Asuh

Jangan Sesekali ‘Bersama’ Depan Anak Walau Si Kecil Tidur, Masuk Dalam Memori Anak Boleh Jadi Trauma!

jaga batas

Satu perkongsian oleh seorang pengguna Threads, Farahahyb, menarik perhatian ramai apabila dia menceritakan pengalaman sepanjang tiga bulan bertugas sebagai guru ganti di sebuah tadika. Perkongsian tersebut membuka mata tentang pentingnya ibu bapa jaga batas tingkah laku di hadapan anak-anak kecil, khususnya yang sudah berusia tiga tahun ke atas.

Baca juga: Anak Diam Tengok Video 5 Saat Berulang Kali, Itu Bukan Fokus! Ibu Ayah Kena Risau Sebab Otak Dah ‘Terperangkap’!

IBU AYAH KENA JAGA BATAS DEPAN ANAK, JANGAN ‘BERSAMA’ SESUKA HATI

JAGA BATAS

Freepik

Menurutnya,  sepanjang mengajar murid berusia antara empat hingga enam tahun, berlaku satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. Pada awalnya, murid tersebut duduk seperti biasa bersama rakan sekelasnya. Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak itu melakukan aksi yang tidak sepatutnya terhadap rakannya.

Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, kanak-kanak tersebut menjawab bahawa dia melihat ibunya melakukan perkara yang sama terhadap bapanya pada malam sebelumnya. Lebih mengejutkan, apabila ditanya sama ada dia tidak tidur ketika itu, kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa dia hanya memejamkan mata tetapi sebenarnya tidak tidur.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan, walaupun mereka mungkin belum memahami makna sebenar sesuatu perbuatan. Pada usia seawal tiga hingga empat tahun, anak-anak sudah mampu melihat, mengingat dan menyimpan memori jangka panjang.

Menurut Farahahyb lagi, kejadian tersebut bukan kes terpencil. Beberapa murid lain turut menunjukkan tingkah laku serupa dan apabila ditanya, jawapan yang diberikan hampir sama iaitu mereka melihat perlakuan ibu bapa kerana tidur dalam bilik yang sama.

Situasi ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sangat mudah meniru perlakuan orang dewasa, khususnya ibu bapa yang menjadi model utama dalam kehidupan mereka. Mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu perbuatan itu sesuai atau tidak untuk dilakukan.

Sebagai ibu bapa, kesedaran terhadap tingkah laku sendiri amat penting, terutama di hadapan anak-anak yang sedang membesar. Walaupun anak kelihatan tidur, mereka mungkin masih sedar atau sekurang-kurangnya mampu menangkap isyarat visual dan bunyi di sekeliling.

JAGA BATAS

Freepik

Tambahan pula, pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bahawa proses peniruan bermula seawal usia bawah satu tahun. Ini bermakna, semakin meningkat usia anak, semakin tinggi keupayaan mereka untuk memerhati dan meniru secara lebih kompleks.

Perkongsian ini bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan bersama agar ibu bapa lebih peka terhadap persekitaran anak-anak. Tingkah laku orang dewasa di dalam rumah memberi kesan langsung kepada pembentukan emosi, sosial dan moral kanak-kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa disarankan untuk menjaga adab dan batas perlakuan di hadapan anak-anak, khususnya yang sudah mampu memahami dan mengingati kejadian di sekeliling mereka. Pendidikan awal bermula dari rumah dan contoh yang ditunjukkan ibu bapa akan menjadi asas kepada pembentukan sahsiah anak pada masa hadapan.

Baca juga: Daripada Siti & Ahmad Ke Arissa & Rayyan? Ini Trend Nama Bayi Yang Hit & Sedang Popular 2026!

Sumber: Threads Farahahyb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×