makanan

Kenangan Coffee Dah Dibuka Di Malaysia? Seronoknya! Jangan Lupa Serbu Tau!

1K
SHARES

“Dah minum kopi harini?”

Ha itulah ayat yang selalu didengar kalau anda adalah peminat kopi tegar kan? Boleh dikatakan kopi ini mempunyai khasiat utama yang akan memberikan tenaga kepada sesiapa yang menikmatinya tau!

Anda juga boleh nikmati ketika sarapan dan juga pada waktu bersantai sebagai terapi. Ha…tidak hairanlah minuman ini sangat digemari ramai.

Jadi, buat peminat kopi dekat luar sana, kami nak tanya, anda pernah dengar Kenangan Coffee? Nak tahu kenapa ia dipanggil Kenangan? Jom baca dulu sampai habis…

Kenangan Coffee salah satu rangkaian F&B yang paling pesat berkembang di Indonesia

Sebelum itu, kami nak kongsi sikit latar belakang Kenangan Coffee ni! Banyak juga pencapaian mereka ni tau!

Bermula dengan kiosk kecil sederhana di Jakarta pada tahun 2017, Kenangan Coffee kini telah membawa perniagaan mereka dengan jayanya dan menjadi salah satu rangkaian F&B yang paling pesat berkembang di Indonesia.

Kenangan Coffee mempunyai kualiti & rasa yang akan melekat dalam hati dan jiwa anda

Kenangan Coffee adalah rangkaian kopi terbesar dan ia terkenal dalam kalangan rakyat tempatan di Indonesia. Ini adalah kerana “Kenangan” tersebut membawa maksud yang tersendiri.

Dari setiap titisan kopi yang mereka cipta dan hidangkan itu datang nya dari hati mereka dan mungkin akan meninggalkan rasa yang berkekalan dalam hati penggemar kopi itu sendiri. 

Cara penghasilan & bahan yang digunakan dalam Kenangan Coffee ini sangat luar biasa!

Untuk pengetahuan anda, Mikael Jasin, pemenang tempat ke-4 dalam Kejohanan Barista Dunia 2019 ialah Ketua Kopi bagi Kenangan Coffee. Beliau mencipta sendiri rasa dan resipi unik jenama itu untuk dibuat kenangan dengan meneroka, mencuba dan berinovasi dalam setiap penghasilan kopi tersebut.

Paling menarik, semua biji kopi yang digunakan dalam Kenangan Coffee ini mempunyai perisa Nusantara yang unik yang hanya boleh didapati di Indonesia. Bukan senang tau!

Selain itu, semua kacang panggang Kenangan Coffee ini juga diproses dengan Victoria Arduino Black Eagle dan Mythos One, ia dianggap sebagai mesin espresso terbaik yang mereka gunakan untuk membancuh kopi yang luar biasa bagi setiap penggemar mereka. 

Apa menu yang menarik yang ada? Anda boleh cuba yang ini!

Menu paling popular di antara semua yang ada di Kenangan Coffee ini adalah Kenangan Latte. Ini kerana mereka menggunakan bahan yang istimewa iaitu Gula Aren. Kalau anda nak tahu, Gula Aren ini merupakan gula organik berwarna perang diperbuat daripada nira. 

Dengan gabungan gula aren yang manis dan aroma kopi berasap ini akan memberikan rasa latte yang unik, kaya serta beraroma pada anda semua, dan ianya hanya terdapat dalam campuran Kacang Nusantara Indonesia dalam Kenangan Coffee ni. Fuhhh! Harga minuman di sini pun bermula dari RM5.90 sahaja, memang berbaloi!

Paling ditunggu-tunggu! Kenangan Coffee akan dibuka tak lama lagi di sekitar Lembah Klang!

Dah cerita panjang tentang kopi dari Indonesia ni, mesti anda rasa tertarik untuk membeli kan? Kalini tak payah risau nak pergi jauh-jauh, sebab mereka akan membuka kedai Kenangan Coffee ini di lima kawasan di sekitar Lembah Klang ni tau! Antaranya di:

  • Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre (18 Oktober)
  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya (22 Oktober)
  • Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang (27 Oktober)
  • NU Sentral, Brickfields (Akan Datang)
  • MyTOWN, Jalan Cochrane (Akan Datang)

Paling menarik, siap ada promosi Beli 1 Percuma 1 selama 3 hari tau sempena pembukaan kedai mereka ni. Macam mana nak tebus? Caranya mudah je, anda hanya perlu membeli satu minuman kopi dari menu mereka dan anda akan mendapat satu lagi kopi secara percuma!

Jangan risau, untuk promosi ini, tiada had bilangan untuk anda menebus, yang penting dalam tempoh tiga hari pertama pelancaran kedai mereka. 

Nak rasa kopi yang lazat? Jangan lupa serbu kedai Kenangan Coffee berhampiran anda nanti ya!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rasai dan nikmati sendiri Kenangan Coffee ini di kedai berhampiran anda! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kopi Kenangan, Instagram, Facebook dan TikTok mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×