Famili

Konsert Big Stage Tajaan Vivo Makin Menyengat, Kali Ni Ada Yang Pengsan Sewaktu Persembahan?

6.6K
SHARES

Siapa suka tengok televisyen pada waktu malam? Angkat tangan! Bagi yang dah berkeluarga, mesti suka tengok dengan anak-anak bukan? Hubungan pun semakin erat. ? Jangan sibuk dengan urusan harian sampai terabai keluarga ya!

Ramai yang fikir, hujung minggu nak rehat di rumah sahaja. Hari Sabtu, bolehlah pergi jalan-jalan dengan keluarga. Tapi macam mana dengan hari Ahad? Kalau nak tahu, ada program realiti di televisyen yang sedang hangat sekarang. Program apa tu?

Konsert Big Stage tajaan Vivo, minggu kedua semakin hebat!

Untuk pengetahuan anda, Konsert Big Stage tajaan Vivo ni dah pun masuk minggu kedua. Konsert ni berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Admin pun ada tengok. Semua lagu best sebab lagu zaman admin kecil. Memang hebat!

Tema Konsert Big Stage pada minggu kedua ialah Lit Throwback. Semua peserta menyanyikan lagu-lagu throwback yang pernah popular pada tahun 90-an dan awal 2000. Patutlah rasa nostagia sangat! Rindunya zaman kanak-kanak. ? Hihi.

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh peserta pada minggu kedua ialah Semoga Abadi, Kesetiaan, Sambutlah Kasih, Ku Tak Akan Bersuara, Layu Di Hujung Mekar, Alasanmu, Janji Kita, Sejarah Mungkin Berulang, Akan Ku Tunggu dan Cinta Tersimpul Rapi. Best bukan? Macam nak repeat!

Kalau juri tetap di Konsert Big Stage ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, siapa juri jemputan? Haa.. Jangan terkejut! Tomok diundang sebagai juri jemputan untuk minggu kedua. Tak sangka Tomok yang datang. Memang surprise! ?

Nak tahu hadiah apa yang peserta akan menang? Juara di Konsert Big Stage akan memenangi wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Naib juara dan tempat ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM10,000 danRM5,000 beserta trofi juga. Gempak habis!

Ada insiden mengejutkan sewaktu Konsert Big Stage minggu kedua berlangsung. Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara program itu pun terkejut dengan apa yang berlaku. Pentas jadi kelam kabut! ?

Baby Shima pengsan sewaktu persembahan, bukan gimik!

Bagi yang tengok Konsert Big Stage minggu kedua, pasti terkejut bila Baby Shima tiba-tiba pengsan sewaktu membuat persembahan. Baby Shima pada waktu itu menyampaikan lagu “Ku Tak Akan Bersuara”. Ramai mengatakan ia hanyalah gimik tapi ia betul-betul berlaku.

Difahamkan yang Baby Shima sangat penat dengan jadual kerja yang padat. Lebih-lebih lagi dia berulang alik dari Indonesia ke Malaysia. Kesiannya! Baby Shima dikejarkan ke hospital dengan segera dan selamat. Huh, lega! Moga Baby Shima kembali sihat. ?

Fara Hezel tersingkir, peserta lain teruskan perjuangan

Fara Hezel ialah peserta pertama yang tersingkir dalam Konsert Big Stage minggu kedua. Ala, sedihnya! Tapi 9 peserta lain yang terselamat akan teruskan perjuangan untuk minggu seterusnya. Peserta akan berduet dengan artis-artis hebat seperti Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ayda Jebat, Ara Johari dan ramai lagi nanti. Fuh!

Ingat ya. Konsert Big Stage musim pertama ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Ajak satu keluarga tengok okay? Mesti seronok! ?

Vivo memperkenalkan Vivo NEX, smartphone baru berteknologi canggih!

Admin dah bagitahu awal-awal yang Vivo jadi penaja utama untuk Konsert Big Stage bukan? Kini, Vivo ada model terbaru, Vivo NEX. Dilengkapi dengan kamera depan tersembunyi, tak nampak langsung dari luar. Kamera akan muncul bila anda nak selfie. Sangat canggih!

Vivo NEX dijual dengan harga RM2,799 di seluruh negara. Rekaannya juga lebih moden dan selesa digunakan. Boleh dapatkan Vivo NEX di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Suruh encik suami belanja. Bukan selalu. Hehe. ?

Oh! Nak ingatkan ni. Jangan lupa tonton Konsert Big Stage musim pertama, setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Rugi kalau tak tengok sebab minggu seterusnya lagu duet. ? ? Yay!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×