Setiap kali melakukan urusan rasmi, sudah pasti anda memerlukan surat yang rasmi juga bukan? Bila membuat surat rasmi, elemen yang paling penting adalah tandatangan yang menunjukkan bahawa anda sudah ‘consent’ dengan isi surat tersebut. Tapi, itu lebih mudah jika dilakukan menggunakan dakwat pen, bagaimana pula jika di dalam komputer?
Oleh itu, terdapat satu perkongsian mudah tentant cara untuk anda masukkan tandatangan ke dalam surat rasmi apabila menggunakan Microsoft Word. Mudah!
Artikel berkaitan : Cara Screen Mirroring Dari Telefon Pintar Ke TV, Barulah Puas Siap Full Screen!
CARA MASUKKAN TANDATANGAN PADA SURAT GUNA MICROSOFT WORD
1.Klik insert
2.Pilih ‘Picture’ dan pilih ‘This Device’
3.Pilih gambar tandatangan anda dan kecilkan.
4.Kemudian klik kanan atau right click dan pilih ‘Wrap Text’. Pilih ‘In Front of Text’.
5.Kemudian pilih ‘Remove Background’. Pilih ‘Keep Changes’.
6.Terakhir sekali, pilih ‘Colours’ , pilih Black and White 50%.
7. Dah siap!
Nak tengok video penuh dengan lebih jelas, di bawah :
@sentralkomputerCukup pake Ms Word kamu bisa tanda tangan✌️##fyp ##samasamabelajar ##taugasih ##belumtaudia ##tutorial ##tipsandtricks ##sentralkomputer ##inverted ##tech ##fyi♬ Bodo Amat – Ⓜ️4hardik🅰️
Sumber: Sentral Computer