Famili

“Anak Kecik Terpelanting Jauh!” Foto Johan Jaga Anak Cuit Hati Netizen

1.3K
SHARES
johan raja lawak

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti terkenal negara iaitu Johan dan Ozlyn kan? Sudah dikurniakan 5 orang cahaya mata, pastinya banyak momen-momen yang mencuit hati seringkali dikongsikan oleh pasangan ini. Tambahan pula si ayah merupakan pelawak terkenal, memang banyak usikan yang akan dilakukan oleh ayah ke anak-anak.

ANAK KECIL TERPELANTING JAUH!

Terbaharu, Ozlyn yang merupakan isteri kepada Johan memuatnaik foto anak-anak yang sedang tidur bersama Johan. Apa yang lebih melucukan adalah anak yang paling kecil sekali iaitu Moleiq terpelanting jauh dari tilam yang si ayah dan anak-anak lain sedang tidur.

Ozlyn juga berkongsikan gambar ini untuk sama-sama berkongsikan situasi lucu ini bersama ibu-ibu yang lain.

Untuk menyelesaikan urusan dapur, Ozlyn meminta Johan untuk menjaga anak-anak buat sementara waktu namun, selepas selesai sahaja urusan dapur nampaknya lain pula jadinya! Baby Moleiq yang berada jauh dari tilam manakala Johan yang tidur dengan nyenyak di atas tilam ini mencuti hati ramai.

Maklumlah, bila si ayah yang jaga anak yang masih kecil inilah jadinya.

ORANG RAMAI PUN TURUT TERHIBUR

Foto yang mendapat lebih dari seratus ribu likes di laman Instagram ini juga mendapat banyak komen melucukan dari orang ramai yang ternyata terhibur dengan gelagat famili ini.

COMELNYA!

Sumber : jozlynnhanania

Most Popular

To Top