Hebahan

Citrawarna 2016 Yang Gilang Gemilang, Sarat Cerita Mitos & Budaya Rakyat

22
SHARES

“Seronok”, “Hebat” dan “Mempesonakan” adalah sebahagian daripada perkataan yang digunakan bagi menggambarkan Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 yang telah berlangsung sepanjang jalan Jalan Raja di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 September 2016 yang lalu.

citrawarna-2016-nazri

Acara tersebut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Juga hadir Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Setiausaha Agung Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOTAC), YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng dan Timbalan Setiausaha MOTAC, YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah.

citrawarna-2016-bloggers-media

Sebanyak 63 wakil Mega Fam daripada 11 buah negara turut menyertai sambutan ini. Mereka mewakili media antarabangsa dan pengendali lawatan yang dijemput Tourism Malaysia di bawah program Mega Fam, sebuah inisiatif untuk memberikan media antarabangsa dan agen pelancongan pendedahan kepada Malaysia supaya lebih banyak publisiti boleh dijalankan di luar negara bagi menjadikan Malaysia destinasi utama pelancong.

citrawarna-2016-map

 

 

Mitos dan Budaya Rakyat

Berbeza dengan Citrawarna 2015 yang lalu, Citrawarna@Kuala Lumpur pada tahun ini mempunyai konsep “Mitos dan Budaya Rakyat”. Acara ini dihadiri oleh lebih 1,000 penghibur dan menampilkan persembahan unik jalanan berdasarkan mitos dan budaya rakyat terkenal daripada setiap negeri di Malaysia.

Ramai yang tidak menyedari bahawa cerita-cerita mitos, lagenda dan cerita-cerita rakyat sebenarnya banyak mempengaruhi kepercayaan, kehidupan serta cara hidup masyarakat dahulu yang mana ianya telah pun digarap dalam kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan.

 

Mitos menjadi tarikan pelancongan

Pada masa dahulu  juga, kisah mitos, lagenda dan cerita rakyat memberikan satu keistimewaan yang menarik minat orang dari jauh dan dekat. Mereka akan mengunjungi tempat-tempat disebutkan dalam kisah-kisah tersebut.

Dari segi konteks pelancongan pula, penceritaan dalam pelancongan juga adalah penting di mana ia mampu memberikan penjiwaan serta pengalaman yang menarik kepada para pelancong lebih-lebih lagi jika satu tarikan pelancongan ada dikaitkan dengan kisah mitos luar biasa, mistik mahupun tragis.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada para pelancong  yang datang menyaksikannya.  Para penonton dibawa mengembara dan mengenali serta menyaksikan setiap peristiwa mitos dan lagenda lebih dekat lagi seperti Lagenda Tasik Chini, Lagenda Hang Tuah, Lagenda Puteri Gunung Ledang, Huminodun, Kisah Puteri Cik Siti Wan Kembang, Hikayat Merong Mahawangsa dan banyak lagi.

citrawarna-2016-merong-mahawangsa

Di samping persembahan mitos, terdapat juga persembahan pelbagai budaya komuniti Malaysia, terutamanya Cina, India, Siam dan Orang Asli.

Senarai persembahan di Citrawarna 2016

1. KEDAH – HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Hikayat Merong mahawangsa mengisahkan tentang angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang berlayar dari Rom ke negeri China. Dalam Perjalanan tersebut, rombongan mereka telah diserangoleh burung Garuda. Setelah menewaskan burung tersebut, Raja Merong Mahawangsa berhenti di situ dan membuka negeri Langkasuka. Bagunda pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi Raja. Akhirnya Langkasuka ditukar namanya menjadi Kedah.

 

2. PAHANG – LAGENDA TASIK CHINI

Mengisahkan sekumpulan orang asl yang menemui tempat baru  untuk diterokai. Mereka didatangi oleh seorang perempuan tua yang mengaku tempat tersebut miliknya. Dengan izin perempuan tua tersebut, mereka dibenarkan tinggal disitu tetapi dengan syarat tidak mencabut tongkat yang diletakkan di situ. Akhrnya kampong tersebut mendapat malapetaka kerana salah seoran dari mereka tidak sengaja telah mencabut tongkat yang ditinggalkan oleh perempuan tua itu.

 

3. SELANGOR – UPU CHENDERA

Mengisahkan seorang pemimpin wanita berbangsa Bugis pertama Selangor yang beragama Upu Chendera Burung yang juga dikenali sebagai Raja Siti. Sebelum kedatangan Daeng Chetak lima bersaudara dari Pulau Sebilis ke Selangor, Bagiinda sangat disayangi rakyatnya. Disebabkan pemerintahan baginda yang bertimbang rasa dan saksama, penduduk asak di Kuala Selangor telah bersumpah tidak akan melantik ketua selain dari keturunan Bugis. Persembahan ini akan menampilkan keperkasaan dan keharmonian rakyat semasa pemerintahan Upu Chendera secara simbolik.

 

4. NEGERI SEMBILAN – MISTERI LATA KIJANG

Mitos Misteri Lata Kijang berasal dari Negeri Sembilan yang berkait rapat dengan kewujudan Sang Kelembai. Cerita rakyat ini cukup popular dikalangan masyarakat melayu dimana Sang Kelembai sering digambarkan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia dan haiwan menjadi batu ketika dia sedang marah. Menurut lagendanya, apa sahaja yang ditegur Sang Kelembai akan bertukar menjadi batu. Makhluk ghaib ini sering digambarkan memiliki fizikaal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, rambut panjang bewarna merah. Ia amat digeruni oleh makhluk-makhluk lain. Di Lata Kijang jiga terdapat rantaian haiwan seperti kambing gurun kijang dan termasuklah harimau akar yang telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu.

 

5. PERSEMBAHAN CHINA – TARIAN BUNGA

Masyarakat China membawakan tarian Bunga Teratai yang membawa maksud simbolik keamanan dan kegembiraan, yang dipersembahkan oleh wanita yang cantic dengan gerakan yang lemah lembut. Pergerakan tarian keamanan, kasih saying dan harmoni dengan simbolik penyerahan bunga kepada rakyat dalam kegembiraan yang telah tertarik dengan penari yang sedang bermain di tepi kolam. Bunga teratai merupakan identity kebudayaan masyarakat Cina yang dipersembajkan oleh penari dalam keadaan riang ria suasana zaman dahulu.

 

6. JOHOR – LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG

Empayar Majapahit dilanda huru hara setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Keadaan menjadi lebih buruk akibat peperangan. Raja Majapahit Gusti Adipati Hendaya Nengrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya Gustri Putri Raden Ajeng Retro Dumillah. Dengan hati yang kecewa Gustri Putri mmeberitahu oada dayang dayangnya niat untuk berlayar ke Gunung Ledang tanpa pengetahuan ayahandanya Raja Majapahot. Dan disitulah bermula kisah lagenda seorang puteri.

 

7. TERENGGANU – LAGENDA BUKIT PUTERI

Cerita ini mengisahkan tentang 7 Puteri yang tinggal di atas bukit berhampiran sebuah kampong neleyan. Puteri tersebut menyimpan peralatan yang dipinjamkan kepada penduduk kampong untuk mengedakan jamuan atau kenduri seperti pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan pisau. Malangnya ada diantara mereka yang tidak memulangkannnya kembali oerelatan setelah dipinjam dan ada pula pecah namun tidak diganti. Oleh kerana peralatan mereka yang tidak dikembalikan, Tuan Puteri telah merajuk lalu menghilangkan dari bukit tersebut. Setelah itu, penduduk kampong tidak dapat lagi meminjam sebarang peralatan untuk mengadakan kenduri atau jamuan.

 

8. MELAKA – HANG TUAH

Hang tuah dan 4 orang sahabatnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Mahaguru Adiputra di Gunung Ledang. Selesaai menuntut ilmu, mereka berilmu kembali ke Kota Melaka. Pada suatu hari, mereka Berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara Tun Perak dan orang-orang kampong daripada beberapa orang lelaki yang sedang mengamuk. DATO’ Bendahara Tun Perak kagun dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka berlima ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, Baginda berminat untuk menjadikan mereka Hulubalang Istana Melaka dan Hang Tuan menjadi Laksamana.

 

9. INDIA DAN SIKH – TARIAN KLASIKAL & BANGRA

citrawarna-2016-india-sikh

Segmen yang bergerak pantas ini memaparkan satu adunan yang harmoni dikalangan kepelbagaian tarian classical, folk dan fusion. Tarian ini diselang dengan gabungan tari rakyat, tarian merak dan diakhiri dengan muzik Bhangra. Kekayaan dari segi muzik, busana, eksesori dan prop yang bewarna warni menggambarkan kemeriahan rentak komuniti kaum India.

 

10. PERLIS – JENTAYU

Berita Maharaja Rom akan mengahwinkan Puteranya dengan Puteri Maharaja China tersebar luas. Garuda bertekad untuk menghalang perkahwinan antara putera Rom dan Puteri Maharaja China dengan menggunakan kesaktiannya. Garuda juga beersumpah sekiranya dia gagal menghalang perkahwinan antara putera Rom dan Maharaja China, dia akan mengurungkan dirinya di dalam kawah gunung berapi. Maka bermulalah pertatungan epic antara dua sahabat, Garuda dan Jentayu. Halilintar sabung menyabung. Ombak beralun tujuh hasta, manakala seluruh nusantara sudah gempa dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan kuasa sakti Garuda dan Jentayu. Mereka bertarung dengan kesaktian yang amat hebat. Jentayu mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan perkahwinan itu. Tikaman susuk iri Garuda terbenam ke ulu hati Jentayu. Jentayu kehilangan nyawanya di tangan sahabatnya sendiri. Jentayu menghembuskan nafas terakhir, setitis air mata Jentayu jayuh ke dalam laut disambut Sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara dalam laut khalzum. Berjayakah Garuda menghalang perkahwinan tersebut?

 

11. KELANTAN – CIK SITI WAN KEMBANG

Mengisahkan kisah lagenda seorang puteri yang bernama Cik Siti Wan Kembang yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Baginda merupakan seorang pemerintah yang bijaksana dan rakyat yang sangat menyukainya. Kemasyuranyya membuatkan ramai putera raja yang melamar namun baginda menolak pinangan tersebut dengan baik. Oleh kerana bimbang penolakan itu akan mengudang malapetaka dan tercetusnya persengketaan, baginda berpindah dan membina tempat baru. Maka bersemayamlah baginda di tempat baru yang dinamakan Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong.

 

12. PULAU PINANG – PERTEMUAN

Ghazal Pharti, Hadrah dan Tarian Joghee cukup sinonim dengan kebudayaan masayarakat Pulau Pinang. Dikisahkan tarian ini dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya Arab disebabkan suatu ketika dahulu Pulau Pinang termasyur sebagai pelabuhan tempat persinggahan pedagang dari Arab dan Asia Tenggara.

 

13. ORANG ASLI – SAWAI

citrawarna-2016-orang-asli-sawai

Perkataan Sawai dalam Bahasa Orang Ali bermaksud berubbat. Tarian ini adalah gabungan daripada ciri-ciri  upacara perubatan dari tiga kelompok orang asli iaitu Negrito, Semai dan Melayu Asli. Upacara sawai mempunyai banyak unsur-unsur tarian dan nyanyian yang ditujukan kepada roh-roh yang dipercayai orang asli dapat mengubati pelbagai penyakit. Dalam tarian Sawai, Tok Batin atau Tok Halak akan memuja semangat yang dikenali sebagai Gunik. Gunik akan masuk ke dalam tubuh Tok Halak melalui Tamu iaitu GELUNG RITAN YANG DIHIASI DEGAN DAUN-DAUN DAN BUNGA-BUNGAN. Gunik akan keluar setelah selesai uoacara pemujaan, Gunik akan keluar dari tuhuh Tok Halak dan pesakit akan sembuh.

 

14. SIAM – RAJA NIAGA

Mitos raja Niaga yag dapat menjelma menjadi manusia dan bermadu kasih dengan seorang Putera Taravadi. Dalam perayaan menuai, Raja Niaga mencul sebagai Putera yang gagah perkasa dan membawa keluar Puteri Taravadi tutut berpesta dan ini menimbulkan kehairanan penduduk sedesa kerana wajah-wajah ini tidak pernah dilihat.

 

15. PERAK – CEMPAKA SARI

Mengisahkan pengembaraan putera kedua Raja Merong Mhapudisat. Baginda memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada perak dan busurnya dinamakan Indera Sakti. Baginda berniat dimana jatuhnua anak panah tersebut, maka di situlah baginda akan membuka sebuah negeri. Ditakdirkan anak panah tersebut ghaib selepas dilepaskan. Misi mencari diteruskan sehinggalah rombongan tersebut tiba di sebuah kampong yang sedang mengadakan persembahan tarian Menora keudian bertemu dengan sekumpuan kampong yang sedang menangkap ikan dengan lukah atau bubu sehinggalah sampai ke tempat yang bernama Cempaka Sari. Disitulah anak panah tersebut dijumpai dan Cempaka Sari ditukar namanya menjadi Indera Sakti dan negerinya dinamakan Perak.

 

16. SABAH – HUMINODUN

Mengisahkan Huminodun yag telah dikorbankan oleh penduduk kampong bagi mengelakkan malapetaka dan bagi menjaga kesuburan tanaman. Pengorbanan Huminodun akhirnya menjadi semangat untuk menyuburkan tanaman dan memberi kesejahteraan kepada penduduk kampong. Bagi memperingati belia, pesta kematan telah diadakan setiap tahun semenjak peristiwa tersebut.

 

17. SARAWAK – TUGAU

Cerita mitos ini mengisahkan tentang Tugau iaitu Raja yang penuh kesaktian bagi masyarakat Melanau pada zaman dahulu Untuk menikahi Puteri Raja Kau, Tugau diminta untuk menyediakan hantarab seperti pedang emas, mangkuk emas dan 9 bakul ikan yang dipenuhi emas. Tugau telah Berjaya melaksanakan permintaan tersebut kerana dibanu oleh keluarga asalnya iaitu kerajaan Langit dan nenek beiau pemerintah bumi. Maka tersebarlah cerita tentang kesaktian Tugau sehingga belia dilantik menjadi raja bagi masyarakat Melanau ketika itu dan akhirnya Tugau menjadi seorang raja yang adil dan saksama.

 

18. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMUR – CUTI CUTI MALAYSIA DAN MEGA SALES

Berkonsepkan destinasi percutian dan Mega Sales. Malaysia destinasi percutian pilihan. Keindahan pantai, kehijauan hutan hujan tropika dan senibina yang mengagumkan tersedia untuk dihayati dan dijadikan latar kenangan. Mega Sles, memberi peluang kepada semua untuk membeli brlah dengan harga yang luat biasa berpatutan, dari barangan buatan tempatan sehingga ke produk berjenama antarabangsa. Nikmati kelebihan ini di seluruh Malaysia – syurga membeli beleah pada setia pertengahan dan akhir tahun.

 

Penampilan artis

Di antara artis yang terlibat membuat persembahan ialah Ruminah Sidek, Arja Lee, Reen Rahim, Ben Barhasa, Afifah Nasir, Mathin, Normadira Johari, Vanidah Imran dan Terrence Dass.

 

Rakan strategik

Menerusi Strategi Laut Biru Negara (NBOS), MOTAC telah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik bagi menggalakkan penyertaan daripada sektor swasta dan orang ramai di acara yang dianjurkan MOTAC. Bagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2016, rakan strategik MOTAC adalah:

  • Syarikat Minuman – Starbucks Malaysia
  • Pereka Kasut Tempatan – LanBaharin Kuala Lumpur
  • Pembuat Minyak Wangi Tempatan – Josh Lee Fragrances
  • Syarikat Terapi Spa Tempatan – Teratak Spa
  • Pengeluar Makanan Tempatan – Che Din Food
  • Stesen Radio – MaTiCfm
  • Syarikat Landskap Tempatan – Green Lite Landscape
  • Majalah – Gaya Travel Magazine

Citrawarna, juga dikenali sebagai Warna-Warna Malaysia, mula diperkenalkan sejak tahun 1999 bagi mempromosi dan menyambut seni, budaya, semulajadi dan warisan Malaysia menerusi satu malam dengan cahaya dan bunyi, tarian dan bunga api. Tahun ini, acara ini masuk tahun yang ke-17.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×