Famili

Guru Kongsi Detik Cemas Pengawal Keselamatan Jadi Bidan Terjun Sambut Bayi Lahir Di Sekolah

61
SHARES

Petugas Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang mengharungi detik cemas apabila terpaksa menjadi bidan terjun untuk membantu seorang kakitangan sekolah yang tiba-tiba sakit nak bersalin. Kejadian ini dikongsi oleh salah seorang daripada mereka iaitu Cikgu Norazura Zikir di laman Facebooknya yang teruja dan juga nervous dengan situasi begitu.

Baca juga: Bayi Lahir Dalam Pesawat, Diberi Nama Sama Dengan Kru Penerbangan

GURU KONGSI DETIK CEMAS PENGAWAL KESELAMATAN JADI BIDAN TERJUN

Jelasnya, itu merupakan pengalaman paling berharga dan tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila kerana jadi bidan terjun beramai-ramai untuk membantu Pembantu Pengurusan Murid (ppm) melahirkan anaknya.

Pengalaman berharga dan takkan dapat lupa sampai bila-bila hari ini buat semua warga SK Rantau Panjang. Jadi bidan terjun beramai-ramai sambut ppm saya bersalin dekat kelas prasekolah. 

Tambah Cikgu Norazura lagi, mereka terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan wanita untuk menyambut bayi tersebut kerana terlalu lama menunggu ketibaan ambulans.

Saya punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bagitahu dia rasa macam nak bersalin. Terus lari naik pejabat minta kerani call 999. Ambulans pula lambat.

Ppm saya dah jerit-jerit tak tahan sakit dan lepas tu air ketuban pula dah pecah. Memang tak boleh tunggu dah ni. Dia kata baby nak keluar sangat dah. Berlari saya dan cikgu lain tanya satu sekolah siapa boleh sambut baby. Saya tak berani.

Mujur ada makcik guard dan PT saya yang cool ni tolong. Saya duduk sebelah bantu. Memang berdebar bila tengok kepala baby dah keluar. Minta ppm try push Alhamdulillah mudah sangat baby keluar.

Mereka juga sempat mandikan bayi itu sementara menunggu ketibaan ambulans dan nurse untuk memotong tali pusat dan keluarkan uri.

Tunggu ambulans dan nurse sampai untuk potong tali pusat dan keluarkn uri. Sementara tu kami mandikan dan cuci baby. Pakai besen apa yang ada.

Puas pujuk baby keluar dekat hospital tapi dia nak juga dekat surat beranak tulis tempat lahir SK Rantau Panjang. Tak sabar nak pergi sekolah. Semoga membesar jadi anak yang pandai.

Ini merupakan kejadian pertama kali yang berlaku di sekolah. Guru-guru lelaki juga tidak sabar mahu melihat bayi comel itu. Bayi perempuan itu diiqamahkan oleh ustaz di sekolah.

Ramai mak-mak angkat yang sambut dia. Cikgu-cikgu lelaki dengan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam isteri mereka yang nak beranak. 

Semua tak sabar tengok baby. Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni. Yang penting bagi kami baby dan mummy dia selamat. Syukur ya Allah.

Sumber: Facebook Norazura Zikir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×