40 Minggu

Prosedur & Pengalaman Saya Bersalin Dengan Skim FPP Di Hospital Putrajaya

5.8K
SHARES

“Kalau ikutkan hati nak aja bersalin dekat hospital swasta, tapi bukan main mahal harganya. Ada tak hospital kerajaan yang bagi servis macam hospital swasta?”

Bagi yang belum tahu, Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) adalah skim rawatan yang mula diperkenalkan sejak tahun 2007 di hospital-hospital kerajaan yang terpilih. Dengan skim ini, pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar dan kemudahan bertaraf swasta, tapi dengan harga yang sangat berpatutan.

Walaupun telah agak lama diperkenalkan, namun mungkin ramai yang inginkan lebih banyak maklumat lanjut tentang skim rawatan FPP ini. Dalam kesempatan ini, kami berjaya mendapatkan Puan Hidayu Baharuddin untuk berkongsi pengalaman beliau yang bersalin di FPP Hospital Putrajaya pada Januari 2018 yang lalu.

Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Pengalaman Bersalin Di FPP Hospital Putrajaya

Ada yang tanya macam mana saya bersalin di Hospital Kerajaan tapi dapat menu chicken chop.

Sebenarnya saya bersalin di Hospital Putrajaya. Hospital ini adalah antara hospital terpilih yang menawarkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh @ Full Paying Patient (FPP).

Di sini saya nak jawab beberapa soalan dan info yang mungkin ramai nak tahu tentang FPP.

1. Proses Booking FPP

Saya booking melalui panggilan telefon sahaja. Masa call nanti, cakap yang kita nak book for FPP. Nanti dia akan tanya due date bsersalin dan kalau kita setuju, dia akan bagi 1 tarikh untuk appointment pertama.

Ini nombor yang saya call: 03-8312431 – FPP PUTRAJAYA

Pengalaman Bersalin di Hospital Putrajaya

2. Boleh Pilih Doktor?

Ya, BOLEH.

Boleh pilih doktor pakar yang mana kita selesa. Maksudnya, kita akan ada kita punya personal gynae. Doctor tu yang akan in-charge dari check-up bulanan sampailah masa bersalin nanti.

Setiap kali check-up bulanan, doktor yang sama akan check dan scan. Prosesnya sangat detail. Jadi tak perlu risau sebab nak tanya apa segala mak nenek soalan pun boleh. Doktor akan layan sampai kita habis soalan untuk ditanya. (Serius, tak tipu!)

And I am very satisfied with my C-section scar (with Dr Hazim).

3. Bila Kena Mula Booking?

Saya book masa 7 bulan mengandung. Kalau nak pegi book lebih awal pun boleh, tak ada masalah.

4. Check-up Bulanan Kena Bayar?

Ya, BERBAYAR.

RM60 masa register.

RM75 selepas jumpa doktor.

JUMLAH = RM135

Ini kos untuk 1 kali perjumpaan dengan kita punya personal gynea.

Untuk proses pembayaran nanti GL atau insurans tidak dibenarkan.
TUNAI SAHAJA.

5. Masalah Sebelum Due Date

Jika ada sebarang masalah sebelum due date, mungkin ada yang tanya macam mana prosedur rawatan dan bayarannya.

Bergantung pada keadaan, macam saya hari tu kena masuk wad sebab kes kurang air ketuban pada minggu ke-34.

Masuk wad: 3H2M

Caj yang terlibat
Executive room: RM300/night
Consultation fee: RM120/visit
FPP procedure fee: RM 180
Lain-lain caj: RM62.80

JUMLAH: RM 1082.80

*Ini kalau ada sebarang masalah ya. Kalau tak, tak perlu bayar sebab tak perlukan rawatan / masuk wad.

6. Deposit Untuk Bersalin

Untuk bersalin, sediakan RM3000 untuk deposit.

Kalau bil kita kurang daripada jumlah RM3000, waktu discaj nanti kita boleh ambil bakinya dan begitulah juga sebaliknya.

Foto Kredit: neurowife.blogspot.com

Foto Kredit: neurowife.blogspot.com

7. Jenis Bilik

Harga: RM300/night untuk Executive Room.

Harga ini applicable untuk pilih bilik seorang atau berdua. Harganya tetap sama. Jadi ikut sukalah nak pilih yang mana.

Kelebihan?

  • Suami boleh tunggu 24 jam tanpa berenggang sesaat. (Point paling penting kenapa saya nak sangat duduk di executive room.)
  • Ada extra bed untuk suami tidur.
  • Ada TV
  • Peti ais pon ada
  • Tandas sendiri

8. Makanan

Setiap malam sebelum tidur, nurse akan datang bawa menu makanan keesokan hari. Boleh pilih sama ada kita nak menu Western atau atau nasi.

9. Layanan

MEMANG SUPERB!

Sebab saya bersalin czer, untuk pulih dari ubat bius tu hilang memang lama.

Jadi, bila baby menangis dalam 5 minit, nurse akan mintak izin bawa baby keluar dari bilik untuk mereka tolong tenangkan. Sebabnya mereka nak kita dapatkan masa untuk berehat. Jadi walaupun pukul 2-3 pagi, nurse tetap akan bantu handle baby yang menangis.

10. Kos Bersalin Di FPP Putrajaya

Saya bersalin secara pembedahan dan kosnya adalah seperti berikut:

Caj untuk Emergency Ceasarean termasuk

  • Wad 3D2N (wajib untuk Ceasar)
  • Bekalan 10 unit Enoxaparin Injection (ubat cair darah) yang Ini kena cucuk sendIri selepas keluar wad.
  • Kos sewa jaundice incubator untuk 2 hari sebab baby ada kuning sikit masa umur dia 2 hari.

JUMLAH = RM3500 

Bagi yang bersalin normal selalunya lebih kurang dalam range RM1200 – RM2500.

11. Di Mana Lagi Ada Skim Rawatan FPP?

Selain Hospital Putrajaya skim rawatan FPP ini boleh didapati di beberapa hospital lagi antaranya

  • Hospital Selayang
  • Hospital Sg Buloh
  • Hospital Ampang
  • Hospital Serdang

Overall, Perkhidmatan Yang Sangat Memuaskan!

Kalau ditanya, memang saya sangat berpuas hati dengan layanan dan servis sepanjang mendapatkan rawatan di sini. Nurse dan layanannya super duper tiptop!

Yang pastinya, kosnya berlipat kali ganda lebih murah berbanding hospital swasta.
(Tapi kalau ada duit lebih teringin jugak nak teran baby dekat Prince Court)

Apapun, itu saja sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan sepanjang pengalaman check-up mengandung dan bersalin di FPP Hospital Putrajaya demi melahirkan Dheea Rizqi.

Semoga info ni membantu.

Regards,
Hidayu Baharudin

 

*Perkongsian asal oleh Hidayu Baharuddin ini disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan lanjut dan lebih banyak perkongsian, follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×