40 Minggu

Kenapa Ada Doktor Guna Induce & Ada Doktor Tak Guna Semasa Bersalin? Ini Jawapannya…

72
SHARES
kenapa kena induce

“Kenapa doktor kerajaan dengan doktor swasta tak sama? Masa anak pertama saya, doktor swasta paksa bersalin menggunakan ubat dan masuk air. Anak kedua saya, doktor kerajaan paksa bersalin guna belon. Kenapa tak sama?”

Proses induce merupakan antara pengalaman ngeri buat ibu yang bakal bersalin. Hal ini kerana ia merupaka proses dimana ibu ‘dipaksa’ untuk bersalin kerana telah melebihi situasi yang sepatutnya. Tapi, ada juga dalam kalangan ibu yang keliru kenapa ada sesetengah doktor sahaja yang memilih untuk menggunkana prosedur ini dan ada yang tidak. Rupanya ini jawapannya.

Apakah INDUCE ATAU Induction of labour (IOL)?

induction

Artikel berkaitan: Bagaimana Nak Mudah Bersalin? Ini 12 Tips Daripada Doktor

Pada peringkat awal proses bersalin, terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada cervix (pangkal rahim):

1. Cervix yang pada awalnya tebal, agak kental dan panjang, akan menjadi pendek, lembut dan menipis apabila menghampiri kelahiran bayi.

2. `Cervical os’ (Pintu rahim) yang pada awalnya tutup, akan mula membuka.

3. Pengecutan berkala otot-otot rahim atau pun `contractions’ akan bermula.

Proses `induction of labour’ (IOL) atau `memaksa bersalin’ ialah proses di mana si ibu belum lagi mengalami ketiga-tiga perubahan di atas, tetapi atas dasar kesihatan/keselamatan, doktor merasakan perlu untuk bayi dilahirkan.

Contoh kenapa perlu dipaksa bersalin adalah : ibu tekanan darah tinggi, kekurangan air ketuban (oligohydramnios) atau lebih hari (postdates),GDM dll.. Sebelum proses IOL dimulakan, doktor terlebih dahulu melakukan pemeriksaan ke atas janin dan ibu, untuk memastikan keadaan adalah sesuai dan selamat untuk IOL.

Saiz janin hendaklah tidak terlalu besar, dan janin mesti berada dalam kedudukan kepala menghala ke bawah (bukan songsang atau melintang). Cardiotocograph (CTG) dilakukan untuk memastikan janin sihat. Contoh darah akan diambil dan intravenous line dimasukkan, sebagai langkah berjaga-jaga kerana rahim boleh pecah dan tumpah darah boleh berlaku.

KAEDAH-KAEDAH INDUCE (INDUCTION OF LABOUR)

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan oleh doktor untuk induction of labour (IOL). Kaedah yang dipilih oleh doktor adalah berdasarkan penilaian doktor terhadap keadaan si ibu. Penilaian doktor secara umumnya adalah seperti berikut:

1. Bilangan kelahiran terdahulu. Jika seseorang wanita telah melahirkan lebih daripada 5 orang anak terdahulu, dia dianggap berisiko tinggi untuk rahim pecah dan tumpah darah, terutamanya jika dipaksa bersalin.

2. Kelahiran secara pembedahan (caesarean) terdahulu – risiko rahim pecah meningkat 2-3 kali ganda jika IOL dilakukan.

3. Kedudukan janin dan `engagement’. IOL hanya selamat dilakukan untuk janin yang berkedudukan kepala ke bawah (vertex), dan kepala janin seharusnya telah mula turun ke dalam rongga tulang punggung/pinggul. Jika kepala janin masih belum turun, IOL berkemungkinan tinggi tidak berjaya.

4. Ketebalan, kelembutan, panjang dan pembukaan pintu rahim (Cervical/Bishop’s score). Jika pangkal rahim sudah mula lembut dan nipis, dan pintu rahim sudah mula membuka, kemungkinan IOL berjaya adalah tinggi. Disebaliknya, jika pintu rahim masih tertutup dan tebal, peluang untuk berjaya adalah tipis.

5. Masalah kesihatan ibu seperti tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, sakit jantung, lelah dan alahan. Dalam keadaan ibu yang tidak stabil, mungkin lebih selamat untuk bersalin secara pembedahan.

Kaedah-kaedah induction of labour adalah berdasarkan faktor dan risiko

1. Prostaglandin/prostin. Prostaglandin ialah sejenis ubat yang bertindak secara kimia dengan sel-sel pangkal rahim untuk melembutkan pangkal rahim, memendekkan pangkal rahim, dan seterusnya membuka pintu rahim. Ubat ini juga mampu untuk memulakan kontraksi.

Di Malaysia, ubat ini biasanya dalam bentuk pil yang dimasukkan oleh doktor ke dalam faraj. Di Negara Barat, ubat ini dalam bentuk gel yang juga dimasukkan ke dalam faraj. Ia mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk bertindak sepenuhnya. Ada kalanya, ubat ini perlu diberi beberapa kali (setiap 6 jam) sebelum ia efektif. Ubat ini boleh meningkatkan risiko rahim pecah jika digunakan untuk wanita yang pernah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan (caesarean). Oleh itu, doktor tidak akan menggunakan ubat ini sewenang-wenangnya untuk golongan ini, walaupun prostaglandin adalah kaedah IOL yang paling efektif. Ubat ini juga boleh meningkatkan risiko lelah bagi wanita yang mempunyai penyakit lelah yang kuat.

2. `Mechanical dilators’ seperti Foley’s catheter (‘belon’), Laminaria Tent dan Dilapan. Alat-alat ini dimasukkan melalui pintu rahim, dan kemudiannya alat ini akan berkembang/dikembangkan untuk menolak pintu rahim supaya pintu rahim membuka dengan lebih luas. Di Malaysia, Foley’s catheter paling kerap digunakan berbanding Laminaria Tent atau Dilapan, disebabkan Foley’s catheter lebih mudah diperolehi.

Alat ini akan mengambil masa 24 jam untuk bertindak dengan berkesan. Alat ini tidak mampu untuk melembut atau menipiskan pangkal rahim. Kaedah ini adalah lebih selamat daripada prostaglandin. Tiada risiko rahim pecah atau lelah dengan penggunaan alat ini. Akan tetapi, keberkesanannya adalah kurang berbanding dengan prostaglandin.

3. `Memecahkan air ketuban’ atau `Artificial rupture of membranes (ARM)’. Jika pintu rahim sudah membuka selebar 2cm atau lebih, doktor boleh memecahkan air ketuban dengan menggunakan alat runcing yang sedikit tajam di hujungnya (amniohook atau coccus).

Memecahkan air ketuban akan menyebabkan prostaglandin asli (natural) dirembeskan yang akan bertindak ke atas sel-sel pangkal rahim untuk melembutkan dan menipiskan pangkal rahim. Memecahkan air ketuban juga berupaya untuk memulakan kontraksi secara semulajadi.

4. Oxytocin/drip.

Di Malaysia, nama lain untuk ubat Oxytocin ialah Pitocin. Oxytocin ialah sejenis hormon yang bertugas untuk merangsang sel-sel otot rahim untuk mengalami pengecutan berkala (contractions). Kontraksi ini penting untuk menolak janin ke bawah, untuk membuka pintu rahim sehingga 10 cm (bukaan penuh), dan menolak janin/bayi sehingga ia keluar melalui faraj. Kaedah oxytocin diberi kepada si ibu ialah menerusi intravenous drip (`masuk air’ ke dalam salur darah di tangan) dan dosnya dapat dikawal dan diubah dari masa ke semasa.

Seringkali proses IOL melibatkan 2 atau lebih kaedah yang tertera di atas. Harus diperingatkan juga bahawa 20-30% IOL tidak akan berjaya, dan bayi harus dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Oleh itu, keputusan untuk IOL harus dibuat hanya setelah penilaian dan pemeriksaan terperinci dilakukan oleh doktor.

Perbezaan kaedah IOL bukan disebabkan hospital kerajaan atau swasta. Ia berdasarkan penilaian doktor dan faktor risiko. Jangan salah sangka pada doktor.

Sumber: Noor Shafinah Mamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×