Kini Trending

Lukisan Mural Sabah Kenji Chai x HOTLINK Kini Di METAVERSE!

13
SHARES

Jenama telekomunikasi terkenal Hotlink sememangnya tidak lagi asing di kalangan rakyat Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Bukan sahaja menyediakan pelan yang menarik, tetapi jenama ini juga kini menjadi sebuah platform yang membantu individu untuk merealisasikan impian mereka dan menghargai keunikan setiap negeri di Malaysia.

Istimewa kali ini, Hotlink melancarkan kempen #BikinSampaiJadi iaitu kolaborasi bersama artis tempatan untuk menyerlahkan bakat seni mereka serta memberikan penghormatan kepada warisan dan budaya negeri mereka juga.

Mural besar di Wisma Sabah

Untuk kempen kali ini, Hotlink menampilkan lukisan grafiti hasil karya anak kelahiran Sabah yang bertaraf antarabangsa, Kenji Chai. Hasil karya seni Kenji boleh dilihat di serata dunia termasuk Malaysia dan terbaharu, di dinding luar Wisma Sabah berhadapan Pusat Beli Belah Suria Sabah.

Tiga haiwan terpantas menjadi ilham lukisan mural

Berkonsepkan “Only the Strong Survive” dengan setiap karakter haiwan terpantas di laut, udara dan darat, Kenji melakar tiga jenis haiwan iaitu ikan marlin hitam, burung falko dan harimau bintang sebagai idea mural di Sandakan.

Dikenali sebagai jenama yang pantas dan mempunyai rangkaian yang kukuh, kombinasi sempurna ini seiring dengan karakter mural yang dilakar oleh Kenji bersama Hotlink!

Ilustrasi Kenji untuk mural ini diinspirasi dari alam semula jadi kerana bagi Kenji, orang Sabah sangat dekat dengan alam semula jadi dan keunikan ini perlu dilindungi.

Pengalaman semasa membesar di Sandakan jadi inspirasi mural

Pengalaman dibesarkan di Sandakan menjadi salah satu inspirasi Kenji dalam berkarya untuk #BikinSampaiJadi.

“Semasa saya darjah 3, saya dah tahu yang saya suka melukis. Jadi saya mula melukis beberapa watak kesukaan saya seperti Ninja Turtles dan Street Fighter di buku saya.

Rasanya menakjubkan, seolah-olah waktu berhenti dan saya hanya menghayati saat itu. Apabila saya mula melukis, saya ingatkan saya hanya melukis selama 5 minit tapi sejurus sahaja loceng berbunyi saya kembali ke realiti.

Saya nak abadikan perasaan itu dan kongsi dengan orang ramai dan ingatkan mereka bahawa saat itu juga merupakan saat terindah dalam hidup kita.” – Kenji

#BikinSampaiJadi secara tidak langsung meringkaskan kisah perjalanan Kenji menjadi seorang artis grafiti antarabangsa.  Dari anak seni jalanan yang tidak dikenali dan sekarang hasil karyanya diiktiraf dunia!

Hotlink x Kenji Chai di Platform Metaverse!

Untuk pengetahuan anda, mural #BikinSampaiJadi adalah kolaborasi eksklusif projek NFT bersama Hotlink!

Hotlink juga berkerjasama dengan pelukis grafiti untuk membawa karya seni kepada bentuk digital di Metaverse melalui Non-Fungible Token (NFT). Jenama ini juga memberi ruang untuk artis tempatan membawa keunikan budaya tempatan dalam bentuk digital melalui NFT.

Berkarya Tanpa Ada Batasan Dengan Hotlink Prepaid!

Bertepatan dengan #BikinSampaiJadi yang menjadi penggalak dan pendorong semangat yang berterusan kepada setiap individu agar tidak mudah berputus asa, Hotlink Prepaid Pantas juga membolehkan anda berkarya dan mencari ilham tanpa ada batasan dengan kelajuan internet dan rangkaian yang kukuh!

Lepas ini, lebih ramai artis tempatan bakal lahir untuk mengekspresikan diri mereka dalam bentuk karya seni digital. Paling best kepantasan internet dengan harga serendah RM2 je! Menarik betul!

Apa lagi yang anda tunggu, jom layan video  #BikinSampaiJadi Caraku bersama Kenji Chai dibawah! Untuk maklumat lanjut tentang pelancaran NFT Kenji, layari laman sesawang Hotlink!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×