Sihat

Bila Umur Sesuai Buat Pemeriksaan Mata & Berapa Kali Patut Buat?

15
SHARES

Pemeriksaan mata haruslah dijadikan rutin supaya mata kekal sihat dan tidak mengalami sebarang masalah. Pemeriksaan mata yang dilakukan di peringkat awal mampu mencegah risiko sebarang penyakit berbahaya berkaitan dengan organ dalaman. Pemeriksaan mata boleh dilakukan seawal usia bawah tiga tahun dengan membawa mereka berjumpa pakar. Kekerapan dalam pemeriksaan mata juga perlu dilakukan dalam kadar selalu seperti pemeriksaan jantung, paru-paru dan sebagainya.

Baca juga: Rupanya Ini Tanda & Punca Sakit Gastrik Angin, Bahaya Kalau Tak Pantang!

BILA UMUR SESUAI BUAT PEMERIKSAAN MATA & BERAPA KALI PATUT BUAT

Pemeriksaan mata untuk kanak-kanak bermula pada mereka di usia bayi lagi atau selepas lahir. Hal ini doktor akan memeriksa untuk melihat refleks merah.

pemeriksaan mata

6 BULAN KE 1 TAHUN

Pemeriksaan kedua akan dilakukan untuk melihat penjajaran, pergerakan serta tindak balas refleks mata dengan cara yang sama seperti ketika anak anda baru dilahirkan.

3 TAHUN KE 5 TAHUN

Pemeriksaan ketiga akan dilakukan oleh pakar mata untuk melihat kemampuan penglihatan mereka meskipun majoriti kanak-kanak pada usia ini adalah sedikit rabun.

Pakar oftalmologi perlu beri lebih perhatian jika anak anda ada masalah:

  • Strabismus (mata juling)
  • Amblyopia (mata malas)
  • Keralatan refraktif (myopia, hyperopia, astigmatism)

ORANG DEWASA

Untuk orang dewasa ia bergantung kepada kesihatan mata. Jika tiada masalah, sekali setiap 2 ke 3 tahun mungkin sudah cukup. Jika anda memakai cermin mata, kanta lekap atau ada kondisi seperti diabetes, maka anda sangat disarankan untuk berjumpa pakar mata dengan lebih kerap.

20 KE 39 TAHUN

Sila periksa mata anda sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun. Manakala untuk lingkungan 40 ke 69 tahun, sila buat pemeriksaan mata lengkap ketika usia ini untuk elak komplikasi.

WARGA EMAS

Ketika berusia 65 dan ke atas, anda perlu berjumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun untuk memeriksa simptom seperti berikut:

  • Katarak
  • Glaukoma
  • Diabetik retinopati
  • Degenerasi makular

Kalau sakit mata, jangan tangguh untuk berjumpa pakar. Jangan tunggu jadi masalah lain baru nak jumpa. Bahaya tau!

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×