Hebahan

Komedi Musikal ALADDIN – RELOADED

18
SHARES

Setiap tahun, “Youth-On-Stage” menceriakan musim cuti dengan produksi berkuali tinggi dan menampilkan bakat yang kian berkembang oleh Akademi Enfiniti.

 

Print

Berikutan kejayaan “Seussical Jr” pada tahun 2013, “Seussical the Broadway Musical” pada tahun 2014, “Aladdin – A Musical Comedy” merupakan pantomim muzikal yang dipentaskan pada 2015, sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Berdasarkan cerita Aladdin, Akademi Enfiniti menghasilkan muzikal yang seronok, asli dan interaktif yang memasukkan elemen gelak tawa, riawara hambar dan lagu-lagu popular yang membuatkan penonton ketawa dan menari bersama.

Print Print

Produksi ini yang diarahkan oleh Joanna Bessey, arahan muzik oleh Liew Marsh dan koreografi oleh J Redza, pelakon utama “Aladdin – Reloaded” terdiri daripada Rashid Salleh, Tria Aziz dan Peter Davis. Sertai mereka di atas pentas adalah kanak-kanak dan remaja yang berbakat dan pada tahun lepas, ramai yang hadir memberikan mereka beberapa tempukan gembira sambil berdiri (standing ovation).

Print Print

Sinopsis Aladdin – Reloaded (Komedi Muzikal):

Ahli sihir kejam Abanaza mencari lampu ajaib yang mempunyai Jin yang hebat, supaya beliau boleh menguasai dunia, dna hampir berjaya! Adakah semua harapan musnah? Tidak! Bantuan kini sampai! Keluarga adiwira hadir untuk menggagalkan rancangan jahat Abanaza! Seorang budak tempatan bernama Aladdin, abangnya Wishee Washee dan ibunya yang ditakuti Widow Twanky bersedia untuk menyelamatkan keadaan!

aladdin_400

Petikan oleh Penerbit Eksekutif: Tiara Jacquelina

“Musim cuti hampir tiba, yayyyyy! Ini merupakan waktu kegemaran setiap tahun, kerana kami menghabiskan musim cuti tahunan dengan persembahan dengan nada gembira. Ideanya adalah bagi penonton SEMUA peringkat umur dapat menikmati sebuah persembahan, berpakaian apa sahaja yang membuatkan mereka selesa, sorak seberapa kuat, dan menikmati masa mereka di teater.”

Petikan oleh Pengarah – Joanna Bessey

“Aladdin – Reloaded” merupakan sebuah komedi muzikal dan ia akan menjadi sebuah persembahan yang menyeronokkan! Sewaktu latihan pun kami sudah bergelak ketawa dan bekerjasama dengan para pelakon yang hebat sangat seronok. Saya suka bekerjasama dengan Peter Davis, Rashid Salleh dan Tria Aziz sekali lagi. Dan pelakon muda sangat beruntung dapat bekerja dan belajar daripada mereka. KESEMUA pelakon (termasuk pelakon kanak-kanak) mempunyai tenaga yang hebat dan sangat berbakat. Ia merupakan persembahan keluarga yang sangat sesuai untuk musim cuti. Ia merupakan cerita klasik Aladdin dengan adunan Malaysia moden.”

Butiran “Aladdin – Reloaded”

Tarikh: 2-11 Disember 2016

Tempat: PJ Live Arts, Jaya One

Harga Tiket: RM43, RM63, RM73 dan RM123

Untuk maklumat tiket dan pembelian, sila layari www.tix.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/enfinitiacademy, www.facebook.com/enfinitiacademyonstage atau

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×