Dapur

Hati-Hati Dengan Makanan Palsu Di Pasaran, ‘Check’ Dulu Sebelum Beli!

24
SHARES

Dalam nak berjimat jangan lupa periksa kandungan setiap makanan yang dibeli. Hal ini kerana, anda mungkin merisikokan kesihatan tubuh badan dengan menikmati makanan palsu.

Melalui perkongsian ilmu dari Doktor Rizal Abu Bakar, makanan tiruan ini dimasukkan bahan kimia dan dijual harga murah. Jadi, ada beberapa jenis makanan yang kena berhati-hati dalam memilih.

Baca juga: Buat Anda Yang Kurang Keyakinan Diri, Baca 10 Pesanan Ini Dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

HATI-HATI DENGAN MAKANAN PALSU

Gambar hiasan: Google.

Kadang kadang susah nak kenalpasti samada makanan yang dibeli makanan sebenar atau tak. Ada yang dah tahu palsu, tapi pergi beli sebab sedap dan murah.

Makanan tiruan ini dimasukkan bahan kimia dan dijual harga murah. Walaupun tertera label ‘original’, ‘organic’ atau ‘natural’. Ada beberapa jenis makanan yang kena hati-hati pilih.

Sebab apa? Takut pergi beli produk copy ori je. Nanti membazir duit sekali dengan kesihatan pun melayang.

1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Gambar hiasan: Google.

Ini paling banyak produk palsu. Selain madu. Hampir 70% olive oil di pasaran ni fake.

Di label tulis ori, tapi harga murah. Logik ke tak logik? Minyak campur dengan minyak murah tak sihat.

Contoh minyak kacang tanah atau kacang soya. Dua ni penyebab alergik.

2. KEJU

Keju yang ada di pasar raya yang harga murah terutama keju Parmesan. Kalau yang ori harganya cukup mahal. Bukan belasan ringgit.

Campur dengan keju murah dan cellulose – ejen anti gumpal. Nak tiru tekstur sebenar Parmesan.

Kalau cheese slices. Beli yang ada 4 bahan ni je – susu, kultur, garam dan rennet tumbuhan. Kalau bahan banyak maksudnya lagi tinggi diproses.

3. CRAB STICK

Ini saya tengok ramai sangat yang makan. Yang bakar-bakar.

Crab stick ni adalah produk ‘higly processed’.  Ada fibrinogen/thrombin – sejenis ‘glue’ yang juga ada dalam nuget dan fish ball.

Dalam ini tiada langsung isi ketam. Tinggi pewarna, gula, added salts, pengawet dan penstabil.

4. STEAK

Yang pekena wagyu atau ribeye steak tu. Kena hati hati sikit. Sekarang ni, steak pun boleh dipalsukan.

Nak tiru tekstur sebenar dia letak ‘glue’ dalam tu. Nama spesifik – transglutaminase. Kalau nak beli frozen steak di pasaraya, check dulu label. Kalau tulis ‘TG enzyme’ atau ‘TGP enzyme’. Tak payah beli.

Semua ini penyebab tinggi risiko kena kanser. Hati-hatilah time nak beli.

Boleh begitu?

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×