Advertorial

Kualiti Setanding Jenama Antarabangsa, Produk Meadows Kini Jadi Pilihan Di Malaysia!

1.7K
SHARES

Nak membeli barangan keperluan rumah, mestilah pilih produk berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tapi, mood nak shopping boleh rosak bila terpaksa singgah banyak kedai berbeza semata-mata nak cari barang yang diperlukan.

Kalau anda pernah alami situasi begini, jangan risau sebab team Sirap Limau dah jumpa jenama produk terbaru yang lebih ideal. Berikut kami kongsikan beberapa rangkaian produk Meadows yang anda boleh dapatkan dengan mudah di Pasaraya Besar Giant seluruh Malaysia!

1. Hidangkan Oat di permulaan hari

Pilihan produk pertama yang menarik perhatian kami ialah Oat. Selain berkhasiat, bijirin ini memang cukup popular dijadikan sebagai sarapan pagi kerana ia boleh memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama.

Bagi penggemar menu berasaskan Oat, kami sarankan anda bertukar ke jenama Meadows kerana ianya diperbuat daripada 100% Oat Australia. Produk ini juga hadir dalam 3 variasi berbeza iaitu Emping Oat Penuh, Oat Segera dan Oat Cepat Dimasak.

2. Kerepek dan kacang jadi kudapan istimewa

Anda bosan di pejabat atau perlukan kudapan ringan sewaktu menonton televisyen bersama keluarga? Haa.. Meadows boleh selesaikan masalah anda dengan pelbagai pilihan kerepek kentang berperisa dan produk kekacang. Apa yang pasti kedua-dua rangkaian produk ini boleh buat anda tak berhenti mengunyah.

Berdasarkan carian team Sirap Limau, antara produk yang menjadi rebutan ialah Kerepek Kentang Perisa Asli, BBQ dan Trufel. Anda juga boleh cuba Kacang Gajus Panggang, Pistasio Panggang atau Badam Panggang. Selain rasanya yang lazat, produk kekacang ini juga berkhasiat!

3. Aneka biskut dan teh untuk minum petang

Waktu petang kalau dapat pekena teh panas dengan biskut memang cukup menyenangkan hati. Jangan terkejut pula kalau kami katakan jenama Meadows juga ada pilihan teh berkualiti dan biskut beraneka.

Bagi penggemar teh premium, jangan lepaskan peluang untuk mencuba teh Meadows seperti Earl Grey Tea, Pure Camomile dan English Breakfast Tea. Memang puas hati!

4. Pelbagai pilihan jem dan sapuan

Bukan setakat teh dan biskut, anda juga kena pastikan rangkaian produk sapuan dan jem daripada Meadows ada dalam shopping list.

Kami dah cuba sendiri sapuan ini bersama roti, rasanya benar-benar luar biasa. Sekarang kami faham kenapa ramai pelanggan Giant cakap kualiti produk Meadows setanding jenama antarabangsa!

5. Mi segera pun ada

Mi segera boleh dikatakan antara produk wajib yang perlu ada di setiap rumah. Yelah, kalau kita lapar waktu tengah malam atau tak sempat nak masak, mi segera boleh jadi penyelamat.

Kalau anda nak tahu, Mi segera Perisa Ayam dan Mi Segera Perisa Tom Yam daripada Meadows memang betul-betul membuka selera. Untuk kedua-dua perisa ini, team Sirap Limau approved!

6. Hasil bakeri lebih sempurna

Pernah tak anda mengeluh susah nak cari bahan bakeri di kedai runcit atau pasaraya biasa? Kalau nak ke kedai bakeri semata-mata nak beli dua tiga bahan macam tak berbaloi.

Haa… Lepas ni tak perlu runsing lagi kerana anda boleh terus ke Giant saja. Meadows pun dah ada rangkaian produk untuk bakeri. Boleh dikatakan semua bahan yang anda cari, Meadows dah sediakan!

7. Rempah ratus pelengkap hidangan

Bahan makanan kering seperti rempah ratus memang wajib untuk melengkapkan hidangan anda. Kalau tak cukup rempah kat dapur boleh hilang mood nak memasak.

Selepas ini, jika anda nak dapatkan bahan makanan kering yang berkualiti, jangan lupa untuk cari pek rempah berwarna merah hati dengan label Meadows macam dekat bawah ni. Kami yakin sekali cuba, anda pasti tak akan ragu-ragu lagi untuk terus membeli.

Meadows ada semua produk yang anda perlukan!

Kalau kami nak senaraikan kesemua rangkaian produk Meadows di sini, rasanya dua tiga artikel pun belum tentu cukup. Bermula daripada rangkaian produk segar, sehinggalah ke produk makanan dan keperluan dapur, Meadows ada semua yang anda perlukan.

Kami yakin, selepas ini kalau anda nak membeli barangan keperluan harian, segalanya pasti jadi lebih cepat dan mudah. Jangan lupa untuk bawa seisi keluarga ke Pasaraya Besar Giant dan kenalkan mereka dengan jenama Meadows tau.

Berbelanjalah dengan yakin kerana rangkaian produk Meadows dah tentu berkualiti dan harga pun sangat berpatutan. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Meadows, layari laman sesawang Meadows!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×