Didik

Anak Sering Bergaduh & Bersaing Antara Satu Sama Lain? Ini 6 Tips ‘Handle’ Kerenah Mereka

253
SHARES

Bila ada ramai anak-anak ni, situasi bergaduh dan menjerit-jerit dalam rumah tu dah jadi perkara biasa kan? Kadang-kadang sampai ke malam pun masih nak bergaduh. Semuanya sebab ‘persaingan’. Biasalah, bila anak-anak nak membesar memang macam-macam yang kita sebagai ibu bapa kena tempuh kerana masa inilah anak-anak perlukan perhatian yang lebih.

http://virtuedigest.com/

http://virtuedigest.com/

Tapi, bila selalu sangat anak-anak bergaduh ni, naik risau pula sebab kita tak mahu perkara yang tidak diingini berlaku betul tak? Jadi, untuk menangani masalah ini, anda kena tahu apa itu yang dimaksudkan dengan ‘sibling rivalry’ dan cara untuk mengatasinya.

APA ITU ‘SIBLING RIVALRY’?

http://www.idiva.com/

http://www.idiva.com/

Bila anak-anak mempunyai adik-beradik yang lain, perkara pertama yang selalu terjadi adalah tercetusnya ‘perang’ antara mereka kan? Kadang-kadang, sampai tengah malam waktu nak tidur tu pun masih lagi nak bergaduh antara satu sama lain. ‘Sibling Rivalry’ atau persaingan antara adik-beradik ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan kerana itu adalah sifat semulajadi bagi manusia betul tak? Bila anak-anak sudah berada di dalam satu fasa yang lain, mereka mungkin memerlukan lebih perhatian dari ibu bapa yang boleh menyebabkan tercetusnya persaingan antara satu sama lain ini.

KENAPA TERJADINYA PERSAINGAN ANTARA ANAK-ANAK?

http://alysonschafer.com/

http://alysonschafer.com/

Persaingan antara anak-anak selalunya terjadi kerana mereka ingin menarik perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Antara sebab lain adalah :

  • Selalunya terjadi apabila anak-anak mempunyai jarak umur yang agak banyak kerana telah lama diberikan perhatian penuh oleh ibu bapa.
  • Setiap anak nak berebut untuk menunjukkan ‘value’ secara individual. Contohnya, antara mereka akan menunjukkan bakat mereka yang adik beradik lain tidak ada. Dengan cara ini, anak tersebut akan mendapat perhatian yang lebih dari ibu bapa.
  • Anak-anak mudah cepat rasa apabila ketidakadilan berlaku antara adik-beradik yang lain. Tambah sekali apabila mengenai disiplin, mungkin tidak diberikan peraturan yang adil antara semua anak-anak.
http://babyology.com.au/

http://babyology.com.au/

  • Kalau anak bosan, mengantuk, letih dan lapar juga boleh menjadi punca kepada pergaduhan. Bila tak tahu nak buat apa, mula lah mereka nak bergaduh supaya dapat perhatian ramai.
  • Kurang masa bersama juga boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat untuk anak-anak. Contohnya, kurang bercuti bersama, tidak pernah makan semeja bersama dan kurang melakukan aktiviti bersama juga boleh menjauhkan perhubungan mereka dan menyebabkan ‘rivalry’ berlaku.
  • Cara ibubapa melayan anak-anak juga adalah penyebab kepada berlakunya persaingan antara anak-anak. Ibubapa pun perlu memberi layanan sama rata antara anak-anak. Kalau tidak, anak-anak ni cepat mengamuk dan mula nak ‘tunjuk perasaan’ dan anda pun selalu pening kepala nak melayan kerenah.

APA PERLU BUAT BILA ANAK BERGADUH?

http://www.zliving.com/

http://www.zliving.com/

1. Jangan masuk campur pada peringkat awal. Tetapi, kalau pergaduhan berlanjutan dan berlaku kekasaran antara adik-beradik, inilah masanya anda perlu bertindak.  Bukannya apa, bila anda masuk campur dari peringkat awal, berkemungkinan besar anda akan menyebelahi sebelah pihak sahaja dan anak-anak akan bermasam muka.

2. Kalau pergaduhan melibatkan penggunaan ayat-ayat yang negatif dan tidak sedap didengar, ambil langkah untuk menegur mereka pada waktu yang lain secara individual.

3. Bila anak tengah bergaduh tu, ambil langkah untuk mengasingkan anak-anak sehingga mereka kembali tenang. Jika dibiarkan mereka berhadapan sesama sendiri, pergaduhan akan semakin teruk. Jadi, biarkan mereka tenang dahulu supaya anda dapat memberikan nasihat kepada mereka.

http://www.youngparents.com.sg/

http://www.youngparents.com.sg/

4. Jangan cuba untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja. Anda sebagai ibubapa kena faham, jika ramai anak yang terlibat dalam pergaduhan tersebut, maka semuanya akan bertanggungjawab untuk dipersalahkan.

5.  Jangan membebel. Bila ibubapa asyik membebel dan menjerit dari jauh supaya anak berhenti bergaduh, anda sebenarnya akan menambahkan lagi ketegangan antara mereka. Tunggu mereka tenang dahulu, lepas tu baru boleh membebel atau memberi nasihat kepada anak-anak.

6. Cipta suasana ‘win-win situation’. Contohnya, suruh mereka melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Siapa yang menang boleh dapat apa yang diingini, tetapi sebenarnya anda juga memberikan barang tersebut kepada pihak yang kalah.

giphy.com

giphy.com

Semoga selepas ini, anak-anak kuranglah sikit bergaduh dan anda pun dah tahu macam mana nak selesaikan masalah ini ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×