Advertorial

Lihat 4 Gambar Yang Diambil Menggunakan Smartphone Ketika Konsert Blue Ini, Cantiknya!

5.6K
SHARES

Rakyat Malaysia memang akan jadi ‘gila’ bila ada konsert, lagi-lagi bila kumpulan penyanyi terkenal seperti Blue datang ke Malaysia. Yelah, bukan selalu! 3 Mac lalu, kumpulan penyanyi British itu menemui peminatnya menerusi jelajah Asia Tenggara mereka di Menara PGRM, Kuala Lumpur!

Sudah berada dalam industri kira-kira 15 tahun, tidak hairanlah ribuan penonton membanjiri dewan dan bersedia dengan smartphone masing-masing bagi mengambil gambar penyanyi pujaan mereka. Beruntung betul siapa yang duduk depan, dapat ambil gambar dengan jelas. Kalau duduk belakang?

Macam nampak tak nampak je kan? Kalau dapat ambil pun, mesti kabur teruk! Jangan terkejut. Admin saja belek-belek gambar semasa konsert di Google dan jumpa beberapa shot cantik. Walaupun sedikit kabur, tapi boleh kenal siapa Antony Costa, Duncan James, Lee Ryan dan Simon Webbe.

Admin percaya, gambar yang admin kongsikan di bawah ini diambil dari tempat duduk belakang dan hanya menggunakan smartphone. Cuba anda tengok dan judge dengan mata serta kepala sendiri sama ada cantik atau tidak dan diambil menggunakan smartphone apa… Hmm?

Lee Ryan

Penyanyi, penulis lirik dan juga pelakon yang berusia 35 tahun ini aktif di atas pentas. Namun, gambar yang diambil dari jauh masih jelas biarpun di zoom banyak kali…

Antony Costa

Penyanyi dan juga pelakon kelahiran Edgware, Antony Costa yang berusia 37 tahun ini kelihatan begitu khusyuk menjiwai lagu popular Blue, All Rise sehingga gambarnya diambil pun dia tak perasan. Yelah, peminatnya bukan seorang dua!

Simon Webbe

Simon Webbe yang berusia 40 tahun ini banyak bersalaman dengan peminatnya ketika membuat persembahan di atas pentas. Namun, gambar yang diambil oleh penonton yang duduk di belakang ini begitu jelas tanpa gegaran biarpun di zoom banyak kali…

Duncan James

Anak tunggal yang dibesarkan di Dorset oleh ibu dan datuk serta neneknya, Duncan James yang berusia 40 tahun ini begitu gembira bertemu peminatnya ketika membuat persembahan di atas pentas. Wajahnya yang sebak dapat dilihat dengan jelas biarpun penonton ini mengambil gambar dari tempat duduk belakang…

Gambar dari smartphone mana ni? Siapa boleh teka?

Geram betul admin tengok gambar-gambar di atas ni! Mengikut apa yang admin nampak, penonton ini tidak berdiri atau berhimpit dengan orang sebelah untuk ambil gambar. Tapi, tetap musykil, smartphone apa dia guna untuk ambil gambar-gambar ni?

Hanya ada satu kemungkinan, penonton ini mungkin menggunakan smartphone HUAWEI memandangkan ia terkenal dengan keupayaan kameranya yang menakjubkan setakat ini… Tahun lepas juga, HUAWEI memperkenalkan smartphone dengan 3 kamera dalam siri HUAWEI P20.

Selepas siri HUAWEI P20HUAWEI Mate 20 Pro juga memperlihatkan penggunaan 3 kamera dan dinobatkan sebagai smartphone popular oleh DxOMark dengan 109 point – skor yang sama dianugerahkan kepada HUAWEI P20 Pro.

HUAWEI mendedahkan sesuatu yang ‘luar biasa’ bakal diperkenalkan pada 26 Mac ini

Tak lama sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif, HUAWEI Technologies Consumer Business Group, Richard Yu, pernah berkongsi gambar supermoon dalam akaun Weibonya. Katanya, ia adalah salah satu gambar bulan terbaik yang pernah diambil sepanjang hidupnya.

Dari watermark yang tertera dalam gambar itu, admin percaya gambar itu diambil menggunakan HUAWEI P30 yang baru dan dilengkapi 4 kamera. Kalau betullah, model kali ini adalah model HUAWEI yang pertama menampilkan 4 kamera. Wah!

Dengan ciri ini, kita boleh percaya HUAWEI P30 boleh zoom sehingga jarak paling dekat tanpa menjejaskan kualiti gambar. Bertemakan ‘Rewrite The Rules’, tak sabar rasanya mahu melihat sama ada HUAWEI boleh mencapai lebih dari sekadar menguasai fungsi zoom sedalam-dalamnya!

Bersempena pelancaran siri HUAWEI P30 di Malaysia, HUAWEI juga bakal memperkenalkan HUAWEI Backup yang merupakan 1TB external hard drive yang boleh digunakan untuk menyimpan data secara automatik atau manual dalam smartphone anda. Tak mustahil, ia dijadikan ‘hadiah percuma’ sempena pelancaran siri HUAWEI P30.

Banyak kita boleh simpan dengan ruang 1TB tu tau! Jadi, jangan ketinggalan pengumuman terbesar oleh HUAWEI pada 26 Mac ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×