, REV Asia yang meluas dengan jenama-jenama popularnya seperti – SAYS, OhBulan!, Rojaklah, Viral Cham, 8coin, Sirap Limau, MyResipi, Kongsi Resipi, dan JUICE – kini turut memiliki The Vocket – portal berita sosial berbahasa melayu yang popular, Mashable Southeast Asia – jenama berita digital terbaru yang terkenal, dan TanTanNews – media portal berita dan
kandungan terkenal berbahasa Cina.

Terbaharu, Ripple (Evolusi Rangkaian Radio Media Prima) juga telah membuka peluang untuk berhubung dengan audiens melalui pengenalan tujuh aset digital baharu – Dhia, Donna, Lunaria, TheLaki, Likely, Chapters, dan Wakeke. Sasarannya adalah untuk berhubung melalui sinergi media digital, radio penyiaran dan dagang.

Via: Malaysian Insight

“Sebagai kumpulan media terbesar di Malaysia, kelebihan utama kami adalah kebolehan untuk menarik jumlah audiens yang ramai seperti mana kami lakukan di kalangan pengguna peralatan telefon pintar dan peralatan komunikasi mudah alih (mobile devices)” Datuk Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, berkata.

“Ini merupakan kali pertama syarikat media tempatan berjaya mengatasi syarikat-syarikat media terbesar global di Malaysia justeru menunjukkan strategi digital yang dilaksanakan telah membawa hasil. Ia juga memberi peluang untuk Media Prima menarik pengiklan yang ingin berhubung kepada audiens yang ramai secara digital melalui peralatan komunikasi mudah alih. Seterusnya, data yang diperolehi ini juga mengesahkah bagaimana telefon pintar semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita, dan Kumpulan akan terus melabur dalam mengembangkan pertumbuhan segmen kandungan digital ini.”

*Tahniah Media Prima!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×