Famili

Ini Sebab Kenapa Wani Kayrie Terselamat Dari Penyingkiran Konsert Big Stage Minggu Ke-6

11.1K
SHARES

Dah puas cuti belum? Mesti tak puas rehat lagi ni. Tak apa, nanti kalau ada cuti panjang lagi, boleh rehat lagi.  Sesetengah orang lebih suka luangkan masa bersama keluarga di rumah. Admin pun macam tu. Nak rehat puas-puas la!

Takkan duduk rumah tak ada buat apa. Kenalah buat sesuatu. Baru happening! Kalau nak tahu, setiap hari Ahad, ada program realiti terbaru di televisyen untuk hiburan anda sekeluarga tau. Bolehlah tonton bersama keluarga nanti. Meh tengok apa dia..

Konsert Big Stage minggu ke-6 buat semua berdebar

Konsert Big Stage minggu keenam yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad ini bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Konsert ini ditaja khas oleh Vivo. Debaran peserta ke konsert final semakin hampir. Dup dap dup dap dibuatnya!

Keenam-enam peserta Konsert Big Stage telah menyanyikan ‘Lagu Pilihan Dato’ Sri Siti Nurhaliza‘ di minggu keenam. Lagu-lagu yang mereka nyanyikan ialah Mencari Cinta Sejati, Getaran Cinta Di Jiwa, Kisah Antara Kita, Sesal Separuh Nyawa, Jadi Aku Sebentar Saja, dan Semakin. Hebat-hebat belaka persembahan mereka!

Untuk pengetahuan anda, juri tetap di Konsert Big Stage ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, manakala juri jemputan di minggu keenam ialah Jaclyn Victor. Komen yang diberikan kepada peserta sangat positif, membuatkan peserta bersemangat untuk buat tugasan kedua iaitu battle challenge!

Battle challenge antara Baby Shima yang berpasangan dengan Syafiq Farhain, Wani Kayrie dengan Afieq Shazwan, dan Ariff Bahran dengan Sarah Suhairi. Masing-masing menyanyikan lagu Drama King, Jampi dan Yang Pernah. Peserta dilihat saling membantu bagi memberikan persembahan terbaik. Bagus tu!

Juara di Konsert Big Stage akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi sumbangan Astro. Naib juara dan tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi. Pemenang tempat keempat dan kelima pula masing-masing akan membawa pulang RM10,000 danRM5,000 beserta trofi.

Gempak BBNU Of The Week disandang oleh Sarah Suhairi

Kali ni, Sarah Suhairi mendapat anugerah Gempak BBNU Of The Week’ untuk Konsert Big Stage minggu kelima. Sarah menyanyikan lagu daripada Alif Satar iaitu Sesungguhnya Aku. Mesti Alif Satar bangga dengannya. Tahniah kepada Sarah!

Siapa yang tersingkir? Kalau nak tahu, Wani Kayrie sepatutnya tersingkir namun ada sebab kenapa Wani terselamat di Konsert Big Stage minggu keenam. Ini sebabnya..

Dato’ Sri Siti Nurhaliza guna imuniti untuk selamatkan Wani Kayrie

Paling berdebar apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza memutuskan untuk menggunakan imuniti dan memilih Wani Kayrie. Walaupun hasil undian aplikasi Tik Tok tidak menyebelahi Wani Kayrie, namun imuniti daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza dah menyelamatkannya. Jadi, tiada penyingkiran di Konsert Big Stage minggu keenam!

Konsert Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Lebih seronok jika anda tonton bersama keluarga. Dah tengok tu, jangan lupa ajak mereka okay?

Rekaan model terbaru, Vivo V11 pasti buat anda kagum!

Kali ni, Vivo sebagai penaja utama Konsert Big Stage, memperkenalkan model terbaru iaitu Vivo V11. Paling istimewa, Vivo V11 dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada skrin dan kamera AI yang membawa rakaman sempurna. Nampak smart bukan?

Vivo V11 dijual dengan harga RM1,699 di seluruh negara. Nak jadikan ia milik anda? Anda boleh dapatkan Vivo V11 di Vivo Store (https://www.vivostore.com.my/single-product.php?p=38). Syoknya!

Jangan lupa untuk tonton Konsert Big Stage minggu ketujuh pada hari Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Minggu depan mungkin kita akan tahu peserta mana yang layak ke konsert final. Berdebar-debar pula!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×