Inspirasi

Hidap Kanser Tahap 3, Gadis Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berjaya Jadi Graduan Universiti

273
SHARES

Menjadi graduan universiti merupakan perkara paling diidamkan oleh setiap pelajar supaya dapat membanggakan kedua ibu bapa. Namun, setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza-beza untuk menamatkan tempoh pembelajaran.

Berbeza pula dengan gadis ini apabila beliau berkongsikan kisah inspirasi menamatkan pelajarannya walaupun menghidapi kanser tahap 3 dan memakan masa lebih lama berbanding orang lain.

KANSER STAGE 3A

“Saya mula diploma pada tahun 2015 di UiTM kampus Arau, Perlis. Untuk diploma 2 tahun setengah tapi saya perlukan lebih dari tu. Pada awal 2017, saya ulang alik dari uitm ke Hospital Kangar. Tak dapat datang ke kelas pagi sebab appointment hanya pada waktu pagi. Tak tahu berapa banyak darah di ambil untuk test, bedah mulut saya untuk biopsy, scan ct. Keputusan keluar pada 15hb Febuari 2017, saya disahkan menghidapi ewing sarcoma pada rahang kiri, malingnant kanser tulang stage 3a. Satu momen yang tak boleh dilupakan dalam hidup saya. Saya kena berhenti belajar untuk sementara dan tinggalkan kawan-kawan di Arau dan mulakan cancer journey.

“Pencapaian paling membanggakan setakat ini, berani dan redha hadapi ujian ni sambil habiskan pelajaran dan sembuhkan fizikal dan mental.”

RAMBUT GUGUR KERANA CHEMOTHERAPY 

Saya balik ke KL dan mula chemotherapy. Dalam setahun, proses chemo keseluruhannya 12 pusingan. Satu pusingan memakan masa 3 hari selama 12 jam untuk sehari. Badan saya perlu dimasukkan ubat setiap kali chemo cycle. Rambut saya gugur. Tenaga berkurangan, lebam-lebam dan juga parut. Pembedahan pada rahang dan kaki saya adalah pada 19 July 2017. Selepas pembedahan, saya dipakaikan tube dan bertongkat. Pada masa tu, saya rasa nikmat yang Allah bagi ditarik dan teruskan proses chemo sampai Disember 2017.

KEKAL POSITIF

Saya kekalkan pemikiran dan attitude yang positif dan bersedia untuk habiskan diploma yang tinggal lagi setahun. Saya bertukar ke kampus Tapah pada Mac 2018 kerana masih perlu hadirkan diri untuk check up dan appointments di HKL. Saya perasan perubahan pada diri saya, otak saya menjadi lebih slow. Tapi, saya berjaya menghabiskan pelajaran tanpa mengulangi mana-mana subjek. Akhirnya saya tamatkan diploma saya. Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan doctor serta jururawat di HKL atas segala dorongan dan jaga saya sepanjang hari.”

Semoga kisah gadis ini memberi inspirasi kepada semua pelajar yang sedang struggle menghabiskan pengajian di luar sana.

Sumber: Aida Rashidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×