Percutian

Dah Mula Beroperasi, Ini Cara Nak Naik Kereta Api Laju ‘Hello Kitty’ Di Jepun!

441
SHARES

Kereta api laju atau bullet train amat dikenali di negara matahari terbit iaitu Jepun. Bullet train Shinkansen berteknologi tinggi ini menjadi salah satu medium pengangkutan utama bagi rakyat di sana dan juga para pelancong. Terbaharu, rakyat Jepun dan juga para pelancong dapat merasai pengalaman untuk menaiki kereta api Shinkansen bertemakan Hello Kitty!

Buat anda yang merupakan peminat kepada animasi comel dalam dunia Sanrio ini pastinya teruja kerana dekorasi dalaman dan luar bullet train ini sangat comel dan cantik! Jom kita lihat apa ‘tawaran’ menarik yang anda akan dapat jika berpeluang menaiki Hello Kitty Shinkansen ini.

BILA BAKAL BEROPERASI?

Kereta api Shinkansen bertemakan Hello Kitty ini sebenarnya sudah dipertontonkan ramai pada tahun lepas dan hanya beroperasi dalam masa 2 bulan sahaja. Namun berita baik baru sahaja diterima oleh rakyat Jepun bahawa kereta api ini akan diperbaharui dan sudah beroperasi bermula 29 Januari 2019!

DEKORASI COMEL DAN MENARIK!

Kereta api Haruka ini akan membuka laluan dari Kansai Airport dan ke bandar-bandar utama di Tokyo. Apa yang menariknya rekaan kereta api ini bertemakan pakaian tradisional orang Jepun dan mempunyai warna serta bunga-bungaan yang melambangkan negara Jepun. Memang akan jadi tumpuan orang bergambar dan instaworthy!

MACAM MANA NAK NAIK HELLO KITTY TRAIN NI?

Laluan Shinkansen Hello Kitty

Senarai harga tiket kereta api.

Untuk menaiki Hello Kitty Shinkansen ini anda juga boleh menggunakan JR Pass (Japan Railway Pass) yang ternyata akan memudahkan perjalanan anda di sana. Namun, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan tempat duduk terlebih dahulu supaya tidak terganggu dengan keadaan sesak.

JADUAL PERJALANAN DARI STESYEN

Namun, harus diingatkan bahawa anda membuat perancangan tarikh yang betul supaya tidak kecewa apabila Hello Kitty Train ini tidak beroperasi pada tarikh di bawah:

    • September 3rd to September 5th
    • September 26th to September 28th
    • October 21th to October 24th
    • November 2nd
    • November 4th
    • November 13rd to November 15th
    • November 26th
    • December 5th to December 7th
    • December 26th to December 28th
    • January 21st to January 23rd
    • February 13th to February 15th

COMELNYA!

Sumber : Hello Kitty Shinkansen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×