Famili

Luangkan Masa Cuti Sekolah Bersama Anak Di 5 ‘Play Centres’ Yang Unik & Menyeronokkan Ini!

573
SHARES

Dah cuti sekolah dan hujung minggu pun dah nak dekat ni, jadi anda sekeluarga nak ke mana? Kalau masih buntu nak ke mana tu, apa kata anda luangkan masa sekeluarga di 5 tempat permainan yang sangat bagus untuk perkembangan minda anak-anak. Bukan sahaja menyeronokkan malah mempunyai unsur-unsur pendidikan untuk si manja!

1.The Kingdom/ The Parenthood di Sunway Putra Mall

theparenthood.com.myw

Mula dibuka pada tahun 2015, The Kingdom yang terletak dalam Sunway Putra Mall ini menjadi tempat tumpuan ibubapa membawa anak-anak bermain. Walaupun telah 3 tahun beroperasi, fasiliti di tempat ini masih seperti baru. Menjadikan laman permainan mengikut tema British dimana anda boleh lihat binaa seakan-akan istana! Bukan itu sahaja, anak-anak pasti akan teruja kerana ada aktiviti lain yang mereka boleh buat seperti flying fox, trampoline, dan ‘mandi’ dalam ball pool yang sememangnya menyeronokkan! Ada zon bermain PS4 juga tau.

theparenthood.com.my

2. Starz Light Kids di Avenue K

www.facebook.com/pg/starlightkidsmy

Ada dalam kalangan anak anda yang minat dengan angkasa lepas atau sains? Jadi, disinilah tempatnya untuk anda bawa anak-anak meluangkan masa hujung minggu! Buat anda yang mahu biasakan anak-anak dengan alam galaksi dan sains, berkunjung ke Starz Light Kids ini akan membuka minda mereka. Bukan itu sahaja, fasilit di sini turut mengasingkan laman permainan untuk kanak-kanak yang berbeza umur.

www.facebook.com/pg/starlightkidsmy

3. Dreamworld Playland di Starling Mall

www.facebook.com/pg/dreamworldplayland

Baru sahaja dibuka pada pertengahan tahun ini, Dreamworld Playland yang terletak di Starling Mall, Uptown Damansara bakal menjadi salah satu tempat tumpuan untuk ibubapa menghabiskan masa cuti sekolah. Bertemakan ais dan warna biru, anak-anak anda akan merasa seolah-olah berada di kutub utara! Masuk sahaja ke Dreamworld ini, anak-anak perlu memakai sarung tangan sejuk dan ibubapa dinasihatkan untuk membawa stokin untuk menjamin keselesaan mereka!

www.facebook.com/pg/dreamworldplayland

4.Kids e-World di The Gardens/Mid Valley

www.facebook.com/pg/kidseworld

Anak-anak pasti akan teruja jika anda menghabiskan masa cuti sekolah di Kids e-World di The Gardens ini. Mempunyai fasiliti dan kelengkapan mainan yang pelbagai, lokasi ini juga telah menarik perhatian ramai keluarga yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Mempunyai ruang yang luas termasuklah ada ‘basketball court’ akan menambah lagi keterujaan anak-anak dan juga ibubapa.

5. Dino Gym di Komtar Pulau Pinang

www.facebook.com/pg/dinogym

Jom kita ke luar kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang iaitu melawat ke Pulau Pinang! Berlokasi di The Top, Komtar iaitu di tingkat 5, Dino Gym mempunyai segala kelengkapan permainan yang akan membuat anak anda sentiasa sibuk. Mempunyai fasiliti seperti jambatan bertali dan memanjat dinding, mesti anak akan bersuka-ria di dalam laman permainan ini bersama rakan-rakan baharu!

Jadi, dah tahu nak kemana cuti sekolah ini? Selamat berjalan-jalan ya!

Sumber : KL Kids Family City Guide

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×