Percutian

Tak Semestinya Pergi Jauh, Ini 7 Sebab Anda Perlukan ‘Babymoon’ Sebelum Sambut Bayi

3.7K
SHARES

Kalau cakap tentang ‘honeymoon’, semua orang tahu. Malah, hampir kesemua pasangan yang baru bernikah akan pergi bercuti dan menjadikan ‘honeymoon’ sebagai salah satu acara wajib – tak kiralah destinasi jauh atau dekat.

Ini kerana, tempoh percutian atau bulan madu tersebut adalah waktu yang penting bagi pasangan untuk lebih mengenali antara satu sama lain, di samping mengambil kesempatan menghilangkan keserabutan serta stres yang dialami sebelum menjelang hari pernikahan.

Tapi tahukah anda bahawa kini trend ‘babymoon’, semakin menjadi perhatian. Jika ‘honeymoon’ dilakukan setelah berkahwin, ‘babymoon’ pula dilakukan sebelum isteri melahirkan bayi, iaitu semasa mengandung – sekitar trimester kedua. Tempoh ini dikatakan begitu kritikal bagi pasangan tersebut untuk bercuti. Kenapa? Ini antara sebabnya.

7 Sebab Anda Perlukan ‘Babymoon’ Sebelum Kelahiran Bayi

1. Meluangkan Masa Berkualiti Dengan Pasangan

Orang selalu cakap, lepas bayi pertama lahir nanti masing-masing tak cukup tidur, sibuk mengurus si kecil, dan masa menjadi sangat terhad. Hal ini sememangnya benar kerana kelahiran bayi bakal mengubah jadual ‘bujang’ anda 360 darjah. Malah bagi sesetengah pasangan, ia boleh menimbulkan pergaduhan dan salah faham.

Bukan nak menakutkan, namun hakikatnya kehidupan selepas mempunyai anak kecil tentunya lebih mencabar dan berbeza. Maka, inilah masanya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama sebelum memikul peranan sebagai ibu bapa.

Foto Kredit: aubergeresorts.com

2. ‘Time Out’

Kadang-kadang kita rasa muak dan jelak dengan kehidupan harian, lebih-lebih lagi ketika mengandung. Keletihan yang melampau, kesihatan yang tidak menentu serta kesibukan merancang persiapan bayi semuanya boleh meletihkan tubuh secara fizikal mahupun emosi.

Percutian bersama pasangan sedikit sebanyak dapat memberi masa untuk anda relaks dan menghilangkan tekanan. Ia juga memberi masa untuk anda meleraikan kembali kesemua keserabutan yang timbul agar anda lebih bersedia menyambut kehadiran bayi nanti.

3. Mengeratkan Hubungan Sekeluarga

Bagi yang sudah mempunyai anak kecil, tak salah juga jika anda ingin merancang ‘babymoon’ bagi seisi keluarga.

Mungkin inilah peluang anda untuk berinteraksi dengan lebih rapat bersama anak-anak yang sulung sebelum jadual anda menjadi padat dengan kerja-kerja menguruskan bayi. Anda boleh mencipta momen-momen yang indah bersama dan mengimbau kembali kenangan bersama keluarga sebelum dimeriahkan lagi dengan kehadiran orang baru!

4. Merancang & Membuat Persediaan

Jika sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja masing-masing, anda berdua mungkin tak ada masa untuk saling bersemuka dan berbincang secara serius tentang hal bayi yang bakal lahir.

Percutian bersama ini boleh memberi ruang untuk anda berbincang (dan memasang angan-angan) untuk bakal bayi anda. Sama ada nak fikirkan nama bayi, persiapan barangan bayi, memilih pengasuh, persediaan berpantang, dan sebagainya. Waktu ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda bersiap sedia tanpa gangguan kerja atau tugasan lain. Tak adalah kelam-kabut masa nak berpantang nanti!

Foto Kredit: elle.my

5. Membuat Isteri Rasa Disayangi

Bagi sesetengah wanita, tempoh kehamilan adalah proses yang amat sukar. Perubahan hormon yang berlaku pada tubuh menyebabkan mereka merasakan 1001 rasa yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Ada yang selalu muntah-muntah, kerap sakit badan, tak selera makan, letih dan kurang bermaya. Dari segi emosi pula, ada yang dilanda rasa kurang konfiden, risaukan masa depan, belum bersedia, dan macam-macam lagi yang bermain di kepala.

Oleh sebab itu, sokongan suami amat penting kepada isteri dalam membantunya menghadapi semua ini. Dengan merancang ‘babymoon’, ia juga menjadi tanda keprihatinan anda terhadap isteri.

http://mypregnanthealth.com/

6. ‘Recharge’

Sekembalinya bercuti, anda dan isteri pasti akan rasa lebih bertenaga dan bersemangat. Samalah juga macam orang yang baru balik ‘honeymoon’. 

Segala memori indah yang dikongsikan bakal menjadi kekuatan dan mencetuskan senyuman buat anda berdua. Kalau terasa ‘down’ saja, bolehlah buka handphone dan tengok gambar-gambar yang telah diabadikan bersama. Mesti senyum sampai ke telinga!

Foto Kredit: videohive.net

7. Rehat

Berehatlah sepuas-puasnya kerana kehidupan dengan anak kecil adalah memenatkan. Ya, ianya lebih indah tetapi begitu memenatkan.

Anda mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada 8 jam ‘beauty sleep’, terutamanya bagi ibu menyusu. Jadi, berehatlah SEKARANG!

www.pinterest.com

Tak Semestinya Pergi Jauh

Meskipun sedangmengandung, tidak ada salahnya jika anda berdua melakukan perjalanan untuk bersantai dan menyegarkan fikiran. Ianya penting untuk mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab lebih besar sebagai ibu bapa di kemudian hari.

Tak semestinya pergi jauh-jauh, dekat-dekat rumah pun boleh. Yang penting adalah peruntukan masa berkualiti bersama.

Buat pengetahuan anda, waktu paling sesuai untuk travel ketika mengandung adalah sekitar 18-24 minggu kehamilan, seperti yang dinyatakan oleh American College of Obstretics and Gynecology.

Oh ya, walaupun ‘excited’ nak bercuti nanti, jangan pula lupa pertimbangkan faktor lokasi, keselesaan, dan kesihatan isteri sebelum membuat perjalanan. Boleh baca tips selanjutnya di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×