Didik

Bukan Sekadar Hiburan, 13 Aktiviti Permainan Ini Sangat Bagus Untuk Perkembangan Mental Anak!

1.2K
SHARES

Setiap kali ke kedai, pasti anak-anak akan minta mainan baru. Ini kerana, mainan merupakan sumber hiburan mereka disamping boleh belajar sesuatu yang baru. Sebenarnya, pelbagai jenis mainan yang boleh bantu kembangkan minda anak-anak hanya menggunakan bahan yang didapati di rumah. Jadi, ibu ini kongsi 13 jenis mainan yang bagus untuk anak, ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama.

13 MAINAN SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN ANAK

Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist. Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan. Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc. Kamon.. Tak semestinya. Bawa anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas, sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist. Untuk apa? Supaya parents lebih mengenali behaviour anak. Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu.

Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane. Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing dan tahu mana salah silap sebelum terlambat. Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik. Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata. Biasalah kita sekarang dah terlalu moden. Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.Bila anak bosan, nah ipad. Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak.

So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut. Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka. Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.

1.Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.

Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus. Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul.Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang. Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower. Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu.

2.Colour Sorting

Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda iaitu fruit fork, fur balls dan batang aiskrim. Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak.Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat.Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain.Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak juga. Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni, sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari. Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja. Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.

3.Sorting Beads

Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor, sebab ia melibatkan beads/manik. Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis. Butang baju pon boleh.Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan. Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.Kenapa guna manik? Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus. So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar. InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.

4.Shape Sorting

Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni. Branded dan mahal.Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal blocks dia tak banyak. Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luaar. Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40. Ada tiga kegunaan pulak tu: Shape sorter, boleh buat castle atau tower dan boleh buat Domino juga! Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja. Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes, benda ni juga boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.

5.Penyepit Baju.

Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.Guna sepit baju.Sepit baju mydin pon boleh guna. Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.Mula-mula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu. Tapi lama-lama dia semakin terrer.

6.Fur sticks & Penapis Sayur.

Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother’s day ke hape kan.Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.

7.Hair Bands, Lidi dan Penapis Sayur.

Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak. Sebab? Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills. Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus dan latih anak sabar.

8.Count The Sea-Shells.

Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas. Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira. Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.

9.Bolts & Nuts

Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah. Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah. Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz. So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz). Kalau tak match, memang tak masuk. Oh aktiviti ni paling aku suka. Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni. Selalu dia main benda senang-senang je kan. Aktiviti ni bagus. Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz, ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement. Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!

10.Melukis

Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh, ataupun nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis, sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja. Lukislah apa saja dan suruh anak imitate lukisan korang. Cantik ke tak cantik tu balakang kira.Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.Kajian mengatakan, anak yang suka melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif. Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas. Dia kata anak yang suka melukis ye, dia tak kata anak yang pandai melukis.

11.ABC 123 Blocks

Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak. Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan. So korang boleh try guna blocks. Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap. Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10. Amazing? Memang. In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards. Tak percaya korang boleh cuba.

12.Car Track.

Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus. Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja, korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu. Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.

13.Shoot The Ball.

“Shoot the ball” jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari. Just baling bola dalam jaring. Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah. Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup. Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi. Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah. So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah. Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini.

Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat. Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang. Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah. So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi. Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak.

Oh lagi satu, mohon jangan tanya aku aktiviti sekian-sekian sesuai untuk umur berapa.Aku tak boleh jawab.Sebab lain budak, lain tahap dia.Macam Haikal, dia dua tahun. Tapi doktor kata pemikiran dia sama macam budak lima tahun. So sepatutnya, parents tu sendiri tahu tahap potensi dan kebolehan anak. Jangan takut untuk dedahkan benda baru kepada anak pada umur berapa-berapa pun. Dan sebenarnya kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak. Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon.

Sumber: Adlil Rajiah

Most Popular

To Top
×