Asuh

8 Trik Penting Buat Anak Dengar Cakap. Tanpa Perlu Menjerit & Berleter

7.5K
SHARES
cara ajar anak minta maaf

“Muhammad Aiman, mari sini. Dari tadi ibu cakap jangan sepahkan mainan kamu dekat sini. Cepat kutip sekarang!”

Situasi ini memang biasa berlaku di dalam rumah atau di mana-mana saja. Penat nasihatkan anak, tapi mereka selalunya buat dengar tak dengar saja.

Sebenarnya ada teknik yang kita perlu ‘master’ apabila bercakap dengan anak. Iyalah, mereka ini masih kecil dan tahap pemikiran pun tentulah berbeza dengan orang dewasa. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk memastikan komunikasi dengan anak lebih berkesan.

8 Trik Buat Anak Dengar Cakap. Tanpa Perlu Menjerit & Berleter

1. ‘Eye Contact’

Ibu ayah selalu terlepas pandang kepentingan eye contact dengan anak. Ada yang selalu terjerit-jerit dekat anak sambil melakukan kerja di dapur. Ada yang kerap mengarahkan anak sambil mata mereka ‘melekat’ di TV / laptop / handphone.

Secara semulajadinya, apabila seseorang anak kecil bertentangan mata dan memandang wajah ibu bapa yang sedang bercakap, mereka akan menerima lebih banyak isyarat untuk memahami mesej verbal tersebut. Si anak bukan sahaja memfokuskan pada wajah, tetapi juga memberi perhatian kepada pergerakan bibir, ekspresi, dan bahasa tubuh. Ini semua adalah ciri penting dalam penyampaian mesej yang jelas.

cara kawal marah

2. Bercakap Pada ‘Eye Level’

Dengan membongkokkan badan dan bercakap pada paras ketinggian anak, anda bukan saja kelihatan lebih mudah didekati dan kurang ‘menakutkan’, tetapi anda juga menjadikan sesebuah mesej lebih mudah didengari dan difahami.

Teknik psikologi ini biasa digunakan oleh tenaga pengajar prasekolah untuk merapatkan hubungan dan memudahkan komunikasi dengan anak kecil. Menariknya, kebiasaan ini turut dipraktikkan oleh pasangan keluarga diraja England, Putera William dan Kate Middleton terhadap Putera dan Puteri mereka.

Foto Kredit: inspiringvideo,net

3. Ekspresi Wajah

Senyuman, kerutan dahi, pergerakan bibir dan mata adalah antara respon yang boleh mempengaruhi respon anak terhadap mesej yang kita sampaikan.

Dengan mengekalkan ekspresi positif dan mengawal kemarahan, kita dapat menunjukkan keseriusan sambil memberi keutamaan terhadap mesej yang disampaikan berbanding leteran yang terlalu panjang.

4. Cuba Mencipta Kerjasama

Memberi kerjasama atau menunjukkan bagaimana membetulkan sesuatu kesalahan adalah salah satu cara menggalakkan mereka memahami sesuatu yang diarahkan dengan lebih berkesan.

Contohnya, kalau anak tertumpahkan air, ambil kain yang sesuai dan lapkan bersama. Menurut kajian, penglibatan anda ini dapat menggalakkan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap sesuatu topik secara lebih mendalam.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. Berhenti Melabel

Cara kita bercakap dengan anak kita adalah amat penting kerana ia boleh menjadi ‘suara hati’ mereka. Apabila kita kerap ‘melabelkan’ mereka dengan perkataan seperti ‘lembap’, ‘cengeng’, atau ‘degil’, lama-kelamaan mereka akan mula percaya bahawa sikap tersebut adalah sebahagian daripada diri mereka.

Bahaya bukan?

6. Bahasa Tubuh

Anggukan kepala, thumbs up, atau tepukan pada bahu misalnya adalah antara bahasa tubuh yang positif dan boleh memberi impak kepada sesebuah komunikasi. Marah macam mana sekalipun, sentiasalah yakinkan anak bahawa anda akan tetap menyayangi mereka.

Cara ini bukan saja menandakan anda mendengar secara aktif apa yang mereka katakan, ia juga memberi galakan kepada anak untuk berkongsi isi hati mereka tanpa mencelah dengan sebarang kata-kata.

7. Jarak Dengan Anak

Bagi anak kecil, penting untuk kita bercakap dalam jarak sekitar 1-2 kaki sahaja. Apabila anak semakin besar, jarak ini akan bertambah sedikit demi sedikit kerana kebolehan mereka untuk memberi perhatian juga semakin bertambah.

8. Asingkan Anak Daripada Gangguan

Elakkan bercakap dengan anak dalam keadaan sekeliling yang terganggu atau bising. Bunyi alunan muzik, televisyen, suara orang ramai contohnya akan menyebabkan anak anda tidak dapat bertenang dan memberikan perhatian terhadap arahan atau mesej positif yang cuba disampaikan.

Selain itu, cuba berhenti melakukan apa-apa kerja dan fokus semasa bercakap dengan anak kerana pergerakan ibu bapa yang tidak diterhadkan juga boleh menghalang penyampaian mesej serta respon daripada anak.

Jangan lupa peluk anak-anak juga

Sedikit Usaha Membawa Perubahan Yang Besar

Jika anda perasan, perhatian kita turut memainkan peranan penting supaya anak juga lebih rela mengikut arahan ibu bapa. Komunikasi non-verbal ini sedikit sebanyak dapat membantu memastikan mesej yang diucapkan lebih mudah difahami.

Percayalah dengan sedikit usaha, anda mampu melakukan perubahan yang besar terhadap hubungan dengan anak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×