Nampaknya semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan 5 kelonggaran kemudahan bagi individu yang telah lengkap vaksinasi. Namun, tidak semua yang mendapat manfaat dari pengumuman tersebut terutama sekali golongan bujang. Hal ini kerana setelah sekian lama golongan bujang seperti ‘di anaktirikan’ dalam setiap keputusan yang dikeluarkan lantas, menghadkan lagi pergerakan.
Oleh itu, ramai dalam golongan bujang merayu dan menggesa pihak yang sepatunya untuk mempertimbangkan keputusan bagi kemudahan individu bujang yang telah lengkap divaksinasi juga.
Baca juga: PM Umum 5 Kelonggaran Penerima Vaksin Lengkap Mulai 10 Ogos
“ASYIK PJJ JE, GOLONGAN BUJANG BILA?”
Pengumuman PM semalam sebenarnya menbuka satu lembaran baru bagi kehidupan pasca vaksinasi. Ya, C-19 tetap akan ada, ia tidak mungkin akan lenyap dari muka bumi. Tetapi dengan majoriti masyarakat telah menerima vaksin, implikasi jangkitan kepada individu yang dijangkiti diharapkan semakin berkurangan.
Sebentar tadi ramai yang mengeluh mengenai status kemudahan bagi penerima vaksin lengkap bagi golongan bujang… Ada yang sudah berbulan tidak berjumpa dengan ibu bapa. Tidak dapat bayangkan bagaimana bebanan kesihatan mental yang mereka alami dalam tempoh pandemik ini. Semoga perantau bujang yang telah menerima dos lengkap vaksin akan dipertimbangkan untuk diberi kebenaran berjumpa dengan ibu bapa – yang telah lengkap vaksinasi.
Kita semua perlu bertanggung jawab dengan tindakan dan keputusan. Jika bergejala dan jika di tempat kerja ada jangkitan janganlah pulang ke kampung. Rancang perjalanan dan jaga diri.
SARANAN UNTUK BUAT COVID TEST DAHULU SEBELUM BALIK KAMPUNG
Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat yang meluahkan perkara yang sama. Bukan sahaja berbulan, ada yang sudah bertahun tidak dapat pulang ke kampung halaman atas desakan kerja. Ditambah pula dengan keadaan wabak semasa yang seperti tiada penghujungnya, apa nasib orang bujang?
Semoga kita dikhabarkan berita gembira dalam masa terdekat supaya dapat pulang bertemu ibu dan bapa di kampung. Tidak tertanggung rindu rasanya…
Sumber: Public Health