Famili

11 Boutique Hotel Di Malaysia, Golongan Hipster Pasti Suka

Butik hotel Malaysia

Masih saya ingat lagi interview saya dengan seorang Interior Designer beberapa tahun lepas. Untuk mendapatkan ilham bagi projek hiasan dalaman terbaru, dia akan ke luar negara dan menginap di boutique hotel. Tidur semalaman sahaja sudah mencecah ribuan ringgit! Terkedu mendengarnya.

Kenapa boutique hotel lebih mahal berbanding hotel biasa?

Mula diperkenalkan pada sekitar tahun 1980an di bandar-bandar besar seperti London, New York dan San Francisco, ia adalah sebuah hotel kecil dengan minimum 10 hingga 110 unit bilik. (Jika kurang 10 bilik, perlu dipanggil B&B). Meskipun kecil, rekaan bangunannya lain daripada lain seolah-olah ianya satu saja di dunia malah ada yang kelihatan eksklusif dan mewah ditambah pula ia dibina di kawasan elit.

Trend masakini, ia masih mengekalkan konsep boutique hotel, tapi ditambah dengan tema dihadapannya menjadikannya Themed Boutique Hotel.

Daya utama Themed Boutique Hotel adalah  setiap bilik penginapan digayakan dengan tema penataan hiasan dalaman yang berbeza. Setiap bilik mempunyai karakternya sendiri sama ada tampil klasik, rustic, moden, fantasi, vintage, elegan, bergaya dan mewah.

Ada juga yang dihiasi sepenuhnya dengan motif animasi, bunga, watak kartun, Inggeris, country dan banyak lagi. Warna dan reka bentuk perabot juga berbeza bergantung pada penataan hiasan dalam bilik.

Jadi, jika ingin merasai pengalaman berbeza,boleh saja request duduk di bilik lain setiap kali menginap di hotel yang sama.

Ada ke themed boutique hotel di Malaysia?

Dulu,boleh dikira dengan jari saja bilangan themed boutique hotel di negara kita. Kini, ia seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Boutique Hotel di Malaysia, antaranya:

1. Happy 8 Retreat , Ipoh

Boutique hotel di Malaysia

Foto Kredit: agoda.com

Laman rasmi: thehappy8.com.my

2. Hotel D’ Art, Shah Alam

Boutique Hotel di Malaysia

Foto Kredit: agoda.com

Laman rasmi: hoteldeart.com.my

3. Hotel M, Ipoh

Boutique Hotel di Malaysia

Foto Kredit: agoda.com

Laman rasmi: mboutiquehotels.com

4. Hotel MH, Ipoh

Boutique hotel di Malaysia

Foto Kredit: mhhotels.com.my

Laman rasmi: mhhotels.com.my

6. Hotel Maison Boutique, KL

Boutique hotel di Malaysia

Foto Kredit: agoda.com

Laman rasmi: hotelmaison.com.my

7. Hotel Hatten, Melaka

Boutique hotel Malaysia

Foto Kredit: hattenhotel.com

Laman rasmi: hattenhotel.com

 

8. Casa Del Mar, Langkawi

Boutique hotel di Malaysia

Foto Kredit: tripadvisor.com

Laman rasmi: casadelmar-langkawi.com

9. Lost Paradise Resort, Penang

Boutique hotel di Malaysia

Foto Kredit: lostparadiseresort.net

Laman rasmi: lostparadiseresort.net

10. The Yard Boutique Hotel, KL

Boutique hotel Malaysia

Foto Kredit: theyard.com.my

Laman rasmi: theyard.com.my

11. The Ranee, Kuching

Butik hotel Malaysia

Foto Kredit: tripadvisor.com

Laman rasmi: theranee.com

Akhir kata

Sesekali, tinggal di boutique hotel pun menarik juga bukan? Mencari kelainan dan lari dari kebiasaan. Kalau kami ada tertinggal mana-mana boutique hotel yang lain, sila beritahu di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×