Dapur

Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Payah Proses Lama-Lama!

42
SHARES

Bila bercakap soal masakan, cili kisar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan oleh semua tukang masak. Cili kisar juga ada yang sudah dijual didalam paket dan ada juga yang dibuat sendiri. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ini kerana bukan mudah untuk membuang bijinya, ia memakan masa dan leceh untuk dibuat. Jika tidak dibuang bijinya, ianya tidak bagus untuk kesihatan. Namun ada cara cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini. Perkongsian di facebook Mama G Food Industries ini memberi cara mudah untuk anda membuang biji cili.

Cara Mudah Buang Biji Cili

Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Didalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.

Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Teknik yang dikongsikan ini dibuat untuk 2 kilogram cili kering. Selamat mencuba!

Sumber : Mama G Food Industries

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×