Tech

Dulu VS Kini: Ini Perkembangan Telefon Bimbit Sejak 1973 Hingga Ada Vivo V11!

7.1K
SHARES

Perkembangan teknologi dengan smartphones memang tak dapat dipisahkan lagi. Bahkan, banyak jenama berlumba-lumba memastikan bahawa smartphones keluaran mereka adalah yang terkini sesuai dengan keperluan dan trend semasa.

Tapi anda tahu tak siapa sebenarnya yang mula-mula sekali memperkenalkan telefon bimbit ni?

Revolusi Dari Masa Ke Masa!

Untuk pengetahuan anda, telefon bimbit pertama telah dicipta oleh Martin Cooper pada 3 April 1973. Bayangkanlah berat telefon bimbit pada waktu itu ialah 2 Kilogram dan fungsinya pada ketika itu adalah terhad hanya untuk panggilan suara saja.

Lepas tu, barulah syarikat Nordic Mobile Telephone (NMT) melancarkan sisten liputan telefon bimbit di kawasan seperti Norway, Sweden, Findland dan Denmark.

Wow! Dari liputan 1G ke 4G…

Uish! Dahsyat sungguh kan? Dari hanya liputan ke 4 kawasan kini, ianya meliputi rangkaian ke seluruh dunia. Daripada liputan 1G (generasi pertama) sampai sekarang dah 4G kot. Cepat betul telefon berevolusi kan? Dari hanya sebuah telefon bimbit kini kita dah ada telefon pintar.

Perkembangan Berterusan! Rekaan Eksklusif! Antara Fesyen & Teknologi!

Ingin meneruskan perkembangan teknologi yang sedang rancak berlaku, Vivo kini melangkah setapak kehadapan dengan penghasilan Vivo V11.

Dengan rekaan yang kemas dan eksklusif, Vivo V11 merupakan satu bentuk pembaharuan yang unik bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil bergaya tetapi juga kedepan dalam perkembangan teknologi.

Bayangkanlah anda dapat skrin yang cukup lebar dan luas dengan ratio 91.27% daripada saiz asal smartphone anda. Bukan itu sahaja, Vivo V11 mempunyai Super AMOLED Halo Fullview tau!

Ini bermakna anda akan dapat menyaksikan apa sahaja paparan di skrin telefon anda dengan warna yang terbaik. Paparan HD la senang cerita! Tak ada lagi istilah paparan skrin gelap atau pudar.

Scan Cap Jari Je! Smartphone Unlock!

Bukan itu sahaja, Vivo V11 dah ada In-Display Fingerprint Scanning. Sekarang nak unlock smartphone, anda hanya scan cap jari pada skrin. Awesome kan? Dapat la jimat penggunaan ruang skrin.

Dah la tu, kamera depan Vivo V11 ialah kamera single 25 megapiksel. Bukan biasa-biasa ye. Walau hanya dengan kamera single tapi hasil swafoto anda tidak dapat diragukan lagi. Flawless gitu! Puas la katakan. Kalau upload gambar dekat Instagram confirm respon positif semuanya. Dah la gambar cantik, smartphone pun cantik.

Pilihan Warna Yang Unik!

Kenapa admin kata cantik? Dihasilkan dalam dua warna premium,  Vivo V11 boleh didapati dalam dua warna iaitu Starry Night dan Nebula yang mempunyai unsur  gradiasi menarik iaitu dengan sentuhan warna biru dan ungu.

Sekarang admin yakin anda dah lihat sendiri perkembangan telefon bimbit ke telefon pintar. Ianya merupakan sebuah revolusi yang cukup pantas bagi admin sendiri.

Apa yang admin dapat konklusikan di sini Vivo V 11 sememangnya telah jauh melangkah kehadapan jika kita hendak bandingkan dengan telefon bimbit sebelumnya. Jadi bagi anda yang nak tengok atau nak try kemampuan Vivo V11 ini, anda boleh la singgah ke mana-mana outlet Vivo di serata Malaysia, okay?

Website : Vivo Malaysia

Facebook: Vivo Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×