Famili

Inginkan Percutian Bajet Bersama Anak Kecil? Ikut Tips Mudah Ini Untuk Ke Western Australia!

2.1K
reads

Memandangkan sekarang merupakan musim cuti sekolah, sudah tentu ramai ibu bapa yang akan membawa anak-anak pergi melancong bukan? Kadang-kadang agak remeh juga jika mahu melancong bersama anak yang masih kecil dan bersekolah kerana banyak kerenah yang perlu dilayan.

Anda boleh cuba baca perkongsian dari Encik Duan Moslim di laman Facebook miliknya di mana beliau membawa keluarganya pergi bercuti ke Western Australia. Perkongsian menarik ini juga turut disertakan dengan tips melancong bersama anak kecil untuk dijadikan panduan para pembaca. Jom baca apa yang menarik!

TIPS TRAVEL 6 Hari 5 Malam KE WESTERN AUSTRALIA BERSAMA ANAK KECIL

www.facebook.com

www.facebook.com

Assalammualaikum. Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat bermusafir ke Western Australia pada minggu lepas. Thanks to wife saya fiza yahya ( ig : fiza_yahya ) adik ipar Ziehan Yahya and suaminya Fizzi Zack yang membantu untuk planning trip kali ini. Fizi juga yang gilir-gilir driving kat sana serta jadi partner ketika saya di sana.

Ramai juga yang personal whatapps dan pm saya minta sharekan pengalaman di sana. Banyak perkara nak share dan insyaAllah saya cuba ringkaskan dan cuba untuk detailkan setiap perkara. Macam biasa untuk trip travel kami, kami cuba untuk jalan sendiri tanpa gunakan travel agent. Bukan nak kata travel agent tak bagus, tapi kami lebih selesa untuk plan sendiri dan selain itu dapatlah berjimat cermat. Dapat jalan secara santai dan ikut mood pada masa tersebut.

www.facebook.com

www.facebook.com

Persediaan awal yang selalu kita perlu buat ialah try cari segala maklumat dan perkara-perkara penting tempat yang kita nak lawati tu. Cari di google, di facebook, di instagram, buku-buku travel dan sebagaimanya. Senang kata kenalah rajin sikit kan. Lepas dah cari, jangan lupa tulis atau simpan untuk rujukan kita nanti. Untuk trip ke Perth kali ini, kami pergi berlima. Saya, isteri, si kecik Aqeel Waldan, adik ipar dan suaminya. So kiranya 4 Adult & 1 kids (6 years old). Tarikh kami pilih 9th March – 14th March 2017. Kiranya 6 hari 5 malam. Jumlah perbelanjaan :

1. Tiket Airasia : Rm2830 total so bahagi 5 orang, sorang lebih kurang Rm566 ( Kami beli 8 bulan sebelum terbang, nak jimat kena beli awal-awal dan cari time promo lahh yerr)

2. Luggage : Rm432 untuk pergi ( 20kg + 20kg ) + balik ( 25kg + 25 kg ). Kami banyak bawak makanan segera masa pergi, tu yang beli luggage agak banyak. Masa balik plak, kami plan bawak 4 buah bagasi 20″ untuk naik ke cabin. So rasa macam cukup laa 50kg tu.

Tup-tup sebulan sebelum terbang, Airasia announce dan ketatkan undang untuk Cabin Bagasi tak boleh lebih 7kg seorang. So plan kami dah lari. Nak tak nak kena beli lagi 20kg berharga Rm102. So kena tukar plan. Maklumlah wife dah berangan nak beli corelle + tefal kat Perth nanti.

So bagasi Rm432 + 102 = Rm534 /5
Sorang lebih kurang Rm107

3. Visa : Rm20 sorang.

4. Accomodation : 1st day : Margaret River Holiday Suite=Rm600
2nd-6th day : Homestay di Freemantle Rm330 per malam. Total 4 malam = Rm1320
Pemilik homestay orang Malaysia juga, cuma dia dulu belajar di Perth sejak 2010 & now bekerja di sana. Kami sangat selesa duduk di rumah beliau, complete dengan mesin basuh, parking area dan siap sediakan ayam, sayur, beras dan macam2 lagi.

Total : Rm600+Rm1320 = Rm1920 / 5 orang
Sorang Rm384

www.facebook.com

www.facebook.com

5. Sewa Kereta :
Banyak pilihan untuk sewa kereta, seperti Aries, burswoodcarrent, hertz, Jerry Proton, Pak Jubaidi dan macam2 lagi. Boleh pilih ikut keselesaan. Kami memang ambik kereta since sampai di airport. Owner car hantar kereta pada jam 7am 9 Mac & pulang 1pm 14 Mac juga di Airport. Kereta siap dengan car seat untuk Waldan + GPS + unlimited Km.
Umur kids bawah 7 tahun wajib pakai car seat di WA.

Total : Aud 300 + Aud 50 utk Airport Transfer
Dalam Rm1190 / 5 = Rm238 sorang.

6. Minyak kereta : Aud200 untuk 6 hari.
RM680 / 5 = Rm136 sorang

7. Simkad : Kami gunakan data backpack by Umobile. Boleh call operator + gunakan kuota data kita secara percuma. Untuk Aussie, pilih Optus AU & select 3G coverage only. Aqeel Waldan lenjan tengok youtube kat sana + kami gunakan untuk aplikasi Waze.

8. Lokasi menarik yang kena bayar.

Busselton Jetty : Aud3 seorang x 4
Caversham : Aud27 seorang x 4
Rockingham : 5 orang Aud180
Lancelin untuk Sewa Surf board Aud20 untuk 2 jam dan boleh share.
Pinnacles Dessert : Aud12 per car. ( Boleh gunakan resit ini untuk masuk tiket masuk di Yanchep National Park. Tengok Kanggaroo liar.

Total aud 332 ( Rm1130/ 5 ) Sorang Rm226

9. Tempat makan Wajib.
a. Chicken Charcoal Express di Dianella. Lamb Ribs dia serius sedap giler. Punyalagh power sampai kami 2 kali repeat pi kedai ni.
b. Corica Pastry. Apple strudel dia Power. Cream puff dia pun best!
c. Kailis Fish & Chips. Katanya the best Fish&Chip di WA.
d. Insan Cafe di Murray Street.

Kami budget dalam Rm500 siap beli barang dapur di coles + Wolworth. So sorang Rm100.

10. Jangan lupa beli insuran travel yaaa. Banyak company offer, jadi kita boleh beli melalui agen mereka ataupun secara online. Kami pilih AXA insurance kos lebih kurang Rm23 seorang.

So lepas kami totalkan semua jumlah diatas. Jumlah kasar tanpa kos shopping & cenderamata atau jajan anak2 anda. Sorang lebih kurang Rm1800. Kalau nak jimat cermat lagi sebenarnya boleh, jika kita gunakan perkhidmatan bas awam serta train mereka. Dan duduk di sekitar Perth CBD iaitu city mereka. Pengiraan ini adalah berdasarkan kos kami berlima. Kalau lagi ramai mungkin akan jadi lebih murah. So kira sendiri budget anda yaaa! Berikut merupakan Itinerary kami sepanjang 6 hari di sana.

www.facebook.com

www.facebook.com

Day 1.
Sampai Jam 5.30am.
Settlekan urusan imigresen.
Jangan lupa ambil Risalah Hello Perth & Maps di airport. Banyak info di situ.
7am Ambil kereta di Airport.
Sarapan di area Biteman Park.
Terus menuju ke Busselton Jetty (240km)
Then ke Margaret River untuk check in & solat.
Terus ke Augusta & Cape Leeuwin.
Balik ke Margaret River, singgah Coles & balik bilik untuk bermalam.
Dinner Makanan Segera yg bawak dari Rumah

Jarak perjalanan – 400km

Day 2 
– Jam 7am check out & bergerak ke Margaret River Chocolate Factory.
– Singgah Canal Rock Yallingup
– Singgah Cape Naturaliste Lighthouse.
– Terus balik ke Perth CBD.
– Pusing-pusing area Hay Street, Murray Street & Watertown.
– Kedai area CBD tutup lewat jam 9pm hanya pada Jumaat.
Lain-lain hari tutup jam 5pm.
– Singgah dinner di Insan Cafe
– Singgah di Chemist Warehouse Murray street
– Check In homestay di Fremantle

Jarak perjalanan – 350 km

Day 3
– Wife & adik masak breakfast & sediakan bekal untuk makan tengahari.
– Keluar dari Homestay jam 8am
– Caversham Wildlife Park ambil masa 3-4 jam di sini.
– Cari barang di Chemist Warehouse & BigW Mirraboka
– Sambung shopping di Belmount Forum
– Pi Cotesloe Beach
– Dinner di Charcoal Chicken Dianella.
– Balik Homestay.

Jarak perjalanan – 150 km

www.facebook.com

www.facebook.com

Day 4
– Wife & adik masak breakfast & sediakan bekal untuk makan tengahari.
– Keluar jam 8am menuju ke Rockingham untuk tengok Dolphin, sea lion & penguin. Kami sah beli tiket online. Amat berbaloi, Waldan jugak happy sebab dapat dapat mandi laut kat sini.
– sampai Rockingham jam 10am dan terus redeem tiket & catch ferry.
– Ferry round lebih kurang 40 minit dan menuju ke pulau penguin. Terpulang pada kita nak balik jam berapa sbb ada ferry setiap 1 jam untuk pulang ke Rockingham.
– So lebih kurang 2 pm kami gerak dari Rockingham menuju balik Perth CBD.
– Menuju ke E Shed market di Fremantle untuk cari cenderahati. Cari kedai nama Megabes. Business hour mereka hanya Jumaat hingga Ahad jam 9am to 5pm.
– Singgah di Rainbow Container untuk bergambar.
– Balik ke Homestay Fremantle.

Jarak perjalanan – 120km

Day 5.
– Macam biasa rutin wife, masak breakfast & sediakan bekal untuk makan tengahari.
– Perjalanan agak jauh hari ini, kami menuju ke Lancelin Sand Dunes.
– Ambil masa 2 jam untuk sampai.
– Luangkan masa kira-kira sejam lebih.
– Terus menuju ke Pinnacles Rock di Namburg
– Teruskan perjalanan ke Cervantes & makan tengahari di sana.
– Balik & singgah di Yanchep National Park
– Terus pulang ke Homestay.

Jarak perjalanan – 500 km

Day 6.
– Hari last day kami.
– Check Out.
– Singgah di Blue Boat House untuk bergambar.
– Singgah di Corica Pastries untuk beli Apple Strudles.
– Return balik makan Lamb Ribs di Charcoal Chicken.
– Menuju ke Airport dan pulang kereta.

Jarak perjalanan 60km.

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

www.facebook.com

Tips Travel dengan kids & Travel Budget dengan family

1- Bawa stroller yang ringan. Supaya anak-anak kita selesa & tak perlu banyak jalan.
2- Bawa ubat ubatan mereka & sentiasa sediakan medicine kit anda.
3- Kalau boleh, cuma berjimat dengan masak sendiri di hotel atau homestay anda. At least kita dah jimat dekat breakfast & lunch. Cari accomodation yang benarkan kita memasak.
4-Sediakan air masak yang cukup untuk minum serta tisu basah untuk keselesaan anda selepas menggunakan tandas awam. Kat sana tiada paip di dalam tandas.
5- Bawa toys yang mereka selalu main. Supaya mereka tidak bosan.
6- Susun jadual santai dan tidak terlalu padat agar anak-anak tidak cepat penat.
7- Beli luggage weight yang bersesuaian dengan bajet travel anda. Jangan terlalu banyak & jangan berlebihan dengan had yang anda beli. Agak mahal untuk anda tambah bila lebih dari yang sepatutnya.
8. Beli Travel Insurance, tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan benefits yang pihak insurance sediakan jika berlaku sebarang kejadian yang tak diingini.

www.facebook.com

www.facebook.com

Sumber Facebook : Duan Moslim

Yang Popular

To Top