Berita baik untuk penduduk dan usahawan di Pulau Pinang, bermula 8 hingga 11 September ini akan diadakan Expo PERDA Tahun 2022 (EXPERT) di Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
EXPERT 2022 ini bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang dan menariknya, platform ini memberi ruang menyeluruh kepada usahawan yang telah menjalankan perniagaan mahu pun yang baru menceburi bidang keusahawanan.
Jadi, kepada para usahawan di luar sana, inilah masanya untuk anda mengembangkan dan mempromosikan perniagaan masing-masing. Pulun habis na!
EXPERT 2022 sasar sektor PKS serta perniagaan mikro menyumbangkan 50% kepada KDNK negara menjelang 2030
Membawa tema “Usahawan Luar Bandar Tonggak Ekonomi Negara’’, tema EXPERT 2022 diperkenalkan berpandukan Teras Strategik 1 dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu Ekosistem Perniagaan & Industri.
EXPERT 2022 juga berpandukan kepada beberapa objektif seperti:
- Menyediakan platform promosi yang berpusat dan komprehensif untuk usahawan bumiputera Pulau Pinang bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk/perkhidmatan syarikat.
- Menggalakkan aktiviti jualan dan promosi produk/perkhidmatan disamping membantu meningkatkan pendapatan jualan usahawan melalui karnival yang dianjurkan.
- Menyediakan satu platform pertemuan di antara usahawan dan syarikat/pasaraya menerusi aktiviti pemadanan perniagaan yang secara tidak langsung membawa kepada perluasan pasaran produk/perkhidmatan usahawan.
Selain itu, EXPERT 2022 akan dirasmikan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 10 September 2022 (Sabtu) jam 9.00 malam bertempat di Pentas Utama, Midtown PERDA ini melibatkan sebanyak 191 penyertaan booth yang terdiri daripada:
- 136 booth usahawan;
- 10 penyertaan laman ternakan & tani;
- 2 booth SPA;
- 13 food truck
- 12 booth Sektor Korporat;
- 6 booth Auto Sale
- 6 truck/bas perkhidmatan dan
- 12 booth pelbagai iaitu booth utama PERDA, Booth Agensi-Agensi KPLB dan Booth Program PERDA
Lebih 40 ribu pengunjung dijangka hadir
Secara keseluruhannya, dengan penyertaan lebih 150 usahawan, EXPERT 2022 menyasarkan nilai jualan serta pemerolehan kontrak berjumlah RM1 juta dengan kehadiran lebih 40 ribu pengunjung dijangka hadir sepanjang 4 hari program berlangsung.
Mana taknya, terdapat pelbagai aktiviti tarikan pengunjung yang disediakan di EXPERT 2022 seperti Karnival kerjaya, E-Games, Fun Run, Pertandingan Karaoke, Sukan Rakyat, Persembahan Artis Popular bersempena Konsert EXPERT 2022 dan banyak lagi!
Hangpa nak tahu satu perkara menarik lagi? Artis popular seperti Dato’ Jamal Abdillah, Floor 88, Shidi Data, Ukays, Maulana Helmi dan Ucop Mentor akan datang menghiburkan anda semua!
Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Internet of Things (IoT) pertandingan Mighty Spellerz dan Soopa Doppa.
Tak ketinggalan acara tarikan atau program harian seperti Persembahan Buskers, Maskot Figura Kanak-Kanak, Karnival kerjaya anjuran bersama PERKESO, Product Pitching, program bertemakan keagamaan EXPERT Berselawat & Tazkirah dan cabutan bertuah serta Hadiah Bonanza bernilai RM10,000! Bestnya!
Mai pakat kita memeriahkan EXPERT 2022 pada 8 hingga 11 September ini. Jumpa anda di sana na!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Expo PERDA.