Kerja Kosong

Kerja Kosong

Kami menjemput individu yang berkelayan untuk mengisi kekosongan berikut:

1. Content Writer (Full Time & Part Time)

  • Boleh kerja atas katil dari rumah, boss tidak akan marah
  • Tidak ada punch-card, janji kerja siap
  • Kalau ada anak, boleh kerja sambil dodoikan anak dalam buaian
  • Kalau anak dah sekolah, boleh hantar dan ambil anak balik sekolah, boss tidak akan marah
  • Bonus kalau anda pernah bekerja di syarikat penerbitan sebagai wartawan, tetapi sudah bosan dengan kerenah birokrasi
  • Anda ada gaya penulisan yang sangat awesome, sehinggakan orang yang baca artikel anda akan gatal tangan untuk share di Facebook
  • Berpeluang pergi event dan makan free sampai kembung
  • Dapat goodies yang banyak hasil jemputan event
  • Berpeluang selfie dan interview selebriti di mana-mana event yang dihadiri
  • Ikut kami pergi meeting dengan client, lagaknya macam sudah bekerja 10 tahun
  • Pengalaman menghadiri press conferences dan bergaya bak journalist
  • Boleh claim mileage untuk cover duit minyak

Adakah anda sedang tersenyum sekarang dan berasakan ini kerja yang dicari-cari dari dahulu?

Jika ya, hantarkan CV ke [email protected]

 

2. Account Manager (Full Time & Part Time)

  • Hobi anda ialah jumpa orang dan bercakap
  • Satu hari tidak bercakap dan membebel, anda tidak sedap hati
  • Melayan client adalah passion anda
  • Microsoft Excel adalah mainan seharian untuk hantar proposal
  • Anda rasa untuk close sales bawah RM100,000 itu sangat kacang!
  • Kerja anda dulu, tidak pernah tak capai quota. Asyik terlebih quota sahaja.
  • Anda selesa makan lunch di warung tepi jalan dengan kerani dan dinner dengan CxO level di restoran lima bintang tanpa sebarang masalah
  • Kalau anda boleh jual ais pada orang Eskimo – anda orang yang kami cari!

Adakah anda sedang tersenyum sekarang dan berasakan ini kerja yang dicari-cari dari dahulu?

Jika ya, hantarkan CV ke [email protected]

 

 

To Top
SKIP THIS AD ×