Inspirasi

[VIDEO] Murid ‘Cinderella’ Bertemu Kasutnya, Hadiah Dari Seorang Guru Buat Netizen Sebak!

Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul. Sebuah perasaan yang dapat digambarkan ketika menonton sebuah video di Tiktok mengenai seorang ‘Cinderella’ yang akhirnya bertemu dengan kasutnya.

Kisah seorang guru yang sedang memberi cop bintang di buku muridnya di kelas, telah didatangi seorang anak murid perempuan untuk diperiksa bukunya dengan memakai sepasang selipar ke sekolah.

Baca juga: Sering Diejek Ketika Kecil, Kisah Hidup Cristiano Ronaldo Jadi Inspirasi Ramai

[VIDEO] MURID ‘CINDERELLA’ BERTEMU KASUTNYA

Murid yang bernama Syakira itu, memaklumkan bahawa kasutnya telah lama hilang ketika ditanya oleh gurunya, yang dikenali sebagai Cik Puan Gojes pemilik akaun Tiktok tersebut.

Melihat video itu, penonton dimaklumkan bahawa baru-baru ini, ayah Syakira sedang menghadapi penyakit strok otak dan sedang dijaga oleh ibunya. Menyebabkan keluarganya sukar untuk mencari kerja dan tiada duit untuk membeli kasut sekolahnya.

Selepas mendengar penjelasan murid itu, lantas beliau meminta Syakira untuk pergi ke mejanya dan mengambil sepasang kasut sekolah yang masih belum dipakai lagi.

“Syakira tahu tempat teacher tak? dekat tempat teacher kebetulan ada kasut kasut anak teacher. Dekat tepi bawah meja teacher tu ada kasut..syakira pergi ambil.” kata beliau.

Setelah itu, muridnya kembali semula ke meja dengan membawa sepasang kasut sekolah bewarna hitam untuk dicuba terlebih dahulu.

Ternyata, kasut itu telah menjumpai pemiliknya iaitu adik Syakira setelah 3 hari guru itu mencari siapakah gerangan pemiliknya. Sebelum ini, ada juga murid yang lain mencuba tetapi tiada yang sepadan.

Juga dapat dilihat, terpancar wajah kegembiraan dan kelegaan di sebalik pelitup muka yang dipakai Syakira. Siapa sangka rezeki itu menjadi milik gadis comel ini. Rezeki Allah berikan tak pernah salah alamat.

Begitulah kisah Syakira Si Cinderella. Ketika ini, perkongsian video itu telah meraih 2.4 juta tontonan di Tiktok.

Menembusi ruangan di komen, ternyata ramai yang tersentuh dengan perkongsian ini. Ada yang berterima kasih kepada guru itu, ada juga yang berkongsi kisah kehidupan mereka. Malah, ada juga yang mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki dan berjaya.

TERBAIK CIKGU!

 

 

 

 

Semoga, kisah ini dapat menyentuh hati kita untuk sentiasa membuat kebaikan dan membantu insan-insan yang memerlukan. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah hidup dalam bermasyarakat, sentiasa tolong-menolong mereka yang susah.

Biarlah kita sama-sama hidup dalam kesenangan, jangan yang kaya makin kaya dan yang miskin semakin miskin.

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Cik Puan Gojes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×