Rakyat

Kadar Zakat Fitrah 2017 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

3K
reads
kadar zakat fitrah 2017

Berikut adalah kadar zakat fitrah 2017 mengikut negeri di Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh Bahagian Dakwah Jakim dan Kisah Zakat Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah 2017 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

1. Johor: RM 7.00

Bayaran online boleh dibuat di pautan https://onlinepayment.johor.gov.my/ dan perbankan internet di bank-bank utama.

Rujuk:

2. Melaka: RM6.70

Rujuk:

3. Negeri Sembilan: RM6.50

Rujuk:

4. Wilayah Persekutuan: RM7.00

Rujuk:

5. Selangor : RM7.00

Rujuk:

6. Pahang: RM7.00

Rujuk:

7. Perak: RM7.00

Rujuk:

8. Kedah: RM7.00

Rujuk:

9. Pulau Pinang: RM7.00

Rujuk:

10. Perlis: RM7.00

Rujuk:

11. Terengganu: RM7.00

Rujuk:

12. Kelantan: RM7.00

Rujuk:

13. Sabah: RM7.00

Rujuk:

Pusat Zakat Sabah (MUIS)

14. Sarawak: RM7.00

Rujuk:

*Kadar zakat fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras atau dibayar dengan wang dalam Ringgit Malaysia. Di Malaysia, kadar zakat fitrah adalah berbeza mengikut negeri berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Negeri masing-masing.

zakat fitrah 2017

Foto Kredit: makalahkita.com

Bilakah Zakat Fitrah Boleh Mula Dibayar?

Kita boleh mengeluarkan zakat fitrah seawal masuknya malam Ramadhan pertama hinggalah sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.

Walaupun waktu yang paling elok adalah sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri, namun dikhuatiri ada yang terlupa atau mungkin amil sedikit sibuk pada waktu tersebut.

Di Mana Zakat Fitrah Patut Dibayar?

Berbeza dengan zakat harta yang lebih afdal ditunaikan di tempat kita mencari rezeki, zakat fitrah boleh dijelaskan di mana-mana baik di kampung atau di bandar tempat kita bekerja.

Seeloknya, zakat disalurkan melalui amil yang diiktiraf oleh Pusat Zakat Negeri walaupun tidak ada larangan oleh mana-mana 4 imam mazhab bagi mereka yang ingin membayar fitrah terus kepada penerima tanpa melalui amil. Namun, melalui amil kita dapat mewujudkan sistem zakat yang lebih sistematik dan adil. Apapun, yang penting zakat fitrah itu ditunaikan.

Jangan Sampai Terlewat!

Untuk pengetahuan ramai, pembayaran online boleh dibuat melalui agen-agen perbankan utama seperti Maybank2u, CimbClicks, MyBSN, iRakyat, Pos Online, dan sebagainya. Jadi, tiada alasan lagi untuk kita berlengah menunaikannya!

Untuk mengetahui cara lengkap pembayaran online, boleh rujuk di sini: Cara Bayar Zakat Fitrah Online Melalui Maybank2U & CimbClicks

Yang Popular

To Top