Perasaan gembira dan teruja pasti wujud apabila mendapat panggilan telefon daripada perunding jurujual kereta untuk hadir mengambil kereta yang sudah lama ditunggu-tunggu. Selain itu, anda juga pasti teruja mahu membawa pulang dan memandu kereta tersebut serta membuat sedikit penambahan.
Sebelum itu, berikut merupakan beberapa tips perlu dititikberatkan semasa mahu mengambil kunci kereta daripada perunding. Pastikan cek dahulu apa seperti yang diceritakan oleh Irwan Syah. Mari kita baca.
Baca juga: Perlu Atau Tak Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Memandu?
INI PERKARA YANG ANDA PERLU CHECK BILA TERIMA KERETA BAHARU
Kalau kereta yang bulan-bulan kene bayar RM1600-1700 selama 5 tahun ni rosak, memang hangin jadinya. Sebelum ni pun, ada la beberapa orang member yang tanya benda sama.
First time beli kereta, tak ada idea nak pastikan yang kereta tu benar-benar ok. Sebenarnya, banyak je tips yang kita boleh jumpa dekat internet. Cuma aku nak kongsikan sikit la tips aku secara simple. Sesiapa pun boleh buat.
Masa nak ambil kunci kereta:
Biasanya dalam production, body dan bumper ni di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata tu tinggi.
2. Cek bahagian dalam kereta. Cek fabrik seat, cek semua plastik part, pastikan takde calar, warna sekata, cek karpet. Simple je. Cek by visual dan cuba la touching sket mana-mana plastik part nak cek longgar or ketat.
3. Bukak hood. Cek sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, takde wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.
4. Hidupkan engine dan mintak drive sekeliling kawasan tu je. Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, Engine check, temperatur, Airbag dsb.
Then, cek la semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, ciggarette lighter, side mirror switch, dsb. Cek sekali gear, tak kira AT or MT. Cek ketat sgt ke, loose ke. Tak lupa juga hand brake.
5. Masa drive, test semua pedal yang ada. Cek steering condition, brake, cuba la tukar-tukar gear. Kalau auto cuba la gear selain ‘D’.
Cek juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.
Kalau dah puas hati, baru sign. Sebab lepas korang dah sign satu borang tu, automatik kereta tu bukan lagi tanggungjawab penjual. Dah jadi tanggungjawab korang. Kata la, elok je lepas ko sign, ada mat rempt langgar kereta time tu jugak, maka claim insuran kene dibuat atas nama korang.
Kalau belum sign, mat rempit tu langgar, insuran claim atas nama company dan korang sebenarnya, berhak mintak kereta lain. So, sebelum sign tu, pastikan tempat tu betul-betul selamat.
Driving Condition:
Part ni paling penting sebab kalau ada problem, ianya tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh cek terus. Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre.
1. Cek kereta korang masa tengah hari yang tengah panas membahang untuk pastiakn engine korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.
2. Drive kereta masa hujan. Lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine tak ada problem masa hujan or sejuk.
3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi. Ok, semua di atas ialah condition yang korang kene try sebab ada kereta masa sejuk die ok, tapi masa panas die bengong. Begitulah sebaliknya.
Dari segi driving pattern:
1. Try accelerate full throttle. Make sure tak ada rasa power loss or rasa lembab semacam. Apa-apa hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan dekat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.
2. Cruising. Cari la mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant kat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dsb. Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. Rpm tiba-tiba naik or drop, wind noise dsb.
3. Cari tempat yang selamat, cuba try brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak efek engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.
4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tengok engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?
5. Drive la kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or cameron. Nak cek power kereta korang. Nak lagi best, bawak 4 orang bagi penuh. Masa ni la nak cek, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhat-hati sikit sebab agak bahaya.
Kalau ada rasa apa-apa tak kena, terus kontek salesman yang jual kereta hari tu dan boleh buat complain, chance untuk claim lagi tinggi bila lagi cepat problem dikesan.
Yang paling penting sekali, jangan lupa baca manual. Carilah masa dan baca la at least sekali. Ini penting untuk korang tidak memalukan diri sendiri masa buat komplen.
Sumber: Facebook Irwan Syah