Kewangan

Ini 5 Cara Kreatif Rakyat Malaysia Menyimpan Wang Yang Anda Boleh Cuba. Menarik!

154
SHARES

Setiap tahun kita mesti berazam untuk berjimat dan menabung, tapi menjadi atau tidak azam tahunan anda semua? Pelbagai tips digunakan untuk menabung agar dapat merealisasikan azam tahunan anda. Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama lama jadi bukit, begitu jugalah dengan menabung.

Memang payah nak berjimat ni, tambah-tambah untuk individu yang suka boros dengan membeli barang yang tidak diperlukan.

Haa..jangan risau, jom admin kongsi dengan anda cara-cara kreatif rakyat Malaysia untuk menyimpan duit!

1. Asingkan Akaun Simpanan dan Belanja!

Kredit : Facebook Galeri Ilmu Media Group

“Saya suka untuk mengasingkan duit simpanan dan perbelanjaan di akaun yang berlainan. Bagi saya penting untuk kita mempunyai akaun yang berlainan untuk mengelakkan terguna duit yang sepatutnya kita simpan.

Satu akaun bank untuk satu tujuan seperti akaun untuk simpanan, pelaburan dan perbelanjaan. Bukan itu sahaja, kalau kita mempunyai akaun yang berasingan lebih mudah untuk kita memohon pinjaman bank untuk masa hadapan.”- Najmir

2. Plan Bajet Bulanan!

“Kalau dah asingkan akaun tapi kalau tak plan belanja bulanan kita pun tak boleh juga, mesti ada yang terguna duit yang patut disimpan. Jadi kita kena lah plan bajet setiap bulan dengan mengutamakan bil-bil utiliti yang penting untuk dibayar, asingkan untuk perbelanjaan harian dan simpanan.

Kalau ada lebih wang baru la boleh menyimpan setiap bulan. Saya akan mencatat segala perbelanjaan saya sepanjang bulan semasa mendapat gaji untuk track perbelanjaan saya.” – Farah

3. Melabur dengan membeli emas

Kredit : OhBulan

“Saya suka menyimpan dengan cara membeli emas sebagai pelaburan di masa hadapan. Beli emas ni tak kira lelaki mahupun perempuan, awak boleh je beli emas untuk melabur. Emas mempunyai nilai yang tinggi jadi tidak rugi kalau kita melabur kepada emas.

Tapi emas ni mahal kalau nak terus beli sekaligus setiap bulan, alternatif lain saya buat untuk membeli emas dengan cara join kutu. Kutu ni bayar dengan amaun yang sedikit setiap bulan tapi bila dah sampai turn kita, kita akan dapat emas yang kita mahukan dan tidak terbeban dengan hutang lain.” – Syarmeeza

4. Simpan mengikut warna

Kredit : SAYS

“Ini mungkin agak rare tapi saya suka asingkan mata duit mengikut warnanya dan memilih satu warna untuk simpan. Contoh kalau dapat warna yang saya pilih, saya akan terus simpan dan tak gunakan duit tu. Kalau bulan tu saya pilih warna biru, saya akan simpan semua RM1 yang saya ada.

Anda boleh mencuba tips ni untuk beberapa minggu atau bulan dan lihat sendiri hasil simpanan yang telah dicapai! Bukan orang dewasa je boleh try tips ni tapi kanak-kanak juga boleh mencuba untuk membina tabiat menabung ini.” – Aina

5. Sediakan Balang dan Kalendar Je!


“Ambil balang kosong untuk simpan duit dan kalendar. Bila dah ada dua barang ni, saya akan pilih samada nak nombor genap atau ganjil. Nak pilih nombor genap atau ganjil ni boleh la try osom ke lambung syiling ke ikut kreativiti masing-masing.

Cara ini boleh try dengan kawan, suami atau adik-beradik sendiri. Saya selalu buat dengan suami, jadi kalau saya dapat ganjil dan suami saya dapat genap.

Kami akan masukkan duit dalam balang mengikut nombor di kalendar, contoh 1 hari bulan dengan nilai RM1 dan tanda pada kalendar pada tarikh tersebut. Ini akan berlanjutan sehingga hujung bulan mengikut tarikh sebagai jumlah yang perlu disimpan.” – Athirah

Menabung Sekarang Untuk Hari Tua Anda

Kredit : Sinar Harian

Sebut sahaja persaraan hari tua, mungkin anda yang muda ini fikir lambat lagi dan banyak masa untuk mengumpul. Tanpa sedar anda pun seronok berbelanja tanpa memikirkan akibat yang akan datang!

Itulah kesilapan yang dilakukan oleh golongan muda hari ini. Oleh itu, anda hendaklah memulihkan semula dana simpanan masa depan persaraan anda.

Cara untuk memulihkan semula dana hari tua, mulakan simpanan di awal usia 20-an. Duit yang disimpan pada masa itu akan jadi lebih bernilai apabila mencecah usia 40-an nanti.

Kalau nak tambah caruman, boleh maklumkan pada pihak HR. Jika anda sudah mencarum 11%, majikan anda akan mencarum 12%. Jika seseorang individu boleh menambah 1-2% lagi, ini bermakna setiap bulan anda akan menyimpan 25% daripada gaji anda.

Tak kira lah cara apa yang anda gunakan untuk menabung, anda perlu mempunyai simpanan sendiri dan kena bijak menguruskan simpanan demi kebaikan pada hari tua. Seperti peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

Jadi sentiasalah beringat dalam berbelanja, dahulukan keperluan, bukan kehendak. Mulakan menabung dari sekarang, jangan menyesal dikemudian hari!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×