Sihat

Bacaan Tekanan Darah Normal, Tinggi Atau Rendah? Ini Maksud Nombor Pada ‘Blood Pressure Monitor’

112
SHARES
bacaan tekanan darah normal tinggi rendah

“Berapa bacaan tekanan darah normal ye? Tak reti pulak aku nak tengok dekat alat ni. Apa maksud dua-dua nombor ni?”

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat.

Bagi pesakit darah tinggi, penting untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak.

Ini kerana, statistik menunjukkan 90% pengidap hipertensi (tekanan darah tinggi) tidak menunjukkan sebarang gejala manakala hanya 10% yang menunjukkan gejala.

Golongan ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

Maka, pemantauan tekanan darah yang terkawal adalah amat penting bagi mengurangkan risiko strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Sekarang ni, dah ramai yang ada Alat Pengesan Tekanan Darah Tinggi / Blood Pressure Monitor di rumah.

Jadi, bagaimana cara nak ambil bacaan tekanan darah tinggi di rumah?

Di sini kami kongsikan langkahnya dengan mudah.

Bacaan Tekanan Darah Normal: Bagaimana Cara Ambil Bacaan?

Bagi yang belum biasa mengambil bacaan tekanan darah, ia akan dipaparkan dalam dua bacaan contohnya 134/84 (lihat gambar di atas)

  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (134 seperti dalam gambar contoh di atas) : Bacaan semasa jantung mengepam darah kepada saluran arteri.
  • Tekanan diastolik – bilangan yang lebih rendah (84 seperti dalam gambar contoh di atas) : Bacaan semasa jantung diisi semula dengan darah semasa jantung mengendur

bacaan tekanan darah

Tahap Tekanan Darah (Normal, Tinggi Atau Rendah)

Untuk mengetahui sama ada tekanan darah anda normal atau tidak, ia boleh ditentukan oleh tahap bacaan berikut:

Kategori Tekanan Darah Tinggi Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Optima < 120  < 80
Normal < 130 < 85
High Normal 130 – 139 85 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 – 159 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 – 179  100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 > 180 > 110

Secara ringkasnya, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah:

bacaan tekanan darah normal

Sumber: MyHealth KKM

Cara Ambil Bacaan Dengan Tepat

  1. Setiap bacaan tekanan darah akan memberi anda dua nombor.
  2. Nombor pertama adalah bacaan atas (tekanan sistolik) dan nombor kedua adalah bacaan bawah (tekanan diastolik).
  3. Ambil nombor yang meletakan anda pada tahap kumpulan hipertensi yang lebih tinggi.

NOTA: Bacaan tekanan darah biasanya berbeza antara lengan kanan dengan yang kiri. Perbezaan mungkin mencecah 10mmHg ataupun lebih. Ambil lengan yang memberi bacaan yang lebih tinggi.

  • Sebagai contoh, sekiranya bacaan anda adalah 113/84mmHg, anda mempunyai pra hipertensi (mengikut bacaan diastolik).
  • Sekiranya bacaan anda adalah 142/80mmHg, maka anda menghidap penyakit hipertensi tahap 1 (mengikut bacaan sistolik).

Tekanan darah mungkin berbeza bergantung kepada masa anda mengambil bacaan tersebut. Mengambil bacaan tertinggi akan mengakibatkan kerisauan, manakala mengambil bacaan terendah memberi keselesaan yang palsu.

Purata antara bacaan ini adalah lebih bermakna. Bacaan sekali-sekala yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh diendahkan.

Pemeriksaan tekanan darah sekali setahun adalah mencukupi untuk seseorang yang mempunyai tekanan darah normal. Bagi mereka yang mempunyai pra hipertensi atau hipertensi, pemeriksaan yang lebih kerap dinasihatkan.

Tekanan Darah Tinggi

Apabila tekanan sistolik antara 120 dan 129 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 80 mm Hg, bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Pengidap Hipertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Komplikasi Hipertensi/Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan seperti:

  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung
  • Komplikasi pada mata
  • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
  • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggang
  • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Aneurysm
  • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Cara Mencegah Hipertensi /Tekanan Darah Tinggi 

  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

cara turunkan darah tinggi

Tekanan Darah Rendah (HypoTension)

Tekanan darah yang lebih rendah daripada 90 untuk nombor teratas (sistolik) atau 60 untuk nombor bawah (diastolik) secara umumnya dianggap tekanan darah rendah.

Gejala-gejala tekanan darah rendah atau hipotensi ini ialah sakit kepala atau migrain, mudah pengsan, tidak bermaya, jantung berdebar-debar dan banyak lagi.

Ada individu dalam kumpulan usia tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu:

  • Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi ortostatik selepas makan
  • Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah ‘neurally mediated’
  • Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi
  • Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson) / masalah hati
  • Kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama
  • Wanita hamil. Hipotensi semasa mengandung adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin

Komplikasi Tekanan Darah Rendah

Menurut DoctorOnCall, Tekanan darah rendah mungkin kelihatan wajar terutamanya bagi individu yang mempunyai BMI yang rendah. Selalunya ia tidak akan menjejaskan kesihatan.

Dalam kes yang teruk seperti kurang gula dalam darah (hipoglikemia), hipotermia (suhu badan kurang dari suhu badan normal) atau dehidrasi (badan kurang air), tekanan darah rendah boleh mengancam nyawa.

Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:

  • Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi
  • Menghadkan pengambilan alkohol
  • Berdiri dengan perlahan
  • Jangan silang kaki semasa duduk
  • Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat
  • Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×