Famili

Semut Charlie Lebih Berbisa Dari Ular Tedung, Ini Bahayanya Yang Kita Kena ‘Alert’!

166
SHARES
bahaya semut charlie (1)

BAHAYA SEMUT CHARLIE @ ROVE BEETLE

Apa itu Semut Charlie dan kenapa ianya merbahaya?

Tahukah anda, berbeza dengan semut biasa, semut Charlie ini tidak menggigit. Sebaliknya, ia merembeskan sejenis cecair berbisa yang dikatakan lebih berbisa daripada Ular Tedung (*Rujuk laporan BERNAMA)!

Fuh, bisa tu kan…?

Jadi, parents, especially kena ambil tahu sebab kadang-kadang kita boleh jumpa semut ni luar seperti taman permainan atau masa balik kampung.

Jom ketahui 5 Fakta Ringkas Tentang Semut Charlie di bawah ini.

bahaya semut charlie

5 Fakta Ringkas Tentang Semut Charlie

1. Apakah Semut Charlie?

Semut Charlie ini juga dikenali Rove Beetle / Semut Semai / Semut Kayap / Tomcat.

Semut Charlie boleh dijumpai di kawasan sawah padi, padang dan hutan.

Saiznya kecil, iaitu kurang dari 1cm dan badannya berbelang hitam dan oren.

Semut Charlie ini sukakan cahaya lampu pada waktu malam dan akan pergi ke kawasan yang terdapat cahaya terang.

2. Bisa Semut Charlie

Di dalam badannya ada sejenis TOKSIN yang akan mengakibatkan pedih, bisa dan gatal.

Kulit yang terdedah kepada bisa ini akan menyebabkan radang kulit yang serius (Paederus dematitis).

Bisa ini boleh berpindah pada bahagian lain pada tubuh seperti muka dan kawasan genital. Ia juga boleh menyebabkan konjuktivitis pada mata.

Kesannya akan mengambil tempoh sehingga beberapa minggu untuk pulih.

Baca juga: Pakar: Varian Baru COVID-19 Lebih Mudah Jangkiti Kanak-kanak Berbanding Orang Dewasa

3. Apa Nak Buat Kalau Jumpa Semut Charlie?

Jika Semut Charlie hinggap atau merayap atas badan anda, JANGAN PUKUL / TEPIS.

Sebaliknya, hembuskan sahaja atau alirkan air sehingga dia jatuh ke tanah.

Jangan pula kita panik dan pukul semut ini di kulit ya!

Ini kerana BISA/RACUN di dalam perutnya akan membuatkan kulit anda TERBAKAR, KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu kulit akan jadi PEDIH, SAKIT dan KEHITAMAN.

4. Tips Elakkan Semut Charlie Ketika Aktiviti Luar / Perkhemahan

Sebaiknya elakkan memasang lampu berdekatan dengan tempat tidur atau kemah pada waktu malam.

Ini kerana, semut Charlie tertarik dengan cahaya lampu pada waktu malam.

Jadi, lebih baik jika cahaya lampu dijauhkan sedikit daripada kawasan tempat tidur di dalam camp-site.

Pastikan khemah yang dipasang mempunyai jaringan yang boleh melindungi daripada serangga masuk ke dalam kemah.

Jangan guna semburan aerosol serangga kerana ia tidak akan memberi kesan kepada Semut Charlie ini seperti semut biasa.

Sekiranya anda membuat aktiviti luar atau perkemahan, letakkan ubat gegat di sekeliling kawasan aktiviti perkemahan. Hanya ubat gegat yang mampu mengelakkan Semut Charlie ini daripada menghampiri kita.

5. Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Terkena Bisa Semut Charlie

Basuh dengan air di tempat yang terkena bisa tadi dengan air bersih dan sabun dan seeloknya mandi terus.

Jangan garu kawasan terkena bisa tersebut.

Dapatkan rawatan dengan segera di klinik/hospital jika ia terkena anak kecil atau sekiranya terdapat kesan alahan.

Kecil Tapi Berbisa!

Jadi jangan lupa perhatikan anak-anak terutamanya jika balik kampung dan main di luar.

Kita juga perlu lebih berhati-hati ketika terdedah dengan aktiviti luar terutamanya ketika menjalani aktiviti perkhemahan di kawasan hutan.

Walaupun kecil, memang sakit bila kena semut Charlie ni!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×