Sihat

Kesan Vaping Kepada Golongan 2nd & 3rd Hand Lebih Bahaya!

18
SHARES

Sejak kebelakangan ini, penggunaan vape semakin mendapat sambutan dan golongan dewasa lebih memilih untuk menghisap vape berbanding rokok biasa. Meskipun tidak merokok, ada juga memilih untuk menghisap vape kerana beranggapan lebih moden dan mengikut trend.

Lebih mengejutkan, ada juga yang mahu berkongsi vape dan menghisap tanpa memikirkan kesan sampingan akan berlaku. Hal ini kerana kesan sampingan juga turut berlaku kepada mereka yang menghisap dan menghidu asap tersebut. Ikuti perkongsian lanjut oleh Dr Azila Mohd Kasim di bawah.

Baca juga: Pakar Kongsi 5 Sebab Asap Rokok Boleh Bahayakan Otak Anak-Anak

KESAN VAPING KEPADA GOLONGAN 2ND & 3RD HAND LEBIH BAHAYA

Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan. Tapi apa kesan terhadap second atau third-hand vaping. Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping?

Maksud:

  • 1st hand: tukar hisap vaping
  • 2nd hand: asap/WAP vaping yang disedut oleh orang sekeliling dari first hand vaping.
  • 3rd hand: asap/WAP yang melekat pada karpet, dinding, baju, permainan kanak-kanak.

Itu sebabnya bau asap rokok dan vape masih lama berada dalam kereta perokok. 2nd dan 3rd vaping juga tidak terlepas dari mendapat kesan sampingan kimia melalui sedutan dari udara atau melalui kulit.

Lebih bahaya kepada kanak-kanak kerana mereka mudah untuk memasukkan objek ke dalam mulut, maka toksin ini senang untuk menyerap dalam badan mereka.

Kenapa kita perlu risau kepada 2nd & 3rd hand vaping? Ianya boleh menyebabkan:

  • Kanser
  • Penyakit jantung
  • Kerosakkan paru-paru
  • Asthma

BAGAIMANAKAH VAPING DAN ROKOK MENJEJASKAN KESIHATAN MULUT?

1. NAFAS BERBAU

Rokok mengandungi rantaian hidrokarbon polisiklik yang memberikan rokok bau yang khusus. Bahan kimia dalam asap rokok yang berada dalam mulut dan paru-paru boleh menyebabkan nafas berbau.

2. PENYAKIT GUSI

Penyakit gusi merupakan punca paling biasa dan kerap kepada keguguran gigi di kalangan orang dewasa. Ini disebabkan oleh bahan-bahan toksik yang terkandung di dalam rokok, yang membantutkan fungsi serta aktiviti tisu gusi yang normal dan boleh menyebabkan gigi longgar dan tercabut.

Ia mengurangkan pengaliran darah ke kawasan gusi, mengakibatkan perokok mungkin tidak mendapat tanda-tanda amaran awal penyakit gusi seperti gusi berdarah.

3. GIGI BERTUKAR WARNA (GIGI BERKARAT)

Nikotin dan tar ialah ramuan asas dalam rokok yang mengaratkan gigi menjadi warna kuning, perang bahkan kehitaman dalam masa yang singkat.

Pada awalnya, tar dan nikotin hanya terenap pada permukaan luar gigi. Lama-kelamaan, kotoran itu meresap ke lapisan dalam menerusi rekahan mikro yang ada pada permukaan gigi, menyebabkan ia mustahil untuk dihilangkan dengan ‘scaling’ dan gilapan.

4. LUKA SUKAR SEMBUH

Merokok mengubah respon imuniti setempat di dalam mulut, sekaligus menyebabkan proses penyembuhan selepas mencabut gigi dan pembedahan mulut tertangguh.

Merokok juga adalah salah satu faktor kepada kejadian “dry socket” / soket kering (lompong gigi menjadi kering selepas gigi dicabut), suatu keadaan yang menyakitkan.

5. KANSER MULUT

Rokok menjadi pendorong kepada kanser mulut bermula dengan ulser yang tidak sembuh melebihi dua minggu. Berdasarkan kajian yang dijalankan di HUSM, 60% pesakit kanser mulut ialah perokok.

Berhenti vaping /merokok dan mengatasi ketagihan memerlukan semangat jati diri dan iltizam yang kuat sepanjang hayat.  Jadi mulalah dari sekarang. “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.” Tidak pernah terlalu lewat untuk bermula.

Sumber: Facebook Dr Azila Mohd Kassim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×