Didik

Bukan Mudah Jadi ‘Single Parent’, Farah Lee Kongsi Tips Untuk Para Ibu Tunggal Jadi Lebih Kental!

1K
SHARES

Siapa yang tidak mengenali Farah Lee kan? Beliau merupakan salah seorang penulis blog yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut di laman media sosial Instagram iaitu lebih dari 300 ribu! Bukan itu sahaja, populariti Farah Lee juga adalah seiring dengan anak perempuan tunggalnya yang sangat comel iaitu Maream Esabel.

www.instagram.com/farahlee

Namun, kehidupan Farah Lee sebagai ibu tunggal sedikit sebanyak menjadikan beliau seorang yang lebih matang dan berdikari. Kisah kehidupan bersama anaknya ini sedikit sebanyak mendapat perhatian ramai kerana caranya mendidik Maream dicontohi ramai. Mana tidaknya, anaknya yang baru berusia 3 tahun ini dah pandai bercakap Korea tau!

Ini video dimana Maream sangat petah bercakap dan cekap memahami bahasa Korea. Comel betul!

BUKAN MUDAH JADI ‘SINGLE PARENT’

So tadi omma ambil Maream lambat sikit from school sebab omma nak jumpa kawan dulu. Sebab kalau tak nan hado dia bagi chance omma sembang. Asyik Maream nak omma, nak omma dukung, nak tidurr pastu terus lembik berlakon tidur. Maream ni active sangat dan malas layan orang kalau kat luar. Kat rumah or dengan orang yang dia dah biasa dia ok sangat, tapi in public mengada lain machiam.

Sebab tu sekarang omma prefer spend time kat rumah je dengan dia, kalau keluar pun mostly dengan orang yang dia dah biasa yang boleh tolong omma tengokkan dia sekali. Penattt nak handle dia sorang2 kat luar, esp dalam stage umur dia sekarang yang nak extra attention. She is one very easy nak jaga, but kids being kids, so unpredictable. Lol

www.instagram.com/farahlee

Single parenting is one tough job man.! The struggle is real. But Allah is al-Adl, penat tu selalu hilang dengan banyak nikmat lain yang Allah gantikan. It is hard but manageable je actually. Cuma kena extra effort dan extra sabar jelah sikit. Well ganjaran sabar yang redha tu Syurga kottttt.. Like sabar untuk seminit dua je or sebulan or setahun ke or whatever lah berapa lama tapi kat dunia je kot, then dapat masuk Syurga forever. Gila tak nak.? 

“BERSYUKUR DENGAN SEKECIL-KECIL NIKMAT”

Haritu omma demam, omma minta tolong Maream naik atas ambilkan paracetamol, dia naik dan ambil bagi omma. Terharu dah sekali. Tiba2 dia pergi dekat omma punya workspace, kemudian datang bawa air untuk omma makan dengan ubat. Terharu bertingket tingket. Dah lah time ni Maream baru baik demam, omma pulak busy gila settle production raya ommaesabel sampai demam sekali. Jadi boleh bayang tak terharu dia kat tingket berapa.?

To those who concerned, memang living as a single mom ni tough sikit, lebih struggle, juggling alone. Tapi Allah tu adil sangat. Dia akan bagi ganti yang terlalu lebih manis, sampai tak tahu nak bersyukur kut mana lagi dah. Yang cakap sedih sayu tengok ktorg tu, don’t worry, life omma sangat happy sekarang walau hanya dengan Maream. Omma tengok Maream pun begitu. Betul tak Maream.? Baik cakap betul kalau tak no daddy baru.

www.instagram.com/farahlee

Pada yang belum merasa nikmat selepas sabar, tunggu sikit je lagi. Lebih lama sabar, lebih besar hadiah. Lebih2 kalau hadiah tu Allah simpan untuk Dia bagi kat Syurga. Huntonglahhh sebab takkan setanding dengan mana-mana hadiah kat dunia ni tau. Tahniah. Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat, sebab nikmat kecil kalau disyukuri akan membesar sihat sangat, untuk diri dan iman sendiri. 

Sumber : Farah Lee 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×