Famili

Hati-Hati Bila Gabungkan Skincare, Ada Bahan Yang Sesuai Dan Tidak Sesuai Untuk Digabungkan!

906
SHARES

Pemilihan skincare kadang-kadang boleh jadi agak mengelirukan, walaupun dah cuba bermacam-macam produk tapi kulit masih terasa macam tak ada perubahan pun kan?

Cuba perhatikan balik skincare routine anda itu, kalau-kalau ada tersilap kombinasi yang mengganggu proses pembaharuan kulit atau lebih teruk lagi boleh mengakibatkan iritasi dan ketidakselesaan.

Elakkan kombinasi skincare di bawah:

1. AHA/BHA dan Retinol 

Semua orang tahu, AHA/BHA dan retinol adalah diantara bahan yang power untuk membantu menanggalkan sel kulit mati, melembabkan kulit dan melawan tanda penuaan.

Tapi, jangan terlalu ghairah nak kulit cantik dengan cepat sampai campurkan pengunaan bahan-bahan ini pada masa yang sama kerana ia boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi.

2. AHA/BHA dan Asid 

Penggunaan AHA/BHA perlu diikuti dengan produk yang boleh menghidratkan kulit, elakkan penggunaan asid seperti Salicylic, glycolic dan lactic jika tak mahu kulit korang mengalami dehidrasi.

3. Vitamin C dan Retinol 

Vitamin C bertindak lebih baik pada kulit di waktu siang, sementara retinol membina kolagen dan membaiki kulit dengan efektif pada waktu malam. Jadi, sebaiknya penggunaan kedua-dua bahan ini dipisahkan demi mencapai kesan maksimum.

Gabungan baik untuk kulit yang lebih cerah dan lembap

1. AHA/BHA dan Ceramide

Ceramide bertindak untuk mengembalikan kelembapan kulit, apabila digabungkan bersama AHA/BHA ia secara tidak langsung bakal melindungi kulit korang untuk kekal sihat tanpa iritasi.

2. Vitamin C dan Asid Hyaluron

Kedua-dua bahan ini adalah the power duo yang saling melengkapi untuk kulit sihat dan berseri! Pro tip, guna je produk yang dah gabungkan kedua-dua bahan ini dalam satu produk, mudah dan jimat!

NIVEA C&HYA kaya dengan vitamin C dan asid hyaluron untuk kulit cerah, bersih & sihat

Kredit foto: Bangkok Post

NIVEA C&HYA mengetengahkan skincare dengan vitamin C berkonsentrasi tinggi dan molekul hyaluron yang tiga kali lebih kecil¹ untuk mempercepatkan penyerapan pada setiap lapisan kulit dan  dapat memperbaiki kulit seawal tiga hari² sahaja.

Kalau dah bosan asyik tukar-tukar skincare tapi masih belum dapat lihat perbezaan, this is a sign for you untuk cuba rangkaian NIVEA C&HYA!

Kenapa? Sebab ia bukan sahaja menjanjikan kulit yang lebih cerah dan lembab malah kulit korang akan lebih anjal! Yes love! Mudah hanya dengan rangkaian NIVEA C&HYA korang mampu mencapai kulit yang jauh lebih sihat.

Selain diperkaya dengan bahan-bahan yang sangat baik untuk kulit, proses penghasilan NIVEA C&HYA juga dititikberatkan agar khasiat daripada bahan-bahan tersebut tidak terjejas.

Proses ini termasuklah mengekstraksi bahan tanpa menggunakan suhu panas demi memastikan kandungan vitamin C tidak mudah teroksidasi.

Langkah pertama, mulakan dengan pembersih wajah dan serum

Asas penjagaan wajah yang baik bermula daripada pencuci muka. Jadi, jangan ambil mudah pemilihan pencuci muka anda.

Guna NIVEA C&Hya Vitamin Whip Foam yang terbukti boleh detox³ kulit sehingga 94%, untuk pembersihan yang lebih mendalam, ia  diformulasi dengan Vitamin C diekstrak sejuk bersama hyaluron molekul tiga kali lebih kecil untuk kulit yang bersih, lebih berseri serta sihat terhidrat.

Pencuci wajah ini juga berfungsi untuk mengecilkan liang pori tau!

Selepas cuci muka, jangan lupa untuk gunakan serum daripada rangkaian yang sama demi hasil yang lebih memukau!

NIVEA C&HYA Vitamin Serum berkonsentrasi tinggi dengan teknologi yang diekstrak secara sejuk. Haa.. Kenapa dari tadi disebut tentang proses ekstrak sejuk ini? Sebab inilah perbezaan NIVEA C&HYA dengan produk vitamin C lain di pasaran.

Ia mampu meresap jauh ke dalam dalam lapisan kulit dengan 3 kali saiz molekul hyaluron untuk melembapkan kulit sepenuhnya serta berkesan untuk menghaluskan kulit yang letih.

Paling penting, ia mengandungi 500x vitamin C4 untuk meningkatkan keserian kulit , mengurangkan tona tak sekata dan membuatkan kulit korang terlihat lebih berseri, tanpa cela. 

Ia juga tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya. Gerenti selamat untuk kulit korang!

NIVEA C&HYA juga hadir dengan micellar water, essence, krim siang dan krim malam. Kalau guna pencuci muka dan serum je dah boleh nampak kesan dengan cepat, bayangkan kalau korang guna regimen lengkap NIVEA C&HYA? Dijamin anda tak akan menyesal!

Haa.. Sekarang nak kulit cerah, lembab dan berseri dah tak lagi mustahil! Anda hanya perlukan rangkaian NIVEA C&HYA dan rasai sendiri perbezaanya 🙂

NIVEA C&HYA boleh didapati di rangkaian Watsons dan Guardian berhampiran korang ataupun secara atas talian di Shopee serta Lazada.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk dan promo terbaru daripada NIVEA korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI atau ikuti laman Instagram rasmi mereka di SINI.

 

¹Merujuk kepada 3 jenis Hyaluron iaitu Sodium Acetylated Hyaluronate, Sodium Hyaluronate & Hydrolyzed Sodium Hyaluronate.

²Diuji ke atas 32 sukarelawan oleh Spincontrol Asia Co., Ltd., Januari – Februari 2022.

³Berdasarkan Laporan Ujian oleh SIRIM Berhad (R0393/23/B19/38) bertarikh 23 Mei 2023.

4Berbanding dengan krim siang dalam siri yang sama.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×