Nur

13 Masjid Mesra Kanak-kanak Sekitar Lembah Klang, Mudahkan Ibu Solat Dengan Tenang

393
SHARES

“Aduh, seriknya nak pergi masjid lagi. Tak tenang dibuatnya budak-budak ni asyik berlari. Sampai kena marah dengan orang kat sana…”

Bulan Ramadhan tentunya menjadi bulab yang ditunggu-tunggu oleh unat Islam untuk menggandakan ibadah.

Walaupun boleh bersolat di rumah, para ibu juga sesekali ingin merasa kemeriahan bersolat di masjid berjemaah bukan?

Sebenarnya ada beberapa masjid yang cukup prihatin dengan keperluan ibu dalam menguruskan anak ketika solat. Di sini kami kongsikan beberapa senarai masjid mesra kanak-kanak yang pernah dikunjungi sendiri oleh Puan Ummu Uwais Azizah. 

7 Masjid Mesra Kanak-kanak Sekitar Lembah Klang, Mudahkan Ibu Solat Dengan Tenang

Tempat solat paling afdal untuk muslimah adalah di rumah, namun Islam tak menghalang untuk muslimah turut merebut ganjaran solat berjemaah di masjid. Selagi menjaga diri dengan menutup aurat sempurna, dan tidak memakai wangian atau bertabaruj.

Jadi saya ingin kongsikan beberapa masjid yang saya pernah pergi untuk terawikh dan iktikaf (iftar dan sahur disediakan juga tau) sekeluarga bersama anak-anak. Sekitar Selangor KL je, tempat lain maaf saya tak tahu.

Masjid mesra kanak-kanak ini mengalu-alukan kehadiran anak kecil dengan menyediakan sudut permainan anak-anak. Juga membenarkan ibu bapa bawa anak kecil solat bersama.

1. Masjid UIAM Gombak

Masjid yang saya jatuh cinta sejak zaman bujang kerana suasana masjid selain berimamkan imam yang punyai kualiti bacaan Al-Quran yang terbaik.

Malahan dapat jumpa kepelbagaian kaum dari negara-negara Islam di seluruh dunia juga membolehkan kita mengenali pelbagai mazhab dalam beragama.

Masjid di sini sangat mesra kanak-kanak. Memang ada ruangan solat khas untuk ibu dan anak.

Ramadhan tahun 2019 ini ada ruangan permainan untuk anak di ruangan solat muslimah di Aras 2.

Cuma perlu dipantau sendiri oleh ibu atau anak yang besar.

Masjid UIAM Gombak/ Foto Kredit: Wikipedia

2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Negeri Selangor)

‘Kids Corner’ yang terbaik! Sebab ada ramai volunteer dari kalangan pelajar IPT yang uruskan kanak-kanak.

Anak-anak perlu didaftari oleh ibu bapa. Dapat kad nama untuk setiap anak, tulis nama ibu bapa.

Paling bagus ada banyak bilik yang dikategorikan ikut usia anak-anak.

Jadi, aktiviti dilakukan mengikuti usia. Ada bilik yang anak-anak solat jemaah sesama mereka. Anak-anak besar pula boleh masuk perpustakaan masjid untuk buat kerja sekolah selepas mereka selesai solat ikut kemampuan mereka.

Siap disediakan barang mainan untuk anak-anak bermain. Bayaran atas infak ibu bapa.

Untuk iktikaf wanita dibenarkan tidur di ruangan solat bertutup di bahagian bawah masjid.

Masjid mesra kanak kanak

3. Masjid Wilayah, KL

Masjid yang saya sangat suka sejak 3 tahun lepas. Kerana ini masjid pertama saya tahu ada volunteer masjid daripada kalangan pelajar IPT yang bertugas setiap hari buat aktiviti ‘playgroup’ untuk anak-anak.

Ada bilik ‘kids corner’ bahagian bawah masjid, ibu bapa perlu daftarkan anak-anak, boleh letakkan anak mulai usia 6 bulan tak silap.

Di ruangan solat utama dan tingkat atas juga ada volunteer yang akan bawa peralatan mewarna dan kertas untuk aktiviti anak-anak.

Namun ibu bapa tetap kena pantau sendiri anak-anak kecil yang belum sesuai buat aktiviti sendiri.

Untuk iktikaf bahagian atas lebih selesa untuk muslimah. Ada lif.

Masjid Wilayah

Masjid mesra kanak kanak

4. Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Ada sudut taman mini permainan untuk anak-anak. Cuma agak jauh dari ruangan solat ibu (harap tahun ini lebih dekat dengan ruang solat ibu).

Untuk iktikaf wanita boleh tidur bahagian atas, sejuk dan selesa. Untuk lelaki kena tidur bahagian beranda masjid.

5. Masjid Putra, Putrajaya

Ada ruangan permainan khas untuk anak-anak. Cuma jauh dari ruang solat wanita. Tapi dalam ruang solat wanita ada ruangan untuk anak-anak duduk bermain.

Mungkin sesuai untuk anak-anak dibekalkan dengan peralatan kertas dan pensel warna atau alat mainan sendiri.

6. Masjid Sultan Mizan, Putrajaya (Masjid Besi)

Masjid ini bukan saja luas dan cantik, ia juga ada sudut permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruangan solat ibu bapa.

Tempat yang selesa untuk wanita beriktikaf kerana pihak masjid akan letak penghadang untuk lebih bertutup ruangan muslimah.

7. Masjid Puncak Alam

Ada disediakan bilik permainan anak-anak yang terletak di bangunan pentadbiran masjid.

Ruang solat untuk ibu dan anak di bahagian ruang terbuka.

Masjid mesra kanak kanak

Beberapa Lagi Masjid Mesra Kanak-kanak Di KL & Selangor

Melalui ruangan komen pada posting beliau ini, ramai juga yang berkongsikan beberapa masjid lain yang menyediakan nurseri kanak-kanak.

Antaranya:

  • Masjid Bandar Sri Putra, Bangi
  • Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
  • Masjid UNITEN

Masjid Bandar Sri Putra menyediakan khidmat nurseri sejak 2016 lagi

Masjid yang disenaraikan di bawah ini pula mempunyai ruang khas / tempat permainan untuk kanak-kanak.

Antaranya:

  • Masjid UTM, KL
  • Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan
  • Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi

Masjid Al Umm di Bandar Baru Bangi

Didik Anak Cintakan Masjid Sejak Kecil

Walaupun ada masjid mesra kanak-kanak tetaplah anak-anak perlu dididik sejak kecil adab berada dalam masjid seperti, tidak melintas di hadapan orang yang tengah bersolat, tidak menjerit dan menyanyi, dan tidak mengambil hak orang lain.

Moga anak-anak kita termasuk dalam kalangan pemuda pemudi yang cintakan masjid.

Sekian moga bermanfaat.

Jika ada sesiapa yang tahu masjid lain mesra kanak-kanak boleh kongsikan juga dengan kami di ruangan komen.

Terima kasih!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Ummu Uwais Azizah ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×