Asuh

Kerana Menyusu Waktu Tidur, Ibu Kongsi Kisah Anak Umur 2 Tahun Terpaksa Cabut Semua Gigi

796
SHARES

Penjagaan gigi untuk anak-anak yang masih kecil adalah amat penting. Perlu ditekankan dalam kalangan ibu bapa bahawa penjagaan gigi mereka perlu dimulakan sejak usia yang masih kecil. Begitu juga dengan perkongsian yang dikongsikan oleh ibu ini dimana anaknya yang baru sahaja berusia 2 tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk cabut kesemua gigi.

Antara masalah lain yang dihadapi adalah gusi berdarah dan sering mengadu sakit gigi secara berkala. Ibu mana yang tidak risau apabila anak yang masih kecil terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini dan ternyata penyebab kepada masalah gigi ini adalah perkara yang seringkali anak-anak lakukan setiap malam iaitu menyusu.

ANAK BARU UMUR 2 TAHUN TAPI KENA CABUT SEMUA GIGI?

Ayden baru 2 tahun 4 bulan tapi kenapa kena operation cabut semua gigi dia? Ramai yang dm mama, wasap mama tanya pasal ni.. izinkan mama share kt sini ye moga bermanfaat untuk ibu-ibu semua..Ayden ni dari kecik gigi dia problem, nak gosok gigi punya la payah (paksa je cara berkesan).. gusi selalu darah bila gosok gigi, bila nangis pun boleh darah gusi dia.. & dia selalu ngadu sakit gigi tapi on off..

Untuk pengetahuan ibu-ibu, ayden ni sejenis tak makan langsung just minum susu je tiap-tiap hari.. bila makan dia tak pandai nk gigit (mungkin sebab gigi dia sakit).. bila tengok orang lain makan dia mintak jugak. Tapi bila mama suap dia kemam-kemam pastu keluarkan balik.. Jadi makanan dia hanya la susu tiap-tiap hari.. Mama pernah bawak ke klinik gigi kerajaan untuk mintak refer ke pakar, tapi sebabkan giliran yang menunggu ramai sangat jadi doc bagi ubat tahan sakit je.. Doc cakap kalau sakit lagi baru dia akan refer pakar.. Kebiasaannya bila dah makan ubat tahan sakit dia akan ok..

BAWA ANAK JUMPA PAKAR BEDAH MULUT

Minggu lepas ayden ngadu sakit gigi lagi menangis sampai tak boleh tido mlm.. 2 3 malam jgk dia nangis, masa tu kebetulan hari cuti klinik gigi krjaan tutup.. Mama bawak pergi emergency sebab buntu tak tahu nak buat apa, bagi paracetamol pun tak jalan, tapi tak membantu sebab takde doc gigi yg on call.. esoknya mama bwak pergi klinik swasta, doc ckp kena pergi klinik gigi gomen jgk & kena mintak jgk refer pakar sebab gusi ayden dh bengkak.. kemungkinan kena cabut semua gigi dia.. trpaksa tunggu lagi 1 hari sbb hari cuti.. Esoknya pagi-pagi lagi mama bawak ayden pergi klinik kesihatan bukit tunggal & doc terus refer kes ayden ni ke ke pakar bedah mulut..

Jumpa pakar bedah mulut dia mintak habiskan antibiotik.. Nk buat terus tak boleh sbbkan kes menunggu ramai sangat (pkp baru-baru ni kan jd banyak kes delay).. tp doc dh buat star (*) kt kes ayden ni jadi kalau ada patient yang demam tak boleh proceed operation dia, doc akan call terus mama.. mama ada tanya jugak punca gigi ayden ni reput semua kenapa.. Doc cakap punca utama menyusu time tido.. memang ayden kuat menyusu time tido, 2/3 botol malam-malam.. lagi-lagi dia tak makan langsung jadi susu memang banyak dia minum.. Patutnya kena bilas dengan air masak lepas menyusu & kena lap dgn kain basah gigi dia.. tp silap mama sebab tak pernah buat.. maafkan mama ye nak sebab tak pernah ambil tahu.. moga-moga jadi panduan untuk ibu-ibu semua..

2 hari selepas tu, mama dapat call dari doc pakar bedah mulut, alhamdulillah Allah permudahkan urusan anak mama, kebetulan ada patient yang demam & terpaksa postpone.. jadi doc booked terus date tu untuk ayden..

‘MAMA TENGOK DALAM MULUT BANYAK KESAN DARAH & JAHIT’

17/6/2020..

Ayden dah kena puasa stat 2 am semalam.. jam 7 pagi mama dah terpacak kt klinik pakar.. 8 pagi doc panggil ayden ke bilik bedah, mama dibenarkan masuk ke dalam sampai la ayden tak sedar (bius penuh) then baru mama keluar.. Lebih kurang satu jam menunggu, doc panggil mama ke bilik pemerhatian.. alhamdulillah selesai semuanya, anak mama dah sedar sekejap & tido lagi (kesan ubat bius tak hilang lagi).. mama tengok dlm mulut penuh darah & banyak kesan jahit.. Nk menangis mama tengok dik.. dh balik ke wad, adk still tido.. tudung mama dh penuh kesan darah, takpe la dik asal adik dh selamat.. doc cabut semua gigi adik.. nurse mari kejutkan adk nk bagi mnum air sejuk, adik nangis2 taknak.. tak selesa kot mulut penuh darah.

Sejam lepas tu adik mintak susu, alhamdulillah adik boleh mnum mcm biasa.. habis sebotol (lapar sangat agaknya dri malam tadi puasa).. kesian anak mama.. mama takut sebenarnya bila adik dh habis bius takut adik sakit.. tp Allah permudahkan sungguh urusan adik, adik langsung tak merengek, adik kuat.. langsung tak mengadu sakit dalam mulut cuma dia main-main gusi dia dengan lidah (mgkin rasa lain gigi dah takde).. sampai la doc pakar mari cek skali lagi sebelum adik dibenarkan balik.. kat rumah adik aktif mcm biasa, malam tadi tido macam biasa.. mama syukur sangat-sangat.. terima kasih Allah, terima kasih doc, terima kasih nurse baik hati semua kt wad tu.. takpe la sementara nk takde gigi dulu ye dik, nanti besar sikit tumbuh la gigi adik.. mama janji mama jaga gigi adik baik-baik.. sekian coretan mama..

Tq kawan-kawan mama yang doakan anak mama, hanya Allah yg dapat membalas kebaikan kalian.. moga coretan ni dijadikan panduan untuk ibu-ibu semua.

Sumber: Leeya Yayya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×