Famili

Kejutan Daripada Juri Buatkan Peserta Terpaku Di Akhir Konsert Big Stage Minggu Ke-5

9.6K
SHARES

Telah menjadi kebiasaan di hujung minggu untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Bagi yang duduk berjauhan, pasti sekali sekala mahu pulang ke kampung. Bukan apa, rindu pada keluarga tersayang. ?

Untuk pengetahuan anda, ada satu program realiti di televisyen tengah kecoh sekarang. Dah alang-alang balik kampung tu, bolehlah ajak satu keluarga tengok nanti. ? Program ni lain daripada proram yang lain. Biar betul?

Jom tengok Konsert Big Stage, dah minggu kelima!

Pejam celik pejam celik, Konsert Big Stage minggu kelima berlangsung dengan meriah. Ia bersiaran secara live dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Banyak cabaran yang peserta dah tempuhi. Semakin lama semakin mencabar.

Konsert Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad. Dari minggu pertama sampai sekarang, tak pernah bosan. Dahlah mereka berdua ni satu kepala. Memang terhibur bila tengok gandingan mereka berdua ini. Penuh gelak ketawa! ?

Untuk Konsert Big Stage minggu kelima, tujuh peserta yang tinggal telah menyanyikan lagu-lagu bertemakan ‘Hot List Digital‘. Lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Bukti, Sesungguhnya Aku, Bunga, Asal Kau Bahagia, Luluh, Sulit dan Lebih Sempurna. Semuanya lagu hit yang tengah popular sekarang.

Tak hebatlah program realiti kalau tak ada juri. Di Konsert Big Stage, peserta diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Paling menarik, juri jemputan untuk minggu kelima ialah Altimet. Bintang hip hop tu. ? Nak duit, nak duit!

Hadiah untuk peserta yang menjuarai Konsert Big Stage berupa wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Naib juara dan tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang RM10,000 danRM5,000 beserta trofi.

Syafiq Farhain dinobatkan sebagai Gempak BBNU Of The Week

Paling menarik, sekarang anda dah boleh mula mengundi bintang kesayangan anda untuk Gempak BBNU Of The Week’. Syafiq Farhain telah menjadi peserta pertama yang mendapat anugerah hebat ni. Ternyata lagu ‘Sway‘ yang dinyanyikan pada minggu lepas mampu menambat hati penonton. Tahniah Syafiq!

Tajul tewas, Baby Shima dapat tempat teratas di minggu kelima

Tajul berada di kelompok tiga peserta dengan markah terendah. Namun, hasil undian aplikasi Tik Tok tidak menyebelahi Tajul, menyebabkan dia tersingkir. Paling terkejut, buat pertama kalinya Baby Shima mengungguli Konsert Big Stage minggu kelima dengan markah tertinggi. Memang power!

Di awal Konsert Big Stage minggu kelima, Datuk Seri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti telah memberitahu bahawa ada kejutan kepada peserta di akhir konsert. Faizal Tahir pun tak terkecuali. Ni kejutannya. Memang surprise! ?

Peserta kena nyanyi lagu pilihan Tok Ti, dan ‘battle challenge’ oleh Faizal Tahir

Kalau sebelum ini, peserta menyanyikan lagu pilihan sendiri. Minggu hadapan agak berlainan! Semua peserta yang mara ke minggu seterusnya akan menyanyikan lagu-lagu pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan battle challenge oleh Faizal Tahir.

Untuk battle challenge, Wani Kayrie akan berentap dengan Afieq Shazwan, Baby Shima bersama Syafiq Farhain dan Ariff Bahran bersama Sarah Suhairi. Menurut Faizal Tahir, cabaran ini bukan untuk mereka berlawan tetapi lebih kepada saling membantu sesama mereka.

Konsert Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Kalau tak nak terlepas, jangan lupa rakam okay? ?

Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo NEX dan Vivo V11

Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru mereka, Vivo NEX. Ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi terbaru yang menjadi kegemaran pencinta smartphone. Antara fungsi unik pada Vivo NEX ini ialah kamera depan tersembunyi. Memang canggih!

Manakala model popular Vivo V11 akan dilancarkan pada 13 September yang akan datang. Vivo V11 dijangka muncul dengan pengimbas cap jari yang kali pertama datang dengan smartphone. Selain itu, ia dilengkapi AI Kamera yang membawa rakaman sempurna kepada pengguna.

Untuk pengetahuan anda, Vivo NEX dijual dengan harga RM2,799 di seluruh negara. Anda boleh dapatkan Vivo NEX di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Vivo V11 pun tak kurang hebatnya. ? Sama-samalah kita tunggu 13 September 2018 okay?

Paling best, konsert besar-besaran akan diadakan pada 13 September 2018, iaitu Vivo V11 Grand Launch Concert! Anda boleh tengok secara LIVE streaming, pada pukul 3 petang di Facebook Vivo Malaysia. Enjoy the show!

Adakah peserta mampu membawa lagu pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan baik? Bagaimana battle challenge antara mereka? Semua akan terjawab di Konsert Big Stage minggu keenam pada hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Jom tengok! ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×