Hebahan

Ayam Brand ™ Memperkenalkan Kempen “Bento Kids Could Do!”

4
SHARES

Menyediakan 243,000 Makanan Sihat Melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat Tahunan. Lapan rumah kebajikan di Lembah Klang terima bekalan produk selama dua bulan

Ayam Brand™, yang terkenal dengan kepelbagaian produknya yang sihat dan bebas pengawet telah memperkenalkan kempen “Bento Kids Could Do!” dan akan menyediakan 243,000 makanan sihat ke seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporat tahunan ‘Kempen Amalan Ayam Brand’ mereka.

Ini adalah tahun kesembilan pengeluar makanan dalam tin itu melaksanakan Kempen Amal Ayam Brand™ ini dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 16,100 orang daripada 362 pertubuhan amal dan rumah kebajikan!

ab_001

Tahun ini, 50 buah rumah kebajikan dari seluruh Malaysia dan Brunei telah menerima produk Ayam Brand™ termasuk tuna, ikan tongkol didalam tin, jagung kernel, kekacang yang diproses, ketulan nanas serta kacang panggang yang cukup untuk tempoh lebih kurang dua bulan. Lebih dari 1,300 kanak-kanak, warga kurang upaya, ibu tunggal serta warga emas telah menikmati bantuan makanan ini.

Selain dari menyumbang produk makanan yang diperlukan, program tanggungjawab sosial korporat tahunan ini menambah aktiviti yang baru setiap tahun supaya kanak-kanak melibatkan diri untuk peningkatan taraf pendidikan dan memupuk kreativiti dan tabiat pemakanan yang sihat. Antara aktiviti-aktiviti lepas yang dikendalikan untuk kanak-kanak termasuk demonstrasi masakan, pertandingan memasak dan pertandingan seni.

Kanak-kanak yang terlibat pada tahun ini diperkenalkan dengan Bento, cara hidangan yang popular di Jepun dengan bahan-bahan tradisional seperti beras, ikan, daging, sayur-sayuran yang dijeruk atau dimasak serta buah-buahan atau bahan manis yang lain. Bahan-bahan ini akan diletakkan didalam bekas bento yang cantik dan mempunyai nutrisi yang sangat seimbang. Masyarakat Jepun menghabiskan masa dan tenaga dalam menyediakan hidangan bento untuk pasangan, anak-anak dan diri mereka sendiri.

ab_002

Jenama ini telah membuktikan bahawa makanan dalam tin juga boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat melalui program-program yang dijalankan untuk mempromosikan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak dengan kerjasama badan-badan profesional, sekolah, badan kebajikan serta pusat pendidikan dan hiburan.

Kanak-kanak ini telah mempelajari cara membuat empat hidangan istimewa Ayam Brand™ dalam satu sesi yang penuh interaktif dan sesuai untuk golongan dengan umur dan kebolehan yang berbeza. Empat resipi berkenaan adalah campuran salad buah, kacang panggang, sandwich sardin berbentuk hati dan tuna Onigri, yang telah disediakan dibawah penyeliaan Chef selebriti, Chef Loke dari Sekolah Masakan T- Garden.

Kempen ini adalah selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi obesiti dengan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang tepat.

ab_003

Di Kuala Lumpur dan Selangor, rumah kebajikan yang terbabit termasuk Rumah Anak Yatim Nur Qaseh Taman Melawati, Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman, Rumah Kanak-kanak Triniti, Rumah Victory – Children and Youth Home, Rumah Shalom, Rumah Sayangan, Angels Children’s Home, Society of St. Vincent De Paul dan Rumah Ozanam.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan daripada tuna, sardin dan ikan kembung melalui produknya kerana terdapat bilangan rumah kebajikan yang kekurangan akses terhadap sumber Omega-3 yang baik. Ia juga yang merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Omega-3 boleh membantu untuk mencegah penyakit jantung koronari, menggalakkan aktiviti saraf yang sihat, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan menggalakkan pembangunan sel. Omega-3 juga amat penting dalam pembangunan penglihatan dan otak di kalangan kanak-kanak.

Menurut pengerusi Ayam Brand™, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, jenama tersebut amat berbesar hati melihat penjangkauan dan perluasan kempen penjagaan masyarakat ini berbanding dengan permulaannya pada tahun 2008.

ab_005

“Kami merancang aktiviti yang berbeza untuk kanak-kanak setiap tahun, biasanya yang berkaitan dengan masakan dan pemakanan yang baik, supaya mereka boleh belajar untuk menghargai makanan yang baik sambil belajar kemahiran hidup yang penting,” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

Jenama berkenaan percaya bahawa ‘Bento Kids Could Do!’ kempen merupakan platform yang ideal untuk kanak-kanak mendapatkan pendedahan kepada kemahiran masakan yang boleh membantu untuk membina keyakinan diri mereka dan menjadikan mereka lebih berdikari.

“Bento adalah satu kemahiran yang sangat berguna bagi kanak-kanak serta orang dewasa untuk penyediaan makanan ke sekolah ataupun ke tempat kerja. Ia sihat, berpatutan dan merupakan satu alternatif lain jika tidak mahu membeli makanan di luar. Bento juga boleh membantu anda mengawal saiz hidangan dan sekaligus dapat menghalang obesiti,” kata Tunku Dato’ Mu’tamir.

Tunku Dato’ Mu’tamir juga menyatakan bahawa produk Ayam Brand™ tidak mengandungi penambah perasa MSG, bebas bahan pengawet serta boleh terus dimakan daripada tin. Apa yang penting, ia adalah halal.

ab_004

“Kami mahu masyarakat mempunyai akses terhadap makanan yang sihat dan penuh nutrisi dengan cara penyediaan yang mudah. Ini adalah apa yang kami telah usahakan sejak sembilan tahun lalu melalui program tanggungjawab korporat sosial tahunan kami serta program-program yang lain. Kesemua program ini menampakkan hasil yang memberangsangkan.

“Ayam Brand™ amat berbangga untuk meraikan ulangtahun yang ke-125 yang akan datang. Kami telah menawarkan makanan tin yang berkualiti, berkhasiat, sihat dan mudah kepada para rakyat Malaysia dan kepada pengguna global yang semakin meningkat sejak sekian lama,” tambah Tunku Dato’ Mu’tamir.

Oleh kerana keadaan ekonomi semasa, rumah kebajikan telah menghadapi masalah kekurangan sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu. Sokongan berterusan daripada Ayam Brand ™ adalah tepat pada masanya.

Sister Daisy Abishevam, Penolong Pentadbir dan Bendahari daripada Rumah Kanak-Kanak Trinity, bercakap bagi pihak kesemua rumah kebajikan yang menerima bantuan untuk kawasan lembah Klang berkata sumbangan daripada Ayam Brand™ adalah sangat bernilai kerana ia mampu memupuk cara pemakanan sihat dan yang lebih penting, mudah untuk disediakan.

“Derma serta sumbangan yang kami terima tidak lah seperti tahun lalu dan sumbangan daripada Ayam Brand™ amat bermakna buat kami. Kanak-kanak serta orang dewasa sangat menyukai produk Ayam Brand™ kerana ia sihat serta mudah dihidangkan. Mereka benar-benar seronok dan teruja dengan segala ilmu penyediaan bento yang telah diajar oleh Chef Loke dan kami berharap mereka boleh berkongsi ilmu berkenaan dengan kanak-kanak lain.

“Kanak-kanak tersebut menikmati ikan tuna kerana ia adalah sesuatu yang berbeza daripada diet seharian yang telah menjadi kebiasaan dan kami gembira kerana dapat memberikan pilihan yang sihat,” tambah Sister Daisy.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila lawati www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes

 

Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, nama yang meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia dan Asia selama 120 tahun, terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang berkualiti dan menyihatkan

Ayam Brand berada pada kedudukan senarai 10 ke atas untuk tiga tahun berturut-turut dalam tahun 2013, 2014 dan 2015 dalam kategori jenama barang pengguna laris (FMCG) yang paling menjadi pilihan di Malaysia menurut kaji selidik Kantar Worldpanel’s  Brand Footprint Study.

Pada tahun 2009, Ayam Brand telah dianugerahi “The Brand Laureate Awards 2008-2009” (Jenama-jenama Dunia Terbaik di Asia Pasifik).

Untuk dua tahun berturut-turut iaitu 2006 dan 2007, Ayam Brand berada pada kedudukan teratas jenama Asia kategori makanan dalam tin dalam satu kaji selidik konsumer oleh Synovate Research (1000 Jenama Terbaik Asia) yang dijalankan oleh Media Magazine Hong Kong.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×