Business

Kenapa Penang Jadi Spot Kegemaran Bercuti Rakyat Malaysia? Vivo Ada Jawapannya…

10.3K
SHARES

Cuti nanti pergi melancong dengan keluarga tak? ✈️ Biasanya kalau pergi melancong ni tak terlepaslah smartphone daripada tangan. Lagi-lagi kalau nampak pemandangan yang cantik, mesti nak ambil gambar. Sebab nak simpan jadikan kenangan.

Tapi tak tahu nak bercuti ke mana. Yang belum sampai Penang tu elok jejakkan kaki anda ke sana tahun ni. Kalau nak tahu, Penang dah jadi antara tempat paling menarik untuk bercuti pada tahun 2017 tau. Sampai jadi tarikan pelancong dari luar!

Menarik Tentang Penang Yang Anda Perlu Tahu

Ingat tak sejarah Georgetown, ibu kota Penang? Selain jadi kubu penjajah British, ia juga campuran pengaruh Melayu, Cina dan India. Kepentingan sebagai pelabuhan buat Penang jadi kawasan pelbagai budaya dan agama dari kawasan Asia Tenggara. ?

Pelbagai reka bentuk dan seni bina bangunan ada di Pulau Pinang. Bermula daripada rumah agam kolonial Inggeris dan masjid Islam sehingga ke kuil Cina dan rumah kedai desa. Patutlah ramai yang datang bercuti di Penang. Banyak koleksi bangunan bersejarah kat situ. ?

Kalau di Malaysia, Penang dah jadi tempat wajib untuk pergi bercuti. Ia juga dikenali sebagai Pearl Of The Orient. Kenapa dapat gelaran tu? ? Mestilah sebab kepelbagaian makanan di situ. Penang juga diakui sebagai salah satu street food terbaik di Asia. Fuh! Tiba-tiba lapar.

Tak sah la kalau ke Penang tapi tak singgah Penang Street Art. Untuk pengetahuan anda, pelukis yang tukar dinding bangunan Georgetown kepada hasil seni ni ialah pelukis Lithuania bernama Ernest Zacharevic, pelukis pekak dan bisu Loius Gan dan kumpulan pelukis 101LostKittens. Memang cantik!

Unik betul mural di Penang ni. Sebabnya imej di sini menggambarkan kisah hidup seharian masyarakat. Guna orang tempatan sebagai model. Ada yang dibuat dengan penuh humor, ada yang penuh nostalgik, jadi gambar percutian anda pasti tak membosankan. ?

Mural paling popular dan diminati ramai ialah Children on Bicycle dan Boy on Motorcycle. Sebenarnya banyak street art kat Penang ni. Pelancong pun ramai. ? Lebih mudah kalau anda Google dulu contoh gaya di street art. Baru nampak kreatif dan menarik! Tak gitu?

Cuti Lebih Enjoy Kali Ni Dengan Vivo V7

Nak gambar lagi cantik, baik pakai Vivo V7 series. Paparan skrin penuh dalam 1440 x 720, sesuai sangat untuk tangkap gambar. Vivo V7 series juga dipasangkan RAM 4GB dan 32GB atau 64GB expandable storage. ? Boleh simpan gambar banyak mana pun. Baterinya juga tahan lama sebab dilengkapi dengan bateri 3000mAh.

Gambar selfie lebih cantik dengan Vivo V7 series, sesuai dengan gelarannya selfie-centric smartphone di pasaran. Portrait Mode dalam Vivo V7 series ini pisahkan subjek dari background cukup baik. Cantik pun boleh adjust dengan mudah. Face Access juga sangat kemas. ? Dengan kamera selfie Vivo V7 series, pasti anda nak berselfie sahaja di mana-mana.

Kamera belakang 16MP pada Vivo V7 series juga tak kurang hebatnya. Prestasi autofokusnya sangat bagus. Selain itu, ada Live Photo dalam Vivo V7 series yang membolehkan anda rakam video pendek sama seperti Live Photo dalam Apple. Ditambah dengan pelbagai pilihan filter, anda boleh share gambar terkini semasa melancong. Bestnya!

Tangkap Keindahan Malaysia Dengan #SeeMalaysiawithvivo

Dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama sempena prestasi kamera Vivo V7 series, Vivo Malaysia akan buat contest gambar secara online dengan #SeeMalaysiawithvivo. Ia dah pun bermula 1 Januari 2018. Kaki travel dan fotografi dialu-alukan untuk upload gambar keindahan Malaysia dengan kamera Vivo dalam contest ini.

Anda patut join contest ini sebab hadiah utama sangat lumayan. Berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5000, smartphone Vivo V7 dan power bank Vivo. Gempak betul. Gambar terbaik akan dipilih oleh Vivo Malaysia. Contest akan ditutup pada 31 Januari 2018. Sempat lagi nak join ni. ?

Mesti korang tak sabar nak share gambar yang korang ambil semasa bercuti bukan? Lepas tu update kat laman sosial. Tapi mestilah nak upload gambar yang gempak habis. Vivo V7 series memang pilihan tepat untuk anda bawa bersama sewaktu travel. Silap-silap jadi teman setia ke mana-mana! ?

Alang-alang pergi bercuti dengan Vivo V7 series tu, anda boleh join contest #SeeMalaysiawithvivo sekali. Hadiah pun lumayan. Ingat ya tarikh tutup pada 31 Januari 2018. Klik sini untuk info lebih lanjut tentang contest tersebut. Anda juga boleh like dan follow Facebook vivoMalaysia untuk tahu perkembangan terkini mereka. Jom pergi jalan-jalan! ??

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×