Kini Trending

Guru Terkejut Tengok Whatsapp Murid Darjah 2 Bercinta, Siap ‘Baby Baby’!

227
SHARES

Tingkah lalu anak-anak memang perlu dikawal oleh ibu bapa. Tanpa pengawalan ketat, mereka pasti mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Seperti yang kita tahu, zaman moden ini sudah tentunya setiap kanak-kanak mempunyai telefon bimbit sendiri untuk bermain game atau menghubungi rakan-rakan.

Namun, lain pula kisahnya dengan cerita yang dikongsi oleh seorang guru bernama Suziana Basa yang terkejut melihat telefon bimbit anak murid berusia 10 tahun. Alamak!

Baca juga: Anak Ketagih Main Game Sampai Pagi, Ingatkan PDPR Rupanya Tidur!

GURU TERKEJUT TENGOK WHATSAPP MURID DARJAH 2 BERCINTA

Menurut guru tersebut, meskipun baru sahaja darjah 2, perbualan mesej itu sangat sensitif dan dianggap keterlaluan serta tidak sesuai dengan umur mereka.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi itu, murid tersebut menggunakan bahasa dirinya ‘B’ dan juga ‘Baby’ berbual mesra tentang percintaan mereka.

Jelas cikgu Suziana lagi, murid itu dikatakan tidak aktif ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) berlangsung tetapi lain pula kisahnya ketika di aplikasi Whatsapp.

Penangkapan handphone budak darjah 2 hari ini terus membuka mata sendiri utk check handphone anak sendiri. Seram pula tengok budak darjah 2 sekarang.

Ini antara budak yang sunyi masa PDPR tetapi rancak pula di group whatsapp single & taken. Ibu-bapa jangan lupa check telefon anak kita. 

Tujuan post ini bukanlah utk memalukan anak tersebut tetapi semasa saya membaca semua mesej personal dan group pelajar tersebut, hati saya hancur. Saya terus terbayangkan muka anak sendiri dan tak sabar2 tunggu waktu persekolahan tamat. 

Sejujurnya saya sangat sedih mengenangkan anak-anak zaman sekarang. Saya tidak salahkan sesiapa melainkan kita sendri sebagai ibu bapa yang kurang peka dan leka tentang hal yang dianggap kecil ini. Mungkin tujuan kita memberi gajet untuk anak-anak memudahkan proses PDPR.

Tetapi kita lupa dan lalai untuk terus memantau . Kadang-kadang ada yang sampai ketagih dan tidak boleh hidup tanpa handphone? Apa tindakan kita sebagai ibu bapa? Putus asa? Ya kebanyakan.  

Sejujurnya , memberi anak menggunakan gajet mmg akan memudahkan lagi kerja kita. Anak tidak menganggu kita, rumah tidak bersepah, tidak penat membebel dan memang kerja menjaga anak lebih senangla. Setuju atau tidak? Saya sendiri setuju. Di sini la permulaan semua ini, lalu kita kurang masa dengan anak-anak dan kurang membeli jiwa anak-anak.  

Kenapa budak darjah 2? Bagi saya kejadian hari ini ada hikmahnya. Mungkin Tuhan ingin anak ini dibantu daripada dia sudah berada di tingkatan 2. Mungkin tidak ada org yang memberitahu dia perbuatan itu sebenarnya salah . Syukurlah cikgu tahu lebih awal.

Mungkin tidak dapat membantu banyak tapi siapa tahu masih ada kesempatan untuk anak ini berubah. Setiap org berhak mendapat peluang kedua even ketiga atau keempat sekalipun (bergantung kepada situasi). 

Teruslah berdoa agar anak-anak kita dilindungi dari perkara-perkara yang begini. Doakan juga kita sebagai ibu bapa untuk diberikan kebijaksanaan utk mendidik generasi-generasi akan datang. 

Sumber: Facebook Suziana Basa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×