40 Minggu

Kenapa Ibu Mengandung Selalu Sakit Tulang Bawah Ari-Ari, Baby Nak Keluar Dah Ke?

255
SHARES
tanda hamil

“Adoi, sakit pulak tukang bawah ari-ari aku ni. Makin menjadi-jadi!”

Ini adalah situasi yang dialami oleh ibu-ibu yang sedang hamil dimana akan terjadi situasi apabila berasa kesakitan di bahagian tulang bawah ari-ari. Untuk membantu bayi anda melalui pelvik anda semudah yang boleh, badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil relaksin yang dapat melembutkan ligamen. Akibatnya, sendi-sendi ini lebih banyak bergerak semasa dan sejurus selepas anda melahirkan, menyebabkan radang dan kesakitan yang dikenali sebagai disfungsi simfisis pubis atau SPD (symphysis pubis dysfunction).

KENAPA IBU MENGANDUNG SAKIT TULANG BAWAH ARI-ARI?

“Doktor, saya selalu sakit kat tulang bawah ari-ari. Nak gerak pun sakit. Baby nak keluar dah ke doktor?”

Ini antara soalan yang kerap di tanya oleh ibu mengandung yang datang ke klinik. Jika anda kerap sakit di bahagian tulang di bawah ari-ari kemungkinan anda mengalami “Symphysis Pubis Dysfunction” atau SPD. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor terlebih dahulu.

Apa itu SPD?

SPD ialah keadaan di mana pesakit mengalami masalah sakit di bahagian tulang pinggul ( pelvic) samada di bahagian depan atau belakang pinggul. Ia kerap dialami oleh ibu mengandung!

Kenapa ia kerap di alami oleh ibu mengandung?

Mengikut statistik ia dialami oleh 1 daripada 5 orang ibu mengandung. Maksudnya masalah ini berlaku kepada ramai orang. Ibu-ibu tidak perlu risau kerana ianya tidak membahayakan bayi. Akan tetapi ianya boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada si ibu. Kadangkala nak gerakkan kaki sikit dah terasa sakitnya.

Ketika mengandung hormon “relaxin” dihasilkan oleh badan kita untuk melonggarkan urat/ligamen dan mengurangkan regangan otot di bahagaian peha, perut dan pelvic sebagai persediaan untuk rahim membesar dan juga untuk proses bayi kelahiran kelak.

Akan tetapi hormon relaxin ini juga boleh bertindak di bahagian sendi tulang pinggul atau pelvic kita dan menyebabkan ianya longgar. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pinggul si ibu terutama ketika berjalan atau bergerak. Ianya juga dipengaruhi oleh faktor kedudukan bayi dalam kandungan.

Apa yang perlu di lakukan oleh si ibu untuk elak dari sakit bertambah teruk?

Biasanya doktor akan nasihatkan untuk banyakkan berehat, elakkan dari mengangkat barang berat, jangan duduk bersilang kaki, jangan bersimpuh di atas lantai, dan jangan berdiri atau duduk untuk tempoh yang lama.

Boleh sembuh ke tidak penyakit ni doktor?

Malangnya penyakit ini tidak boleh sembuh sepenuhnya sehinggalah si ibu bersalin. Malah ianya berkemungkinan bertambah serius jika kandungan menghampiri tarikh “due date”. Akan tetapi doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan juga rawatan physiotherapy kepada si ibu untuk bantu kurangkan kesakitan yang dialami.

Hanya ibu yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana sakitnya SPD ini. Sakitnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Besarkan pengorbonan seorang ibu? Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr. Siti Khadijah Zainal Abidin Klinik Perubatan Alissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×