Asuh

Ibu Kongsi Cara Ajar Anak ‘Potty Train’ Paling Berkesan, Senang Sahaja Rupanya

11
SHARES

Mengajar anak-anak daripada perkara yang sudah biasa mereka pakai iaitu lampin adalah salah satu cabaran untuk ibu bapa. Ia tidak mudah tetapi tidak mustahil. Hal ini kerana proses ini adalah untuk melatih si manja untuk membiasakan diri dengan tidak memakai lampin pakai buang dan menggunakan tandas untuk membuang air kecil dan besar.

Walau bagaimanapun, bukan semua anak-anak dapat melalui proses ini dengan mudah. Ikuti artikel ini untuk melatih anak anda tidak memakai pampers. Boleh cuba!

Baca juga: Banyak Khasiat Santan Untuk Anak & Ini Cara Simpan Santan Yang Betul

Ada yang tanya, bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin. Sebenarnya dia ikut bila ibu bapa boleh latih anak. Sebaik-baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa-apa gaya atau cara untuk beritahu mereka nak berak atau kencing.

Macam mana nak ajar anak toilet train:

1. Kena cakap betul-betul kat dia.

Kalau nak kencing, cakap nak kencing. Bukan mommy, nak ‘cing’. Nanti salah dengar ingat dia sebut kucing. Macam itu juga nak buang air. Mommy, nak berak. Bukan mommy nak ‘yak’.

2. Kerap bawa dia ke toilet at least 2 jam sekali atau tetiba nampak dia cari port nak membuang.

Contoh, ada anak ini kita dah tahu dia kalau nak membuang, dia akan ke satu sudut untuk ‘bertelur’. Jadi kita dah dapat agak dia nak buang air atau posisi biasa dia masa memerut macam mencangkung atau apa pun posisi dan daya. Maka, angkatlah ke tandas segera.

3. Boleh beli toddler potty training toilet chair seat jika mahu atau potty training toilet seat yang lembut tu.

Ada warna warni aidilfitri dan bermacam-macam gambar untuk tarik minat anak untuk ke tandas. Selain tu, saiz dia mesra punggung anak. Tak ada lah anak terjerumus ke lubang tandas. Lain cerita pula nanti.

4. Beli underware yang dia suka.

Contoh berkartun-kartun, ada Upin Ipin, Ultraman, Superman, Boboiboy dan lain-lain lagi. Nanti dia seronoklah toilet train. Sebab pampers pun tak beraneka warna macam itu.

5. Keraplah tanya dia nak ke tandas ke tak.

Kalau agak lama tak ke tandas itu, bawalah dia ke sana. Takutlah dia ini tahan dari membuang sebab takut kena marah kalau karpet basah.

6. Masa nak toilet train anak, elakkanlah pasang karpet mahal kat dalam rumah atau ruang tamu.

Nanti karpet mahal basah, anak pula kita sesah.

7. Latih anak 3 hari pertama dengan masa berbeza.

– Hari pertama contoh bawa anak setiap 30 minit sekali.

– Hari kedua bawa setiap 1 jam sekali.

– Hari ketiga, bawa setiap 2 jam sekali.

Pastikan masa train itu, betul-betul ZERO pampers.

– Waktu malam pula, elakkan bagi anak minum air yang banyak waktu malam supaya dia tidak kerap kencing malam. Pastikan anak kencing dahulu sebelum tidur dan ingatkan berkali-kali yang dia tak pakai pampers malam tu.
Buat latihan sekurang-kurang dua minggu.

8. Elakkan marah anak kalau dia terkucil di lantai atau seluar.

Nanti elok dia nak beri kerjasama, tetiba dia mogok. Paling koman dia tahan pula nak membuang. Ada itu terkucil bila dengar suara tarzan mak dan ayah.

9. Sabar.

Kalau minggu ini gagal, minggu depan cuba lagi.

10. Jangan lupa pula ajar anak cara cuci kemaluan selepas membuang. Bab buang air besar tu mungkin kita boleh lagi bantu kan.

11. Bagi rewards pada anak bila melepasi fasa latihan tertentu supaya anak seronok.

12. Jangan bezakan anak orang lain, anak-anak sebelum dengan anak sekarang. Sebab budak-budak ini perkembangan berbeza-beza.

Sumber: Facebook Bel Nawhen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×