Kini Trending

Huawei Secara Rasmi Memperkenalkan Watch fit 3 & Matebook X Pro Untuk Pasaran Malaysia

38
SHARES

Huawei semalam memperkenalkan dua produk revolusioner mereka di Malaysia iaitu Huawei Watch fit 3 dan Huawei MateBook X Pro (2024).

Pelancaran dua produk terbaru ini tanda komited mereka dalam merevolusikan teknologi termaju dengan reka bentu estetik sekaligus menawarkan pengguna kepelbagaian peranti digital yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka.

Huawei Watch fit 3 pelengkap gaya dengan fungsi hebat

Huawei Watch fit 3 hadir dengan inovasi dan elemen terbaru yang menepati keperluan pengguna masa kini.

Antara kelebihan Huawei Watch fit 3:

  • Reka bentuk elegan: Mempamerkan wajah segi empat tepat unik, ia tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti hitam, putih, hijau, merah jambu dan kelabu.
  • Ciri kesihatan termaju: Dilengkapi pemantauan denyutan jantung TruSeenTM 5.5 dan penjejak tidur TruSleepTM 4.0 terbaru Huawei,  menjadikan peranti ini diantara yang unggul dalam kategori teknologi kesihatan.
  • Ketersambungan yang lancar: Dengan ciri pintarnya, Watch fit 3 memastikan anda kekal terhubung tanpa mengira di mana anda berada.

Huawei Watch fit 3sudah tersedia untuk pra-pesanan dan dijual dengan harga RM599.

Istimewa buat pelanggan yang membuat tempahan awal, anda layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM89! Bukan itu sahaja, anda jugak boleh menebus baucar early bird sebanyak RM30!

Jadi, ini masa paling sesuai buat anda yang dah lama merancang untuk menaiftaraf atau ingin memilik jam tangan pintar pertama, dengan diskaun dan hadiah percuma yang ditawarkan, sangat berbaloi untuk beli sekarang!

Bagi Huawei Matebook X Pro (2024) – standard baharu sebuah komputer riba ultralism

Huawei Matebook X Pro (2024) menetapkan standard baharu untuk komputer riba ultraslim, ia berprestasi tinggi dengan sistem pemprosesan dan perisian terkini.

Antara kelebihan Huawei Matebook X Pro (2024) :

  • Rekaan ultra-slim dan ringan: Hasil kejuruteraan ketepatan seperti HUAWEI ‘Cloud Falcon Architecture’ menjadikan peranti ini sebagai salah satu komputer riba paling ringan dan nipis tanpa menjejaskan saiz skrin.
  • Paparan imersif: Dilengkapi skrin sentuh LTPS 14.2-inci beresolusi 3K, nisbah skrin ke badan sebanyak 90% dan disokong oleh warna gamut 100% sRGB menghasilkan visual yang sangat jelas dan tepat.
  • Pemprosesan berkuasa tinggi: Dikuasakan oleh pemprosesan Intel® CoreTM Ultra 9 terbaru, ia memberikan kelajuan dan kuasa responsif yang luar biasa. Mampu mengendaikan kerja reka bentuk grafik dalam fail besar serta berupaya memproses data berkelajuan tinggi.

MateBook X Pro (2024) juga direka dengan sistem penyejukan inovatif, termasuk bentuk Kipas Sirip Shark 3.0 menggunakan kipas dwi untuk meningkatkan aliran udara dan kecekapan penyejukan agar prestasi optimum dapat dicapai tanpa sebarang kepanasan peranti.

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar HUAWEI, anda juga boleh menggunakan kemudahan kolaborasi multi-skrin untuk menayangkan kandungan telefon pintar pada komputer riba Matebook X Pro (2024) 

MateBook X Pro (2024) telah dibuka untuk pra-pesanan sehingga 24 Mei 2024  dengan harga RM8,999. Ia boleh dipesan melalui laman web rasmi Huawei di SINI.

Untuk setiap tempahan sepanjang tempoh pra-pesanan ini anda layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM4,582!

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Huawei serta sebarang promosi terkini dengan mengikuti laman Instagram mereka atau klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×